Friday, January 11, 2019

SALAM JUMAAT ~ random photos

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah dah nak masuk minggu ke-3 tahun 2019..InsyaAllah semuanya baik-baik. Tentulah kita semua mengharapkan sesuatu yang lebih baik dan indah pada tahun ini. Mudah mudahan Allah memberi kita peluang untuk jadi hamba yang lebih dekat denganNya, isteri yang solehah kepada suami, anak yang lebih solehah pada mak&ayah,ibubapa yang lebih baik dan kasih pada anak, sahabat yang lebih baik pada teman teman, pekerja yang amanah akan kerjanya dan hamba yang mampu berbudi kepada semua makhluk Allah.
🔻
Mai la tengok random photos apa yang ada sepanjang minggu 

🔻
  • Ajak mak ayah jalan-jalan petang sambil melayan anak-anak main kat taman, tapi sekejap sangat la, anak-anak pun takpuas main, hujan dah nak turun. Sekarang ni Kuantan musim hujan petang pakej sekali dengan angin kuat.

  • Dunia anak-anak main belon sambil berlari macam tak cukup tanah, ummi dengan atok nenek duduk santai-santai je sambil layan angin petang. Seronok tengok orang yang buat bisnes belon ni, laris diaorang berniaga, agak2 nya mau dapat RM50-100 sepetang kot..

  • Anak anak dah tak sabar nak main buai, Waled tukang habiskan belon yang berbaki

  • Nak makan ABC aiskrim order nak satu sorang, last2 ummi dengan nenek yang kena habiskan

  • Tak tau la apa nama burger ni, Waled yang buatkan. Burger telur bungkus agaknya.. Dalam telur ada daging,ada sayur. Sekarang ni balik kerja petang ummi melepak depan TV dulu layan drama Selafaz Cinta baru masuk dapur. Waled dah lapar agaknya tu yang buat sendiri..dah macam mana tadi kata nak jadi isteri solehah, sorry la waled..buat burger je pun bukan susah sangat kan..

  • Ni la tugas ummi prepare semuanya untuk waled & Pia, pagi2 rasanya lebih seribu langkah kehulu kehilir. Kadang2 orang dah azan pun belum siap lagi kat dapur, kalau siap awal dapat baca quran satu muka surat shari pun jadi la. Tengok beg kemain banyak dah gaya nak balik kampung.Beg bekal saja dah berapa beg, beg sekolah pagi sekolah petang..ada sekali hantar gambar ni kat nenek, dia tanya cuti ke hari ni, nak kemana tu...


  • Valli kawan office datang pagi2 terus letak pisang ni atas meja, dia cakap semalam beli pisang ada kembar, i simpan la untuk u..mana tau nanti u boleh dapat baby kembar..aduhai Valli...doakan la i cepat pregnant & Pia dapat adik..

  • Tengok Amber tu ngade sangat..kalau orang nak solat dia pun sibuk nak duduk atas sejadah, sekali waled bagi 1 sejadah kecil untuk amber..elok duduk sekali, orang dah siap solat dia pun bangun..









7 comments:

  1. Alhamdulillah..ada rezeki nanti dapatlah cik pia adik.
    anak2 memang macam tu kan kalau makan masing2 nak order lepas tu tak habis kita yang jadi tukang perabis.
    amboi amber tu, pandainya dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin..masin mulut akak, ada rezeki pia merasa ada adik beradik. sekarang ni tumpang kasih sayang sepupu sepupu je la tu...

      Delete
  2. sekali sekala bersiar-siar memang seronok juga tu

    ReplyDelete
  3. amin2....

    mmg best petang2 jln2 tp skrg ni klu kt kl petang panas terik... klu nk jln2 kene tunggu lwt ptang baru redup...

    skrg ni kalau tgk anak2 ngn kafa ngn sekolah kebangsaan kadang diaorg balik lg lewat dari kita yg keje...

    ReplyDelete
  4. Baiknya lahai kawan tu, ingat kawan dia.....
    Kucing mmg selalu mcm tu kan, suka betul baring atas sejadah, kita nak solat dia pun sama sebok jugak.

    Biasalah UP, pagi pagi mmg masa sebok utk mak mak, dengan baju , bekal anak lagi, suami lagi, nak settle dapur lagi.... bizi hahahhaa

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..