Friday, August 25, 2023

PIA DEKLAMASI SAJAK

Budak Pia ni kan dia punya keyakinan diri dan berani tu lain macam.Beberapa kali juga cikgu bagitau saya yang Pia suka calonkan diri sendiri,suka minta orang jadikan dia ketua.Ada satu hari tu dia balik menangis sebab cikgu bagitau tak boleh offer diri sendiri kena minta kawan yang cadangkan,kawan pula tak nak cadangkan dia sebab malu nak bersuara.Dalam pada berani tapi ratu air mata.

Minggu lepas dia bagitau terpilih untuk pertandingan deklamasi sajak.Katanya cikgu BM yang pilih dia untuk wakil sekolah.Mulanya saya pun tak beria sangat bertanya itu dan ini.Tapi bila tengok dia tiap-tiap petang berlatih depan cermin dalam bilik sorang-sorang,umi dan waled offer untuk jadi penonton dan pengkritik tak bertauliah.Bila anak bersemangat,makpak pun kena la bagi sokongan.

Cikgu bagitau pakaian bertema Melayu Klasik.Suruh pakai kain batik baju kurung Kedah tak nak.Waled suruh bawa anak sewa baju yang dia berkenan.


Lepas rehat cikgu akan panggil untuk latihan dalam pusat sumber sekolah.Dah besar dakPia ni sebak pula tengok anak cepat sangat membesar.Kalau dulu hari-hari minta umi belikan dia adik.Tapi sekarang bila tanya nak adik tak?
Katanya TAK NAKKKKKK...

Kalah menang dah adat bertanding.Pia kecundang dapat no.3 dari 11 orang peserta.Balik sekolah macam badmood sikit nak tak nak je bercerita bila umi tanya pasal pertandingan.Esoknya tu nampak bawa balik 1set burger McD cikgu BM belanja katanya,agaknya cikgu nak pujuk anak murid sedih sebab kalah.

Fly high ye Nak......umi waled dulu mampu fly pagar sekolah je😂





25 comments:

  1. Pada pengamatan uncle Pia ni sure ramai peminat rahsia di tempat dia belajar, ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan la uncle saya tak nak menantu awal...hahaha

      Delete
  2. Tahniah Pia dapat tempat ke-3! 👏🏻👏🏻 Takpe, yang penting jadi wakil sekolah boleh masukkan dalam senarai aktiviti ko-kurikulum utk permohonan masuk SBP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ aunty Carneyz...ye sis memang dia duk pulun nak dapat markah untuk kumpul % permohonan...

      Delete
  3. Takpe Pia, no 3 pun dah hebat dah tau...keep up a good work..next time try lagi dan lagi..jatuh dulu takpe insyaallah pelangi yang akan tiba...good luck girl...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah aunty...kutip pengalaman dulu kan,baru permulaan masih jauh lagi perjalanan

      Delete
  4. ok lawak yg statement last umi walid mampu fly pagar sekolah je hahaha.. :D

    tahniah Pia.. no 3 pun dah bagus tau! bkn senang nak dpt top 3.. btw Afzan, mana tmpt menarik utk jalan2 dan makan2 kat Kuantan? hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak nak datang bila kak?Kuantan ni tak banyak aktiviti boleh buat selain lepak tepi pantai dan makan-makan...akak cuba risik2 tempat ni kot ada yang berkenan:-
      1) Jaman Tory Resepi@Indera Mahkota 2 (makanan tradisional Pahang)
      2) Teko 3D Cafe@Jalan Teluk Sisek
      3) Kuantan Pickers&Kedai Kopi@Jalan Besar
      4) Kaasturi By Caramela@Jalan Alor Akar
      5)Tjantek @Jln Besar
      6) Kantin&Co @Jln Besar
      7)Cendol Gula Kabung Wall street @Jln Bukit Ubi
      8) Root By KebunKota @Jln Air Putih
      9) Kedai Roti Bakar Wall street @jln Mahkota
      10) Lena Plants Cafe@Jln Teluk Sisek
      11) Docduck Baked House@Jln Teluk Sisek
      12) Ms Elliot at Hock Bee@Jln Besar
      13) Micasa Cafe by the river @Mega view hotel Jln Besar
      14) Aroi mark premium steamboat&grill@Jln Kubang Buaya
      15)MUIH cafe@Jln Seri Kuantan 80
      16) Nutribowl@Jln Air Putih 6

      Delete
  5. Hebat anaknya kak 👍. Karena tak banyak anak yg confident untuk berani tampil. Bukan sesuatu yang mudah. Jadi kalo pia berani, bahkan mau menawarkan diri untuk maju, sebenarnya bagus sangat 👍.

    Semoga pia kembali semangat walau juara 3..karena memang kalah menang tuh hal biasa. Yang penting mental berani maju nya sudah terasah

    ReplyDelete
  6. Anak akak hebat orangnya. Melihat semangat dia seperti menggambarkan semangat Cuya yang suka join pertandingan macam ni.

    Mungkin kami berdua boleh geng XD

    ReplyDelete
  7. Tempat ke-3 pun bagus Pia. Yang penting penyertaan dan self confidence tu

    ReplyDelete
  8. congrats Pia... ok la tu. dah berjaya & berani naik pentas tu dah kira wow dah...

    ReplyDelete
  9. Apalah umi ni soh pakai baju kedah dgn kain batik. Nasiblah waled sporting sewakan baju klasik, hihi. Tahniah, Pia. Bukan senang nak ada keberanian dan keyakinan macam Pia. Good job!

    ReplyDelete
  10. bagus tu kak, dia ada keyakinan yg tinggi pd diri dia sendiri. Takpe no 3 pun dh baik pia, nnti usaha lagi mana tau akan dpt no 1. Kalau acik rasanya masa umur Pia tu nk jd tukang naikkan bendera pun berdebar

    ReplyDelete
  11. Anak seorang juga ya? Kalau ya...kita memang gang.

    ReplyDelete
  12. Tahniah Pia. Anak yang hebat, cemerlang. Moga berjaya dunia akhirat.

    ReplyDelete
  13. Baguslah Pia ni, berkeyakinan tinggi 👍🏽

    Tahniah Pia 👏🏽
    Dapat nombor berapa-berapa pun tetap hebat sebab berani mencuba.

    ReplyDelete
  14. untung la cikgu belanja sebab nak amik hati anak nya yang merajuk :D
    anak kita pun masuk tp kalah bila balik membebel mcm2 complain hahahah kids nowdayss hahaha

    ReplyDelete
  15. Berani bertempat takpelah.
    Harap dia tidak patah semangat walaupun dapat tempat ke-3.

    ReplyDelete
  16. wah...baguslah macam tu....tidak semua yang suka dan berani untuk jadi seperti dia

    ReplyDelete
  17. tahniah pia berani calonkan diri sdiri ..bkn smua bdk berani nk ke depan

    ReplyDelete
  18. eh bagusnya dia calonkan diri sendiri..berani dan yakin. kalau ammi dan-dan tu terus tunduk takut

    ReplyDelete
  19. tu diaaa waled dia siap offer sewa baju. betul2 bersemangat ni!

    x pe pia nnt boleh cuba lagi. msk pertandingan byk2 selagi boleh. nnt dah hadap exam besar susah dah nk join aktiviti2 mcm ni...

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..