Friday, January 25, 2019

QALBU

Assalamualaikum..
Apa khabar?..Sihatkah hati? Sihatkah iman? Sihatkah jasad?
Moga semuanya dalam rahmat dan keampunan Allah.
🌻
Kehidupan terus berjalan pantas seiring berlalunya masa. Hari terus berganti hari. Disebalik hari hari yang dijalani ada pelbagai ujian dugaan duniawi yang Allah selitkan. Ianya datang silih berganti dengan pelbagai rupa dan pelbagai bentuk.
🌼
🌻
Sifat manusia yang seringkali mengeluh meniti di bibir. Sentiasa mempersoal mengapa aku yang sering diuji. Kadang kala terlanjur marah dengan ujian yang diberi.
"Kenapa aku? Kenapa begitu berat ujian yang diberi?Ujian ini sangat berat, aku tak mampu."
🌼
Benar! Ujian itu sangat menyakitkan kadang kala membuatkan kita menangis hiba,kadang kala menyempitkan dada.
🌻
Namun hakikatnya saat kita diuji, Allah ingin kita kembali kepadaNya. Allah ingin kita dekat denganNya, Allah ingin kita mengadu, menangis dan sujud kepadaNya.
🌼
Ujian dugaan masalah ia hadir tanpa dipinta, tanpa dijangka. Kerana ia kembar manusia. Ia hadir untuk menguatkan kita.Bersangka baiklah pada Allah.
🌻
Jika sedih pujuklah hati kepada Allah.Sujud.Hati manusia dia yang pegang.Redha dengan ketentuannya.Sabar menghadapi kesusahan dan kesakitan. Yakin akan janjiNya.


3 comments:

  1. sesungguhnya utk sentiasa bersyukur n redho utk semua yg terjadi agak susah... moga kita terus istiqamah

    ReplyDelete
  2. ada hikmah disebalik sesuatu ujian itu

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..