Hari ini rasa nak throwback sikit kenangan bercuti di Langkawi.kali ini kami cuba pengalaman berbeza pada waktu malam di Dream Forest Langkawi
Memang lain macam suasana di sini.Sebaik sahaja melangkah masuk ke laluan pintu gerbang yang bercahaya dengan paparan "Dream Forest Langkawi",terus rasa macam masuk ke alam fantasi.Laluan denai hutan hujan purba sepanjang 1.2 km di Lubuk Semilang (kaki Gunung Raya) ini dihiasi dengan pencahayaan berwarna-warni,kesan bunyi alam,dan penceritaan legenda-legenda terkenal Langkawi yang sangat memukau
Sentuhan kreatif&penceritaan bertaraf teater ini merupakan hasil ilham dan terbitan syarikat milik Puan Sri Tiara Jacquelina.Tak hairanlah susunan ceritanya sangat hidup.
Setiap zon ada cerita tersendiri seperti kisah Merong Mahawangsa dan Garuda, Tasik Dayang Bunting,serta Pertarungan Gergasi Langkawi.Gabungan teknologi lampu dan audio di atas pokok serta batu-batu besar buat cerita rakyat ini nampak seolah-olah wujud di depan mata.
Banyak spot menarik untuk abadikan kenangan yang meriah dengan lampu,ada jambatan berkabus hijau yang misteri.
Bagi rakan-rakan yang bercadang nak masukkan tempat ini dalam itinerary percutian ke Langkawi nanti,boleh simpan info penting ini:
- Lokasi: Lubuk Semilang, Mukim Ulu Melaka, Langkawi (lebih kurang 15 minit memandu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi).
- Waktu Operasi: Dibuka setiap malam dari jam 7:00 malam hingga 12:00 tengah malam
- Harga Tiket & Tip Pembelian: pemegang MyKad/MyKid sekitar RM68 (Dewasa),RM43–RM48 (Kanak-kanak 3–15 tahun),dan RM34–RM38 (Warga Emas).Tip jimat saya tempah tiket secara online lebih awal (melalui laman rasmi Dream Forest Langkawi
- Kena pakai kasut yang selesa untuk berjalan santai selama 45 minit hingga 1 jam lebih. Memandangkan lokasi ini di dalam hutan,sangat disarankan pakai pakaian berlengan panjang atau sembur mosquito repellent siap-siap sebelum masuk
Sambil-sambil sibuk dengan kerja harian sekarang, tengok gambar lama macam ni terus rasa rindu nak pergi bercuti,tunggu Pia balik cuti panjang minggu depan.







No comments:
Post a Comment
Terima kasih singgah komen..