Saturday, July 04, 2026

JOM MASUK DAPUR

 Jom la jenguk apa yang pernah keluar dari dapur saya.Sejak duduk berdua ni dapur tak sesibuk dulu.

Sekarang kami dah tak bawa bekal.Pagi akan makan siap-siap di rumah.Tengah hari biarkan perut berehat sekejap,kononnya nak bakar lemakšŸ˜‚Balik kerja barulah makan sama-sama.

Belek gallery phone,kita korek khazanah yang ada ni untuk buat entry blog.

Ada yang masak sebab teringin,ada yang ikut resepi kawan blogger,ada yang dibuat atas permintaan.

Jemputlah masuk dapur saya.Mari sama-sama kita belek satu persatu menu yang pernah di masak.Mana tahu ada yang boleh beri idea untuk menu esok.

Jangan risau...tengok gambar je tak menggemukkan.Yang bahaya nanti kalau tiba-tiba rasa lapar😁

Ikan bawal emas goreng dimakan bersama tempe dan tauhu goreng,ulam timun,terung bulat serta sambal tomato resepi Kak Amie.Lauk kering macam ni memang tak pernah mengecewakan.

Pengat cempedak pertama kali try makan dengan biskut cream crackers tiru gaya makan MamaCella.Rupanya sedap juga gabungan tu.

Sekali sekala teringin sarapan menu tradisional pulut ikan masin dan pulut inti kelapa.

Menu yang selalu ulang-ulang salad telur bersama yogurt.Simple tapi mengenyangkan.

Pisang gula melaka,sagu dan susu cair untuk berbuka.

Kuih lopes sudu terliur tengok kak Mulan buat.
Isnin&Khamis rajin sikit buat kuih untuk berbuka puasa.

Tauhu sumbat berjangkit daripada kawan-kawan blogger.Asyik nampak ada yang update,akhirnya saya pun diam-diam terpengaruh.



Bila rajin sikit masak nasi arab chicken mandy dan nasi arab ikan tenggiri.

Solok lada kelantan style dah lama teringin.Nampak ringkas tapi renyah juga.
Makan dengan nasi panas boleh buat buka selera.
Ada hari penat balik kerja,masak megi tumis je untuk makan petang.

Last meal biasanya sebelum pukul 6petang.Lepas waktu tu memang tutup dapur.Waled pun dah terbiasa,mudah-mudahan usaha kecil ini dapat bantu kekalkan berat badan&lebih sihat.






























3 comments:

  1. Tudiaa... macam² menu sekali keluar dari galeri.. sedap aihhh semua.
    Pisang gula melaka tu rebus sekali eh.. kemudian baru bubuh sagu dan susu cair.
    Sedap ni masuk tekak sejuk² untuk berbuka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak..nanti akak tengok video KA pisang sagu gula melaka boleh la buat nanti kak,sedap juga la..nak buat pun senang

      Delete

Terima kasih singgah komen..