Friday, January 05, 2024

MAKAN DI RESTORAN TERAPUNG SEAFOOD BUJANG FIREFLY

 Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly ni di Bandar Penawar.Lepas dah solat jamak&rehat di hotel balik dari waterpark tu masing-masing terbungkang tidur.Sedar-sedar dah pukul 6 petang,waled cakap nak keluar dinner lepas maghrib,tapi saya cakap kalau keluar malam tak dapat la nak tengok pemandangan hutan paya bakau sebab restoran yang saya pilih ni tempat dia cantik.Pukul 6.30 gerak dari hotel,hari pun dah nak gelap.Lebih kurang 3km dari jalan besar nak sampai ke restoran ni.Sekali lagi kami gelabah,maps bawa masuk jalan gelap&dikelilingi dengan ladang kelapa sawit.





Suka la tempat ni,suasana dia tu lain.Pemandangan hutan paya bakau yang tersusun cantik.

Kami sampai tu orang belum ramai tapi tetap kena beratur,dekat tengah laluan jambatan ke titi tu ada pekerja yang ambil order.Lepas siap order kena tunggu pekerja bahagian dalam pula panggil samaada dah boleh masuk atau belum&dia akan tunjuk meja.Kami dapat meja atas bot,tapi dah taknampak pemandangan sekeliling hari dah gelap.

Ada macam-macam jenis seafood yang kita boleh pilih.Ada belangkas,ada lobster juga.Saya order siput gonggong,ni pertama kali saya makan,Pia dengan waled tak nak cuba dapat la saya makan semuanya siput tu.Order nasi putih tomyam thai seafood,sotong goreng tepung,lokan bakar,telur bungkus,teh o ais 3.Total harga makanan RM120.




Restoran ni ada juga perkhidmatan naik bot besar untuk yang nak tengok firefly.


Kalau la dekat saya confirm repeat datang sini.Berbaloi dinner di sini sebab seafood fresh dengan harga murah.Makanan sedap dan suasana cantik.Complete.
Cuma jalan masuk agak seram tapi takpe 'jangan pandang belakang' jalan terus akan jumpa hidden gems.

Sebelum balik boleh bagi ikan talapia makan.Makanan ada disediakan,
tapi kena beli.