Friday, October 14, 2022

KASIH IBU KEKAL SELAMANYA

Assalamualaikum...

Mak mentua saya usianya hampir 80 tahun, tidak pernah jemu menjaga anaknya(abang ipar saya) yang juga orang kelainan upaya sejak lahir. Kasih mak pada pak awang(gelaran yang dipanggil anak saudara) tidak luntur walau sehari sehingga umur pak awang 50 tahun.

Sejak lahir pak awang hanya terlantar seperti bayi kecil tetapi tidak pernah menangis dan merengek. Hanya di katil yang dibuat khas untuknya bermain sendirian siang dan malam. Ada apa yang disuap itulah yang dimakan dan diminumnya. Mak mentua saya tidak pernah gagal walau sehari memberi makan, minum, mengangkat pak awang untuk mandi dengan kudrat tuanya. Ada sesekali bila ada anak anak yang balik ke kampung akan turut membantu mak mengurus pak awang.

Yang selalu disebut-sebut mak "Biarlah pak awang yang pergi dulu sebelum mak, kalau mak yang pergi dulu kesian pada awak-awak semua nak mengurus pak awang masing-masing ada tanggungjawab keluarga dan kerja" Ya Allah besar sungguh pergorbanan mak...

Begini la keadaan Pak awang hanya ada kulit dan isi sejak dulu. Pak awang demam panas dan susah bernafas. Mak minta hantarkan ke Hospital Pekan. Kalau dirumah pun mak dah tak tau nak buat macam mana hanya boleh bawa ke klinik kampung, bila disuap bubur dan air pak awang akan tersedak. Risaunya mak waktu ni


9hari pak awang di Hospital Pekan. Bergilir-gilir adik-adik lelakinya menjaga, mak memang kami awal-awal lagi tak bagi tunggu dan jaga pak awang, biarlah mak tunggu&berdoa dirumah. Waled 1minggu tak masuk pejabat tak sampai hati katanya mengenagkan keadaan abangnya. Berulang la Waled Kuantan-Pekan siang dan malam. Nurse minta ada penjaga walaupun pak awang xperlu ke tandas tapi pak awang perlu diberi susu melalui tiub setiap 3jam sehingga pukul 9malam setiap hari. Pak awang hanya sempat habiskan 1tin susu Ensure Gold je 😢

Semasa dihospital keadaan pakawang sangat merudum.Tangannya kadangkala bengkak,pernafasannya laju dan sesekali oksigennya drop.
13 September 2022 Pak awang menghembuskan nafas yang terakhir lebih kurang jam 9malam selepas mak dan waled bacakan yassin. Nampak mak usap muka pak awang, urut dada dan ada sesuatu yang yang diucap mak tetapi tak kedengaran. Nampak airmata pak awang mengalir. Tidak sampai 5minit mak turun ke bawah untuk solat isyak pak awang telah pergi untuk selamanya....

Segala urusan pengebumian dipermudahkan pada esoknya,ramai yang menyumbang tenaga, alatan, pembayaran semuanya ingin menumpang pahala untuk ahli syurga..

Untuk mak anak yang dianugerahkan oleh Allah dijaga dengan baik dan sempurna. Harap saya pun mampu jaga mak mentua,mak dan ayah sehingga akhir hayat. 
Al fatihah untuk pak awang andai kata kami ada secebis kebaikan yang dibuat sepanjang hayat pak awang tarik la kami bersama-sama di syurga Allah...




5 comments:

  1. Innalillahiwainna ilaihirojiuuunnn..

    Al-Fatihah kuhadiahkan buat Pak Awang ahli syurga. Allahu.. mengalir airmata. Allah swt makbulkan hajat mak.

    ReplyDelete
  2. Allah, bila baca ni menitik airmata. Besar betul kasih sayang seorang ibu pada anaknya. Alfatihah buat pak awang penghuni syurga.Moga bertemu dengan emak di syurga nanti ya

    ReplyDelete
  3. Al-Fatihah untuk arwah Pak Awang..
    Besarnya kasih sayang seorang ibu tanpa syarat

    ReplyDelete
  4. Alfatihah...semoga arwah tenang disana..sedih baca...

    ReplyDelete
  5. Salam takziah buat Pn sekeluarga.
    Hiba, perginya arwah tanpa dosa. Moga syurga buatnya 🤲

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..