Wednesday, June 07, 2023

Happy Anniversary Untuk Kami

 Tak ada apa yang fancy pun anniversary tahun ni hanya keluar makan-makan berdua.Saja je la buat kenang-kenangan.

Mohon Allah panjangkan jodoh kami sampai syurga dan pelihara keluarga kecil kami&dan dijauhkan dari segala yang buruk-buruk.

Tarikh akad nikahnya 0506 dan 0606 majlis bertandang.Tapi kami keluar makan hari Jumaat lepas tak ada kena mengena dengan tarikh anniversary pun,balik dari kerja terus singgah makan.Tak sambut anniversary pun kena singgah makan juga kan.Dah tinggal berdua memang malas nak masak.Pia cuti sekolah suka duduk rumah Tok Chini ada ramai kawan.

Nak mengimbau kenangan lama,kami sebenarnya satu Uni.Waled ni senior saya.Kawan sebilik waled dulu kawan sekelas saya.Kawan dia la yang selalu jadi posmen sampaikan salam pada saya.Tapi saya jual mahal kononnya tak layan langsung,tak ada la nak kirim salam balik๐Ÿ˜Ž

Sampai la dah habis belajar kami tak pernah jumpa pun.Masing-masing bawa haluan sendiri dan saya hampir terlupa pasal dia.Tapi waled kata dia tetap ingat saya.Entah ye ntah tidak la tu.

Direzekikan masing-masing dapat kerja awal lepas grad,Waled lapor diri di Putrajaya dan saya di Kuantan.Nak dijadikan jodoh agaknya kebetulan waled datang audit di tempat kerja saya.Dari situ la bertentang mata 'eh macam kenal'.

Bermula lepas audit tu cuma berkawan biasa,2 tahun selepas tu dia lamar saya untuk jadi isteri dia pun saya masih ragu-ragu.Saya banyak mengelak dari jumpa dia.Bukan apa,saya tak yakin untuk jadi seorang isteri,rasa diri belum cukup sempurna.Tapi kalau dah jodoh semuanya dipermudahkan,sampaikan saya rasa tak ada persediaan apa pun untuk majlis kahwin tup-tup semuanya dah selesai akad nikah.
Di awal perkahwinan kami masih berjauhan dia di Putrajaya dan saya masih di Kuantan.2 tahun pertama memang mencabar asal weekend jer duk ulang alik Putrajaya-Kuantan.Tak pun saya yg akan ke sana naik bas.
2011 barulah kami dapat tinggal bersama&dikurniakan Puteri tunggal penyejuk mata penawar hati.

Throwback gambar zaman awal perkahwinan sikit๐Ÿ˜
Semoga hubungan ini sebagai suami isteri kekal hingga ke Jannah.







29 comments:

  1. Alhamdulillah...dalam pada jual mahal 15 tahun sudah. Insyaallah semoga terus bahagia bersama, jalan pimpin tangan sampai ke akhir hayat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. konon jual mahal kan ammi...haha
      aaminn terima kasih atas doanya

      Delete
  2. sama la tarikh kita...5.6... happy wedding anniversary, semoga kekal bahagia hingga ke jannah...aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. alfatihah untuk Didi moga mummy & Didi akan berjumpa di syurga nanti..

      Delete
  3. happy anniversary ummi & walid pia!!! semoga berbahagia hinga ke hujung nyawa... sweet jugak perkenalan korang ek... lama jugak tu dh habis belajar dah kerja br cinta berputik.. org kata mmg jodoh lah kan... x ke mana pun berjumpa dan berkahwin jua akhirnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ kakmim..tak jangka jodoh dekat je sebenarnya...

      Delete
  4. tahniah...semoga mahligai yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga

    ReplyDelete
  5. Happy anniversary sis & suami. Syu doakan semoga berkekalan jodohnya hingga akhir hayat. Amin ๐Ÿฅฐ

    ReplyDelete
  6. Selamat ulangtahun perkahwinan.
    Hehe manis cerita perkenalan Puan Afzan dengan suami.

    ReplyDelete
  7. Kalau dah tertulis jodohnya…bertemu dan bersatu jua akhirnya kan. Happy Anniversary Afzan & suami ❤️

    ReplyDelete
  8. happy anniversary♥️๐ŸŽ๐ŸŽtahniahh melewati masa bersama yg tersayang moga terus hingga ke jannah aminn

    ReplyDelete
  9. Happy Anniversary Lovebirds ๐Ÿฅฐ
    Waaaahhh.. tak jadi lah eh cinta kampus, kalau dah jodoh tak ke mana!

    ReplyDelete
  10. Happy anniversary, alololo.. sweet sangat Waled masa tu.

    ReplyDelete
  11. Selamat hari ulangtahun perkahwinan, Afzan dan suami. Semoga kekal bahagia hingga ke jannah.
    Cantik gambar masa pengantin tu. :)

    ReplyDelete
  12. selamat ulangtahun perkahwinan buat Afzan dan suami ๐ŸŒน semoga jodoh kalian kekal bahagia sampai ke akhir hayat. Wah, muka Afzan dan suami maintain je dari dulu ye. Saya pulak dah kembang semangkuk, suami je yang maintain slim hehe

    ReplyDelete
  13. Happy anniversary kak afzan dan suami. Dedua maintain je ye. Tak bnyak perubahan. Hihihi

    ReplyDelete
  14. happy anniversary kak. kalau dah jodoh nak kemana kan, tup tup jumpa jugak. hehe.

    ReplyDelete
  15. maintain je saiz dan muka akak masa muda dulu, happy anniversary kak... moga kekal bahagia hingga ke akhir hayat

    ReplyDelete
  16. happy anniversary..smoga bahagia till jannah

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah.
    Jodoh itu rahsia Allah.
    Ada sahaja jalannya untuk dipertemukan.
    Moga bahagia hingga ke syurga.

    ReplyDelete
  18. hepi anniversary afzan.. semoga kekal hingga jannah :)

    ReplyDelete
  19. selamat ulang tahun perkahwinan buat ummi dan suami

    ReplyDelete
  20. Happy wedding anniversary untuk Afzan & Jabar.
    ๐Ÿœ๐Ÿœ๐Ÿœla...❤️
    Macam baca novel cinta la...๐Ÿ˜
    Semoga dikurniakan Sakinah,Mawaddah & Rahmah hingga ke Jannah..
    Untuk Pia juga semoga terus cemerlang

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah..Happy 15th Wedding Anniversary. Semoga terus bahagia sampai syurga. Aamiin...

    ReplyDelete
  22. Happy Anniversary, mudah-mudahan berkekalan hendaknya hingga ke jannah ๐Ÿคฒ

    ReplyDelete
  23. Selamat merayakan hari pernikahan yang ke 15, Mbak
    Semoga keluarganya selalu bahagia.

    Salam,

    ReplyDelete
  24. happy anniversary๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’
    ooo satu U rupanya... yg jd posmen tu apa khabar skrg?๐Ÿ˜

    lama juga tu ulang alik putrajaya-kuantan... skrg rindu x moment2 kena ulang alik tu?๐Ÿ˜€๐Ÿคญ

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..