Friday, October 21, 2022

Nasi Lemak Daun Pisang

Sarapan pagi jumaat.Namanya je nasi lemak tapi tak lengkap pun saya buat ikut apa yang 2 orang penghuni rumah ni makan.Diaorang ni pelik sikit timun kacang ikan bilis semua tolak tepi nanti saya juga tukang kutipnya.Sambal tumis pun tak ada.Saja nak belajar bungkus nasi lemak geram tengok umi cella selalu tanyang nasi lemak bungkus.1st time saya bungkus nasi lemak  ni memang fail la bungkusannya 😂


Nasi lemak rendang daging dan telur je.Dah agak mesti waled terkejut tengok nasi lemak bungkus daun pisang pagi-pagi buta atas meja makan.Saya tengah iron tudung intai sikit gelagat diaorang.Lama Waled berdiri dekat meja pandang nasi lemak tu dia datang dekat saya tanya umi ada keluar ke pagi tadi?haha kalau saya keluar beli pun mana ada orang berniaga lagi time macam ni.Pia masuk dapur ambil pinggan terus makan tak ada tanya apa agaknya dia dah nampak saya tengah bungkus nasi masa nak mandi tadi.

Yang dibungkus 5 je.2bungkus untuk Pia makan dan bawa bekal sekolah pagi.2bungkus untuk waled dan 1 untuk saya.Kalau nak tambah cedok sendiri dalam periuk.Memang betul nampak waled bangun cedok nasi.Sedap la tu..hahaha

Ni bekal saya sampai office pukul 7.15 terus makan bekal dulu.Sedap juga walaupun kosong tak ada sambal tumis dan timun.Dua orang ni terlampau memilih saya pun terpaksa mengikut tekak diaorang.Petang nanti nak balik kampung cuti panjang ni ada geng lawan makan dengan mak.


6 comments:

  1. Wah cantik bungkusan nasi lemak.
    Alahai rugi tidak makan aksesori nasi lemak.
    Balas kunjungan. Tq. Saya dah follow balik.

    ReplyDelete
  2. tabik spring betul bersilat pagi-pagi buat nasi lemak daun pisang hehehe

    ReplyDelete
  3. dari jauh kelihatan sedap dan menyelerakan

    ReplyDelete
  4. 🥰🥰
    Wah....nasi lemak bungkus daun pisang yer...harum kan bau bila bungkus dengan daun pisang..Anak-anak lagi suka ala-ala nasi lemak gerai..Paling syok sebab takyah basuh pinggan🤭

    ReplyDelete
  5. Wahhh.. pukul berapa mula membungkus tu? Kagumnya sy pertama kali membungkus dah cantik macam ni.

    ReplyDelete
  6. Sedapnya nasi lemak bungkus daun pisang. Siap berendang daging lagi tu.

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..