Terima kasih banyak-banyak pada Kak Faiz Ibu Wafi yang sudi berkali-kali email pada saya maklumkan pasal program ni,sampaikan Kak Faiz jadi risau sebab saya lambat baca email.Saya pula jarang buka email blog,kesian akak...minta maaf banyak2 ye kak,dan terima kasih banyak2 atas usaha akak ni saya dapat ilmu baru untuk strategi kemasukan ke SBP.
Kebetulan permohonan ke SBP dah dibuka,sebelum kak Faiz hantar email saya pun duk fikir mana nak cari maklumat cuma boleh google dan tanya orang sana sini.Ada juga tanya Ammi Khilfi..ammi pun ada share,TQSM Ammi!
Bagi kami yang belum ada pengalaman hantar anak ke SBP agak menyesakkan kepala juga lah nak pilih SBP yang mana.Ahad hari tu dapat la join program ni di Politeknik Sultan Ahmad Shah,tak jauh pun dari rumah 10minit dah sampai.
Bila UPSR dimansuhkan macam ni la kan.Saingan terlalu sengit,calon pula terlampau ramai,beribu calon ambil exam PKSK.Memang kena ada strategi nak apply anak ke sekolah mana.Kalau ikutkan waled memang dia nak pilih yang paling dekat dengan rumah,5minit dah sampai sekolah.Apa-apa senang katanya.Memanglah tapi SBP yang 5minit dari rumah tu boleh kata hot seat,kalau 1st intake dah tak dapat nak masuk senarai rayuan tu boleh buat sesak dada.Pening juga tengok pilihan sebab pilihan pertama yang diutamakan.
Ada juga yang cakap sekolah mana-mana pun ok,sekolah harian pun ok.Ye betul sekolah mana-mana pun boleh.Cuma selagi boleh kita nak rebut peluang kelebihan duduk di SBP,anak lebih terdedah pada peluang yang tak ada di sekolah harian.Bukan sebab nak anak bijak semata tapi nak anak dapat pendedahan yang sekolah lain mungkin tak ada.Peluang ni sebenarnya yang kita nak rebut.
Ramai juga yang hadir program ni penuh juga dewan,ada yang datang luar dari Pahang pun ada.Begitu lah kan dah jadi makbapak ni,kalau diminta lari padang 100x pun sanggup asalkan anak dapat tawaran.Di SBP alumni mereka sangat strong,mereka akan usaha selagi boleh untuk student dapat pendedahan terbaik.Alumni ni yang akan support sekolah tu sungguh-sungguh.Benda macam ni lah yang kita nak cari,student akan di guide oleh alumni.
Moga ada rezeki Pia untuk ke SBP.Umi waled masih dalam mood berbincang belum bergaduh lagi nak pilih sekolah mana untuk anaknda sorang ni,belum final sekolah mana.Doakan Pia ye uncle aunty...
Semua telah diatur oleh Allah yang boleh kita buat cuma usaha dan doa.
****Puan Hazel,Angah mohon ke sekolah mana tahun depan?SBPi atau TMUA?
all the to Pia..moga semua urusan dipermudahkan & berjalan dgn lancar..aamiin
ReplyDeleteTQSM mummy...moga ada rezeki Pia
Deletemudah-mudahan ada rezeki Pia dalam sekolah yg bagus... tp kalau Pia dpt SBP terbaik di luar negeri pahang, umi dgn waled setuju ke? ;-)
ReplyDeleteumi setuju je..waled yang tak boleh terima asyik duk cakap nak sekolah 5minit dari rumah...nanti umi nak guna kuasa veto umi paksa waled setuju haha
Deleteallahu... kalau mcm tu waled je laa buka sekolah sblh rumah... hahaha... ni kalau pia dpt sek luar kuantan, mau tiap2 mggu dtg melawat ni😁
DeleteSemoga Pia berjaya dapat tempat di SBP. Pia bijak selalu dapat no. 1 kat sekolah Insha Allah boleh tu sis 😃
ReplyDeletePBD hanya brp % je diambil kira sis..nak kena tumpu pada PKSK utk dpt merit tinggi...doakan Pia ye..
DeleteKalau dapat jauh sikit pun takpe, boleh umi waled jalan-jalan sekali 😀
ReplyDeleteMoga Allah beri apa yang terbaik di sisi-Nya buat anakanda Pia.
kan boleh ambil kesempatan pusing2 tempat orang...insyaAllah aamin moga makbul doa akak
DeleteSBP ni ada SBP yg elit cth macam TKC, SAS, Seri Puteri. Kalau boleh pilih SBP selain daripada ni rasanya chances nak dapat tu tinggi. Persaingan banyak tu....kalau dah kata rezeki kita....kita juga yg akan dapat insya allah. Cuma kena kaji apa test yang akan dijalankan tu. Kena buat persediaan yang secukupnya.
ReplyDeleteAll the best Pia! Senang la dekat...
ReplyDeletesmoga dipermudahkan..tp nk masuk SBP ni mental fizikal kena kuat...all the best Pia
ReplyDeleteAll the best Pia. Moga pia dapat sekolah yang 5 minit dari rumah tu ye. Walau hot seat, tapi kalau dah rezeki, tak kemana 😊
ReplyDeletemoga dipermudahkan buat Pia
ReplyDeleteMoga dipermudahkan urusan Pia masuk SBP.
ReplyDeleteWahhhh.. selesanya dewan di Polisas tu, kalau kat Shah Alam parents sanggup duduk atas tikar untuk dapatkan slot heheh..
ReplyDeleteAll the best Pia PKSK nanti.
Insyaallah umiwaled buat pilihan terbaik.
Mudah-mudahan ada rezeki Pia ke SBP aamin 🤲
ReplyDeletePaham sgt kegusaran tu, masa nak apply utk Abang last 3 yrs. Bila tang Angah ni alhamdulillah dah ada pengalaman, tenang la sikit. Utk Angah, PH minta SMKA TMUA. Doakan Angah sama ye sis :)
Semoga dipermudahkan untuk Pia...macma tu la akak sebelum ni..lagi plak kena fikir berdua je ngan Dania..last2 buat aje keputusan sendiri..persediaan dari segi kewangan kena kuat la..
ReplyDeleteTadi saya Googling dulu SBP itu apa. Ternyata memang masuk sekolah di manapun sama saja persaingannya ya kak. Yang sekolah favorit, sudah pasti ramai peminat dan lebih susah untuk masuk 😄.
ReplyDeleteTapi apapun, semoga Pia berhasil masuk ke sekolah yg di nak yaa 🤗
Semoga rezeki sentiasa menyebelahi pia all the best :D
ReplyDelete
ReplyDeleteSudah dapat keputusan hendak hantar mana ke?
Semoga dipermudahkan urusan.
dengar talk tuan Hashim tu ye? kalau dia, mmg ammi pun selalu dapatkan tips dari dia. sekali imbas kat gambar no. 2 mcm familiar je badge tu...bila zoom ha patutlah...badge MOZAC rupanya
ReplyDelete