Tuesday, March 19, 2024

BERITA PIA DARI ASRAMA

 Dah seminggu Pia tinggal di asrama.Masa nak berpisah dengan umi waled Pia tak nampak sedih,nampak happy salam dan lambai umi waled.Kami je lah sampai je rumah terus rasa kosong&sunyi.Termasuk la 2 ekor tu Amber&Daisy pun diam tak bunyi suara,seakan faham ada yang kurang.

Malam hari pertama tu kami laki bini duk tertunggu-tungu Pia call,rasa macam nak gantung phone dekat leher.Tapi sampai ke sahur Pia tak ada call.Kami nak call risau menggangu dia dengan program orientasi.Lepas sahur saya cuba juga call Pia tapi voicemail,hati mula dah rasa sedih.Mana la anak aku ni,ok ke dia,sahur ke tak,phone habis bateri tak ada tempat nak cas ke duk tertanya-tanya sendiri.

Dah tak dapat call Pia mula la buat-buat sibuk pagi hari kemas dapur,kemas bilik Pia,iron baju,sampai la nak pergi kerja salam dengan waled dah tak boleh tahan rasa sedih sangat,tertumpah juga air mata depan waled.

Di pejabat pun tak boleh nak buat kerja,kejap-kejap buka ig mrsm,kejap-kejap tengok group homeroom,kejap-kejap tengok group muafakat.Duk zoom cari gambar Pia,bila nampak je Pia lega sekejap.Kuasa mak-mak gambar anak besar kuman pun boleh kenal...😄



Rasa tak sabar nak tunggu petang kot-kot Pia ada masa rehat dia akan call.Tapi hampa juga,bila parents lain update anak-anak diaorang sampai 3,4 kali sehari call mak ayah,hati kami mula dah tak tenang.

Lepas maghrib waled ajak terawih di masjid,pukul 10malam balik dari masjid cepat-cepat tengok phone.Padahal dah tau time tu Pia belum habis program.Saya cuba wasap ibu roommate Pia,minta tolong kalau ada anak dia call,minta dia tanya khabar Pia.Malam tu saya tertidur di sofa sambil pegang phone risau anak call tak dengar.Pukul 11.30 malam dapat panggilan nombor yang tak kenal,biasa no.tak kenal saya tak jawab.Tapi malam tu jawab juga call.Alhamdulillah Pia yang call guna no.phone senior.Pia bagitau phone dia tak boleh call out tak boleh call in.Tak ada line,cuma emergency call.Ya Allah mula la menangis lagi kesian anak umi.Mesti dia pun panic tak dapat call umi.Pia bagitau program habis pukul 11 malam dia ada turun bawah nak cari public phone,ada senior yang tegur dia.Pia bagitau nak call umi sebab phone rosak,jadi senior bagi pinjam phone dia.

Nak tunggu hari Sabtu pergi melawat,diaorang belum boleh pulang bermalam,tak sama macam SBP dengar cerita boleh balik setiap minggu.5hari juga tak dapat nak dengar suara Pia.Seksanya perasaan ni tak tau nak cakap macam mana.Waled bagitau mungkin basic phone yang Pia pakai tu tak boleh nak baca simkad 5g.

Phone ni la yang Pia guna,beli shopee.Sebelum pergi dah try semuanya ok.

Hari Sabtu 16Mac pukul 1.30petang umi waled orang pertama yang sampai di MRSM,waktu melawat sebenar pukul 2petang.Bila dapat je jumpa,berjujuran airmata Pia rindu umiwaled.Rupanya dia pun tak kuat berpisah tapi tak dapat nak bercerita dengan umiwaled duk pendam sendiri,minggu orientasi aktiviti sangat padat dengan suasana baru tambah lagi dengan penat bulan puasa.

Lepas jumpa Pia terus pergi beli phone lain,kali ni beli jenama Nokia.alhamdulillah sekarang Pia dah boleh call setiap kali ada masa free.Dengar suara dia pun dah ceria sikit.Masih lagi belajar untuk terima suasana baru,kawan baru,peraturan baru.

Dua hari berturut-turut pergi melawat Pia.Tetap sama menangis penat aktiviti padat,stress dengan kawan-kawan yang belum serasi,tak selera dengan makanan di dewan makan.Pia ada teringin nak makan itu ini,maklum la bulan puasa tapi peraturan asrama tak benarkan bawa makanan luar.

Moga Pia kuat,tabah dan sabar.Inilah pengorbanan demi jihad menimba ilmu.
Umi sebak sangat,nak bagi kata semangat pun tak terkeluar.Tapi doa umi tak pernah putus untuk Pia.







23 comments:

  1. semoga terus kuat pia...semoga ibu pun tabah ya
    beza betul dengan zaman linda dulu2...hihihi

    ReplyDelete
  2. ala ammi pun sebak membaca. faham.
    ammi masa khilfi mula masuk asrama dulu pun gitu..dok tertunggu2. pulak tu ammi tak perasan fon ammi set bedtime..jadi call dari nombor tak dikenali dan tak favourite dia auto reject. Allahhhhh..

    semoga Pia cepat serasi ye nak

    ReplyDelete
  3. aduhai Acik Ana baca cerita umi ni pon bertakung air mata.. wlaupuun Acik Ana ni blm kawen & blm ada anak, tapi entahlah hati mudah sebak bila baca kisah mcm ni sbb terbyg mesti Mak Acik Ana pun akan sedih mcm ni kalau Acik Ana jauh dari dia :( moga diberi ketabahan & kesabaran yg tggi buat Pia, ummi & waled..

    ReplyDelete
  4. Allahu... ala ala.. MA plak yg sayu sama bila baca ni.. be strong key Pia .. and Mama Pia pun....ni la pengorbanan dlm menuntut ilmu key...

    ReplyDelete
  5. Alahai Pia...aunty yang baca ni berjejeran airmata keluar ha...sedangkan kakak Dania dulu takde plak aunty menangis ke apa...insyaallah sikit masa lagi Pia will be ok dan Umi pun akan ok...

    ReplyDelete
  6. I feel you sis.
    Menangis akak baca ni sebab pernah alami situasi yang sama.
    Umi waled bertabah ya.. kena sama2 kuat depan Pia tau.

    ReplyDelete
  7. siannye pia.. sebenarnya waktu nak pergi sekolah tu pia buat2 semangat supaya maknye xterlalu sedih.. air mata telan jerk.. ldy pernah lalui suasana begitu.. huhuhuhuhuhu.. nak tunjuk kite kuat depan mak supaya mak x risau.. nanti mak kate xyah g la asrama, duduk sekolah dekat jer lah.. lagi haru :D

    ReplyDelete
  8. ini betul2 rindu tak terbendung... alahaiii sian pia... ya faham... umiwaled belum pernah lalui hal ni... tapi tu laa namanya pengorbanan... kita nak anak dpt yg terbaik n anak perlu kuat utk dpt yg terbaik. insya allah lepas ni pasti lbh 💪💪💪...

    ReplyDelete
  9. Aduyai, emaknya pulak yang lebih2 menanggung perasaan.
    Semoga bertabah

    ReplyDelete
  10. Ala Pia sayang, be strong girl 💪
    Ummi pun kena kuat & belajar tepis rasa rindu tu kalau tak anak akan rasa juga 🤗
    PH amalkan baca Fatihah & sedekah pd anak each time teringat smbl doa utk dia.

    ReplyDelete
  11. nak gelak tapi kesian kt akak dan pia, kesian lahai rupanya hp dia tak boleh nak call keluar kak oi, mesti dia pun nak nangis ke apa semua rasa. GItu lah emak-emak kan, moga Pia ok je dan ada dapat kawan nanti harapnya ok lah bila dah ada kawan nanti. Tak la rasa sunyi kan

    ReplyDelete
  12. bila anak dok asrama..tkdpt panggilan pasti berdebar kan...smoga pia dpt sesuaikan diri....pasti sedih bila tgk umi & waled dtg tu

    ReplyDelete
  13. Allahu....sebak hati membaca sambil membayangkan situasi tu..
    Kerinduan yang tidak mampu diucapkan dengan kata kata..
    Antara rindu seorang anak dan rindu seorang ibu dan ayah..Rasanya rindu seorang ibu kepada anaknya lagi mendalam dan sakit bagai ditoreh sembilu..
    Kita adalah anak dan kita juga adalah ibu membuatkan kita merasai kedua2 keadaan itu

    ReplyDelete
  14. Rasa sedih tu sampai kita yang baca pun terasa. Mana tak risau kalau tak dapat contact. Syukurlah akhirnya dapat juga call. Alhamdulillah senior baik hati bagi pinjam phone. Lepas ni kalau rindu senang boleh call dah dengan handphone baru.

    ReplyDelete
  15. Moga kuat ya Pia. Awal2 sementara nak biasakan diri....insya-Allah tak lama lagi ok....sedikit demi sedikit.....lama2 dah biasa....

    ReplyDelete
  16. Alaaaa.. kita dah sebak niiii.. ciannya Pia, phone rosak rupanya.

    ReplyDelete
  17. Baru seminggu berpisah dengan Pia sudah demikian rindu ya Mbak. Hati risau tak dapat call...
    Semoga kedepan Mbak tidak terlalu risau lagi...

    Salam,

    ReplyDelete
  18. salam awak... eh cop pia dpt mrsm mana ni?? ya allah lama nya x masuk sini tup2 tau pia dah msk asrama ye

    ReplyDelete
  19. Begitulah hati seorang ibu.
    Kalau boleh hendak selalu berada di sisi anak.
    Apakan daya, anak perlu belajar berdikari untuk masa depannya juga.

    ReplyDelete
  20. Eh kita pulak yg sedih baca kisah pia, telefon, 5G, mak nya yg menunggu2.. tak apa la time utk anak berdikari.. :D

    ReplyDelete
  21. Ya Allah, terasaaa sangat sedihnya 😭. Tapi syukurlah kalo skr pia dah bisa telp kakak dan ayahnya yaa. Memang awal2 masuk asrama pasti rinduuu sangat kan. Butuh adaptasi. Tak apaaa, ini nantinya bisa melatih pia menjadi stronger dan mandiri. ❤️🤗

    ReplyDelete
  22. Akak pun jadi sedih baca entri. Kesian dia, mesti tension kot, handphone tak boleh call out dan call in. Lumrah anak masuk asrama. Semoga Afzan dan Pia tabah dan kuat. Mak kena kuat, ye!

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..