Cerita throwback masa cuti sekolah awal bulan haritu.Ramai yang balik berkumpul dekat rumah Tok Chini,time ramai-ramai ni Maklang bagi idea ajak budak-budak ni cari etok.Suka la anak-anak boleh main air.Pengalaman baru untuk Pia dan juga saya first time ni,waled cakap dia orang kampung dah biasa 'berkubang' cari etok dari kecil lagi.
Subuh sapi'e saya dah siap masak nasi putih dengan ayam masak kicap nak bawa bekal nasi bungkus,Risau anak lapar tengah-tengah cari etok nanti mana nak cekau nasi bukannya ada kedai dekat situ.Saya bersiap je seadanya bekal ala-ala nak pergi berkelah kononya.
Maklang pesan kena bangun awal,lepas subuh dah nak bertolak kalau lambat-lambat nanti cuaca panas.Pukul 7pagi masing-masing dah terpacak tepi sungai tunggu giliran nak naik sampan seberang sungai.
Sungai Pahang ni kalau air surut,paras air paras buku lali je,boleh seberang sungai jalan kaki tapi tempat yang kami nak tuju ni ada laluan yang airnya dalam kena juga naik sampan.Naik sampan tak sampai seminit pun dah sampai tengah sungai.
Budak-budak ni sampai je terus masuk dalam sungai teruja betul dapat mandi sungai sambil-sambil cari etok.Maklang cakap musim panas ni air sungai surut dah macam pesta orang cari etok,biasa waktu petang memang ramai orang datang.
Tapi saya tak turun dalam sungai cuma duduk tepi-tepi ambil gambar diaorang.Saya macam ada satu perasaan fobia air.Duk terfikir benda yang menakutkan.Pia duk panggil-panggil saya join dia,tapi saya tak bagitau la diaorang apa yang saya rasa ni.Nauzubillah....
Tengok diaorang semua seronok,peluang dan pengalaman yang tak semua orang boleh rasa.Walaupun air tak dalam tapi hati saya sentiasa dupdap-dupdap😁
Tak sampai 10minit masing-masing dah mengadu lapar,sarap nasi bungkus umi dulu nanti sambung lagi cari etok.Geng-geng laki kemain bersila makan nasi dalam air,nak ambil suasana katanya.Kawasan berpasir ni betul-betul di tengah-tengah Sungai Pahang ye,mana la mak kau tak overthinking nak...
Separuh hari berjemur panas hasilnya
Orang kampung waled panggil Kijing,saya pun tak tau nama sebenarnya apa.Pertama kali juga saya tengok kijing
Habis la korang balik kena marah dengan ibu masing-masing,jenuh nak basuh baju berlumpur berpasir semua ni
Etok pun banyak dapat,yang ni biasa tengok.Balik tu saya rendam dengan air garam setengah hari.Petangnya masak goreng berlado letak serai banyak-banyak.Sedap meratah isi besar-besar juga
Kijing ni Tok Chini ajar kena rebus buang air,buang lumpur dalam isi perut dia,jenuh basuh satu-satu.lepas tu hiris halus-halus masak rendang atau masak sambal tumis.Isi kijing liat sebab tu kena hiris halus.Kalau salah masak mau kena cirit birit ni.Tapi kami haritu alhamdulillah semuanya elok perut,sebelum masak banyak kali juga basuh.
Orang yang paling happy tentu la dia kalah anaknya.Baju tu tak ada nak basuh-basuh dah terus buang tak rajin la menyentalnya dah la pakai baju putih kononya tak nak serap haba panas.
First time dgr etok..adik badik mcm kerang ye.. wah sg pahang pun bole surut.byk ye airnya..tp klu air pasang mmg seriau kan -kak ret-
ReplyDeleteWah…pengalaman menarik ni Afzan 😃
ReplyDeleteMemang susahlah nak basuh baju berselut gitu kan.
Pertama kali tau kijing. Besar ya saiznya. Sekali pandang macam kupang, tapi memang berbeza saiz dan rupa.
Banyak betul dapat kijing dan etok.
ReplyDeleteHehe kalau sayapun tengok sahaja.
Itu bukan penutup kipas tu ke? Guna buat cari etok. 😁 Seronok Afzan, aktiviti macam ni. Lain kali mesti rasa nak pergi cari lagi.
ReplyDeletewah seronoknya... MA pun x pernah wat aktiviti mcm ni.. best tu.
ReplyDeletewahhh seronoknya main air sambil cari etok, kak ana tak pernah lagi try makan ni tak jumpa lagi kat sini afzan :)
ReplyDeletebestnya kak oi... banyak jugak hasilnya tu kak oi, besar-besar jugak etoknya tu, kalau dana pun seronok dpt bt akviti gitu biarla berselut pun janji hati gembira
ReplyDeletewahh besar2 nya etok. kijing pon besar2. memang seronok la ni, sambil cari sambil mandi. bestnya. ni kalau kat kg dah cari sekali ni, musim dia la skrg tengah2 musim panas sungai tohor
ReplyDeleteetok fav..lama tk mkn,,bila blk klate mesti bli..kijing 1st time dgr
ReplyDeleteWah mahal pengalaman ni ..
ReplyDeletePH tak reti nak kopek etok, hence tak reti makan huhu...hari tu pergi Bachok ada la singgah beli yg dah siap masak tu. Ingatkan macam kerang, senang dibuka cengkerangnya...ini sampai sudah dok kopek tak berjaya 😆
Bukan semua orang pandai makan etok ni...
ReplyDeleteSaya pernah sekali je makan etok masa berkunjung ke Kelantan satu masa dulu. Terkial2 nak kopek hehe. Sedap tapi lepas tu taknak dah sebab susah nak kopek.
ReplyDeleteUishhh... Sg Pahang tu... besar betul!
ReplyDeletePertama kali tengok etok, biasa dengar je orang Kelantan makan sebagai snack.
Akak ada pengalaman kutip kepah masa kecik dulu... sekali je lah bila berkunjung ke rumah bapa saudara.
Belum pernah jumpa atau makan etok.
ReplyDeleteKalu kijing tu waktu kecik-kecik dulu selalu makan.
besar besar saiznya...masa turun cari etok ni di tengah bulan hijrah ya? kalau ya no wonder banyak hasilnya...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletetengok jeti tu terus buat sy teringat filem mat kilau heheheh betul tak?
ReplyDeletesama la. ciknur dah berusia ni fobia lak tgk air sg ke laut mcm2 duk byngkan he hee
ReplyDeleteKat sungai tempat wak ni pun banyak etok dan kepah air tawar.
ReplyDeleteTapi orang2 sini tak cari pun sebab tak tahu nak makan.
Biasanya orang dari kelantan atau kampucia yang cari.
wahhh... lumayan hasilnya ya... masak mcm mana sedap etok tu??
ReplyDeleteBestnya cari etok2...x pernah experienced lagi..kijing tu pernah makan...cuma dah lupa rasanya
ReplyDelete