Sekarang Pia tengah exam Sem 1, ada lagi 6 subjek nak habis sebelum boleh pulang bermalam pilihan hari Jumaat nanti.Dah nak habis 1 semester tapi tetap lagi homesick.Padahal umiwaled dekat je,time visit hari minggu sentiasa datang,time outing hari Ahad 2 minggu sekali ambil bawa balik rumah.Katanya tak nak keluar jalan-jalan,tak nak pergi makan mana-mana,tak nak beli barang,Pia nak balik rumah!Bermacam-macam alasan dan cerita sedih yang dia luah buat modal nak menangis bila nak hantar balik asrama.
Dia akan call umiwaled 3 kali sehari,pukul 5.30 pagi, 4.30petang, dan 11 malam. Time ni suara dia akan buat suara sedih sayu dengar tak dengar.Macam-macam cerita sakit kaki naik tangga,selsema sebab habuk,kawan tinggi suara,lapar tak sempat makan,mengantuk.Pia jangan risau umiwaled ni kuat semangat,tak kan tersentuh dengan cerita Pia.Biasanya dia banyak mengadu dengan waled.Kalau dengan umi,waktu petang umi akan bagi alasan tengah drive,malam bagi alasan dah mengantuk nak tidur.Tapi kalau dengan waled tengah drive pun sanggup berhenti tepi jalan nak jawab call anak.Bila anak mengadu tak boleh ikut pelajaran yang cikgu ajar cepat sangat dan tak faham,waled luangkan masa ajar semula apa yang Pia tak faham.
Ini baru permulaan masih panjang lagi masa nak habiskan sampai form 5.Saya selalu minta dia sibukkan diri dengan aktiviti maktab,nanti kuranglah homesick Pia.Join la apa saja aktiviti yang boleh buat Pia happy.









