Bismillahirrahmanirrahim...
Selamat Tahun Baru 2019
Pesan pada hati supaya sentiasa mulakan hari dengan bersyukur.
Syukur akan mengusir gelisah, menghilangkan buruk sangka, meleburkan takbur, meredakan marah dan menjauhkan hasad.
Kadang kala kita mungkin kalah dengan diri sendiri. Diri sendiri yang declare "aku bukan orang berjaya". Dalam fikiran macam-macam yang datang dan mungkin juga hati sedang berbisik.
Mulalah fikiran fikir yang bukan-bukan, hati juga bersangka yang bukan-bukan. Adat sebagai manusia, tapi jangan sampai berlarutan sehingga putusnya harapan.
Allah faham jika sekarang ini kita sedang bersedih. Allah tahu dan Allah perati. Allah bagi kita rasa sakit dengan dunia supaya hati kita lebih cintakan akhirat.
Orang yang berjaya tidak semestinya dia seorang doktor.Seorang pensyarah.Seorang peguam. Mahupun seorang jurutera. Tetapi orang yang berjaya adalah dirinya sentiasa melihat ke hadapan, redha atas takdir, perbaiki kesilapan dan jalani kehidupan mengikut apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.
Orang yang berjaya adalah orang bersyukur dengan kegembiraan dan bersabar dengan kesedihan. Orang yang berjaya adalah dalam dirinya ada Allah. Tetap berpegang teguh dan tidak mudah jatuh hanya dengan satu sebab yang mungkin kita rasa itu adalah masa depan kita.
Jangan sesekali rasa putus asa kerana setiap dari kita ada susunan ceritanya.
Allah with me & Allah with you.
Wallahu a'lam.
moga kita berjaya dunia n akhirat
ReplyDeleteInsyaAllah...aamiin..
DeleteTerima kasih kerana mengingatkan Zan.... Sebagai hambanya kita kena berusaha untuk husnuzon dengan Allah kan....
ReplyDelete