Thursday, December 27, 2018

Balik kampung...

Alhamdulillah Pia dan Ucu dah sampai Kuantan pukul 5.30 pagi tadi. 1minggu kat kampung waaah seronoknya. Pengalaman pertama Pia balik kampung naik bas. Dah akhir2 cuti sekolah baru la ummi waled bagi Pia balik kampung, tu pun sebab ucu ada kebetulan ucu cuti. Kalau tak jangan harap ummi nak benarkan, bukan apa ummi taknak menyusahkan atok nenek. Dah la ummi takdapat nak bagi kesenangan pada mereka, at least kita tak membebankan mereka. Memang tak dinafikan atok nenek tu memang tak kisah nak jaga cucu dengan alasan boleh buat teman time sunyi, tapi oh no no sayang...nenek atok dah tua sayang, tubuh badan mereka pun dah tak berapa sihat, sepatutnya kita yang jaga mereka bukan menambah lagi beban pada mereka.




Banyak gambar Pia (hazim & haifa-sepupu Pia) masa kat kampung.TQ ucu hari2 share apa yang diaorang buat.Dapat la ummi tepek kat sini untuk kenangan. Dah besar nanti boleh Pia tengok semula keakraban antara Pia,hazim dan haifa,semoga berkekalan sampai ke besar,saling hormat menghormati,menjaga hati antara satu sama lain.

Excited sangat nak naik bas,pagi ptg siang malam kira brp hari lagi nak naik bas.Happy sangat dapat balik kg.
TQ ucu tengok2 kan Pia
Pagi2 sarapan nasi berlauk..jiwo kelate sangat..
Solat jemaah sama-sama. Kalau dengan ummi penat suruh baru buat
Berkumpul mereka bertiga maka meriah sangat2 la rumah atok nenek..biasanya 
"lare x dengar la".
Happening sangat, kejap baik kejap gaduh
Bab makan memang sentiasa lapar,selera sebab makan sama2, ucu cakap ucu pun pelik asyik makan je
TQ atok TQ nenek luangkan masa untuk cucu2
Maklong belanja baju tidur baru..TQ maklong
Pia cakap pergi waterfall 
~Air terjun Jeram Pasu, Pasir Puteh.Salah satu tempat rekreasi di Pasir Puteh, kira kira 16kilometer dari bandar Pasir Puteh.Terkenal sebagai tempat yang dipenuhi keindahan flora dan faunanya yang tersendiri. Ada banyak kemudahan seperti tempat letak kereta, surau, wakaf rehat, tandas awam, restoran dan gerai serta kolam mandi buatan.Lokasi Jeram Pasu ini agak terpencil,tetapi tetap menjadi pilihan masyarakat untuk beriadah bersama keluarga. Pengunjung pastinya akan berpuas hati~
Masa ummi kecik dulu pun atok selalu bawa datang sini, sekarang atok datang bawa cucu2
Seronok dapat berendam lama-lama yer..
Ikut atok nenek pergi kenduri kahwin,masing2 sibuk dengan goodies
Duduk kampung boleh la bermalas malasan mandi lambat ye Pia..
Terlalu obses dengan kucing, kalau dengan Amber tak boleh nak manja2, Amber garang dengan Pia,maybe dia rasa Pia ni persaingan dia nak manja2 dengan ummi waled
Cuti sekolah dah nak habis, kena la balik kepada asal...hihihi 
Nanti kita sama sama berkumpul lagi.Bila Ajwad (anak maklang) dah besar, makin meriah la rumah atok nenek




Alhamdulillah semoga Allah berkati rezeki ini dan mendapat keberkatan dariNya.Semoga Allah sentiasa rahmati keluarga kita. Terima kasih semua yang sayangkan Pia, ingat pesan ummi Pia kena sayang dan sentiasa doakan orang-orang yang sayangkan Pia.





















3 comments:

  1. Meriahnya cuti sekolah anak- anak ummipia kan...anak SA cuti sekolah hujung tahun ni memang tak kemana..mama dia tak sihat..so...xde la aktiviti yang menarik untuk dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga cepat sihat ye SA, xpe next month ada cuti chinese new year boleh bw kak dania holiday...

      Delete
  2. Yelah kan..... kudrat tua mereka tu dah tak larat nak melayan cucu sebenarnya walaupun mereka seronok ada cucu meneman berbual. Mau pulak diaorang jauh dengan umi ye

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..