Saturday, July 04, 2026

JOM MASUK DAPUR

 Jom la jenguk apa yang pernah keluar dari dapur saya.Sejak duduk berdua ni dapur tak sesibuk dulu.

Sekarang kami dah tak bawa bekal.Pagi akan makan siap-siap di rumah.Tengah hari biarkan perut berehat sekejap,kononnya nak bakar lemak๐Ÿ˜‚Balik kerja barulah makan sama-sama.

Belek gallery phone,kita korek khazanah yang ada ni untuk buat entry blog.

Ada yang masak sebab teringin,ada yang ikut resepi kawan blogger,ada yang dibuat atas permintaan.

Jemputlah masuk dapur saya.Mari sama-sama kita belek satu persatu menu yang pernah di masak.Mana tahu ada yang boleh beri idea untuk menu esok.

Jangan risau...tengok gambar je tak menggemukkan.Yang bahaya nanti kalau tiba-tiba rasa lapar๐Ÿ˜

Ikan bawal emas goreng dimakan bersama tempe dan tauhu goreng,ulam timun,terung bulat serta sambal tomato resepi Kak Amie.Lauk kering macam ni memang tak pernah mengecewakan.

Pengat cempedak pertama kali try makan dengan biskut cream crackers tiru gaya makan MamaCella.Rupanya sedap juga gabungan tu.

Sekali sekala teringin sarapan menu tradisional pulut ikan masin dan pulut inti kelapa.

Menu yang selalu ulang-ulang salad telur bersama yogurt.Simple tapi mengenyangkan.

Pisang gula melaka,sagu dan susu cair untuk berbuka.

Kuih lopes sudu terliur tengok kak Mulan buat.
Isnin&Khamis rajin sikit buat kuih untuk berbuka puasa.

Tauhu sumbat berjangkit daripada kawan-kawan blogger.Asyik nampak ada yang update,akhirnya saya pun diam-diam terpengaruh.



Bila rajin sikit masak nasi arab chicken mandy dan nasi arab ikan tenggiri.

Solok lada kelantan style dah lama teringin.Nampak ringkas tapi renyah juga.
Makan dengan nasi panas boleh buat buka selera.
Ada hari penat balik kerja,masak megi tumis je untuk makan petang.

Last meal biasanya sebelum pukul 6petang.Lepas waktu tu memang tutup dapur.Waled pun dah terbiasa,mudah-mudahan usaha kecil ini dapat bantu kekalkan berat badan&lebih sihat.






























29 comments:

  1. Tudiaa... macam² menu sekali keluar dari galeri.. sedap aihhh semua.
    Pisang gula melaka tu rebus sekali eh.. kemudian baru bubuh sagu dan susu cair.
    Sedap ni masuk tekak sejuk² untuk berbuka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak..nanti akak tengok video KA pisang sagu gula melaka boleh la buat nanti kak,sedap juga la..nak buat pun senang

      Delete
  2. Sedap-sedap tengok menu Afzan. Bagusnya, puasa Isnin dan Khamis, Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  3. Semuanya sedap ๐Ÿ‘๐Ÿป
    Teringin pulak tauhu sumbat tu. Hari tu dah buat sbb pengaruh rakan se-blogger juga hihi

    ReplyDelete
  4. Bagusnya konsep 'tutup dapur' lepas pukul 6 petang ni! Memang disiplin betul Afzan dengan Waled. Boleh tiru ni untuk kekalkan berat badan dan maintain sihat. Menu-menu yang lepas pun nampak semuanya sedap, walaupun lauk kering tapi kalau kena gaya memang bertambah nasi dibuatnya..tapi confirm idea ni bakal kena hijack ngan PZ...hahahahaha

    ReplyDelete
  5. wahhhh semua sedap2... rajin betul akak tau.dana ni lagi pemalas kadang sabtu atau ahad je masak.

    ReplyDelete
  6. Huwaaa semuanya kesukaan Sis.. lebih lagi lopes dan bawal goreng tu..

    ReplyDelete
  7. sedap2 semuanya...rajinnya akak masak...

    ReplyDelete
  8. sedap2 tu smua amsakan..rare pengat cempedak cicah biskut

    ReplyDelete
  9. Wah…sedap semuanya ๐Ÿ˜‹
    Rajin Afzan, teringin semua terus buat sendiri ๐Ÿ‘๐Ÿฝ

    Pengat cempedak tu dah rare, tambah pulak makan dengan biskut. Lagi rare.

    ReplyDelete
  10. Bagusnya rajin masak menu sihat....Ikan goreng dengan timun tu rasa teringin pulak...
    Syyy...saya beli cempedak ni..rasa nak buat pengat cempedak jugak la...๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  11. Untung saya bacanya setelah makan malam. Jadi tak lah tergoda sangat ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…. Malah jadi referensi nanti nak buat lah menu salad macam itu ๐Ÿ˜๐Ÿ˜.

    Bagus juga kalau dah tak sentuh makanan lagi di atas jam 6 kak. Kalau saya di atas jam 8 malam. Kdg jam 7. Tp agak susah sikit.

    Ikan bawal goreng kering, ITB memang sedaap lah. Walau saya tak pernah buat, selalu beli dari kedai langganan . Bukan kenapa, tapi selalu seram pasal goreng ikan ini ๐Ÿคฃ. Meletupnya itu ๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
  12. sedap2nya semua menu. makan semua pun nampak sihat.
    baguslah family kak Afzan strict tak makan malam selepas pukul 6

    ReplyDelete
  13. Sekali dia update blog macam2 menu ada! Bagusnya Afzan, rajin buat menu2 pelbagai macam ni.

    ReplyDelete
  14. Kira rajin la ni berbanding ciknur he hee mcm2 dia masakk , semua sedap sedappp
    Kalu tinggal berduaaa emm en suami goreng buat sambal je

    ReplyDelete
  15. Kurang ahli rumah mudah...rumah saya banyak ahli rumah ada yg makan pagi sampai tgh malam pun ada...nak tggu tutup dapur...waktu semua tido...baru lega...

    ReplyDelete
  16. Amboii sekali menu² dia kemain mcm2 pilihan yg kluar ye ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ tp ikan bawal goreng tu yg tertarik.. tmbh kicap cili sket perghh mmg terangakt ๐Ÿคช

    ReplyDelete
  17. Ikan bawal goreng tu, makan dengan nasi panas, asyik ya..

    ReplyDelete
  18. Oh! Sedap-sedap semua. Ada tauhu sumbat, saya suka...suka aroma sos bertemu dengan inti tauhu sumbat. Ikan bawal emas goreng pun saya suka. Kelmarin masak kari ikan bawal emas.

    ReplyDelete
  19. ammi biasanya sampai rumah pun dah hampir pukul 7 malam. Jadi memang last meal before maghbriblah... ada masa terbabas gak memalam tekak gatal nak minum nescafelah kat luar...bila dah keluar malam takkan naik minum je hmmm

    ReplyDelete
  20. Salad telur tu mesti sedap kan. Kena cari la resipi dia.

    ReplyDelete
  21. Pengat cempedak dengan biskut cream crackers tu nampak sedapnya. Alaaa nak buat la lopes malas tu jugak nanti. Lama tak makan.

    ReplyDelete
  22. Meriah betul menunya.. Makanan bergoreng kalau ada sambal memang lagi laju lah menambah nasikan..

    ReplyDelete
  23. Afzan, memang kawan-kawan blogger ni mempengaruhi kita jugak kan...saya pun kadang-kadang inspired by semua...tau-tau dah makan apa yang kita tengok kat Blogs hihi

    ReplyDelete
  24. Yang rasa lapar tu yang bahaya tu. hihi...Bila berdua ni kita tak kisah sangat bab makan kan. Saya pun suka lauk kering-kering ni.
    Rare juga pengat cempedak bersagu Cicah creamm crackers. Sedap eh. Boleh cubalah gitu.
    Aa lagi scroll, lagi buat kita tempting. Acane ni???

    ReplyDelete
  25. Wah menjaga kesihatan tidak makan tengahari.
    Unik tengok pengat cempedak itu. Belum pernah makan.

    ReplyDelete
  26. fav sy bawal goreng tu
    ada nasi dan kicap pun sy boleh mkn bertambah hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..