Friday, June 27, 2025

KHABAR DARI ASRAMA

Dah setahun setengah Pia di asrama,masih mencari rentak dalam berkawan.Belum ada kawan baik,belum ada kawan rapat.Berkawan dengan semua orang katanya,tapi tak rapat.

Bila tanya pergi makan dengan siapa hari ni,macam biasa katanya sorang..kalau dekat dewan selera tu ada kawan yang kenal pergi je duduk sama-sama.Tapi siapa siap dulu pergi je tak perlu tunggu kawan siap makan.Bila tanya pergi surau dengan siapa,macam biasa katanya sorang,tak perlu tunggu kawan nanti lambat.Katanya ummi jangan risau dekat sini memang macam tu tak perlu ada kawan rapat,tak perlu ada kawan baik,bila ada kawan nanti jadi lambat nak kena tunggu-tunggu,nak buat itu ini kena ajak kawan,susah la katanya lagi.Ummi ni risau anak kesunyian bila tak ada kawan.

Sekarang tengah exam Sem 3, ada lagi 7 subject nak habis..anak yang nak exam ummi yang susah hati sampai demam ni haa dah 2hari demam.Anak nak SPM nanti macam mana la agaknya.

Alhamdulillah Pia tak ada masalah belajar walaupun tak ada kawan.Dalam kelas pun dia tak ada kawan baik.Dia lebih suka belajar sendiri katanya.

Sem 1 keputusan PNG 3.69, Sem 2 haritu 3.79, harap-harap Sem 3 ni masih kekal dengan Anugerah Penghormatan Pengetua.


Anak kesayangan waled ni dah pandai basuh baju sendiri,waled tak perlu ambil baju kotor dah setiap minggu hari Sabtu.Mula-mula hari tu Pia hantar dobi tapi bila ambil semula banyak helai baju yang hilang.Sekarang dah basuh sendiri guna  mesin basuh bawah bilik cuma kena tunggu giliran nak guna,Pia bagitau dia basuh baju setiap hari Rabu&Sabtu,bangun pukul 4.30 pagi jadi tak perlu beratur tunggu giliran.Tak sangka anak manja ummi waled dah pandai berdikari. 

Dah tak nangis macam dulu lagi setiap kali nak hantar balik asrama,cuma ada masa moody taknak berpisah dengan ummi waled.Rindu katanya..Masih lagi call umi waled sehari 5x,walau sibuk macam mana pun Pia akan tetap call bercerita apa yang dia buat seharian.

Tahun kedua makin nampak berdikari dan nampak matang dalam segala segi.Alhamdulillah kehidupan di asrama membentuk peribadi,perilaku dan sahsiah yang tinggi.

Rutin ummi waled visit Pia setiap Sabtu&Ahad masih lagi tetap.Bila hari Jumaat je kepala ligat nak susun menu apa.Kata waled sekarang nak tunggu umi masak kena tunggu hujung minggu je.
Hujung minggu tak lekat dirumah.Bukan jalan kemana pun,lepas zohor dah depan pagar maktab anak.





















9 comments:

  1. Nampak gaya tu dia lebih selesa begitu. Senang juga begitu, tak perlu tunggu-tunggu. Alhamdulillah Pia dah pandai berdikari tak nangis² homesick dah. Semakin matang. Bagus Pia. Banyak dia belajar tu. Ummi jangan risau dah. Sampai demam-demam tu. Take care ummi. Tahniah Pia, semoga terus cemerlang.

    ReplyDelete
  2. Alhamdullilah, Tahniah diatas kejayaan Pia, Pia pandai menyesuaikan diri. Yang penting bijak mengatur masa dan rentak kehidupan dekat asrama. All the best for your exam.

    ReplyDelete
  3. Tak merasa lagi anak duk asrama. Dapat offer SBPI dia taknak pulak. Nak try form 4 pulak nanti. Sekarang baru form1. Ok la tu Pia sendiri lagi senang takde nak jaga hati kawan. Kalau kawan rapat nanti terasa hati dah sentap2.

    ReplyDelete
  4. Takpe...Pia selesa macammtu..esok2 dia ada la kawan baik tu..bagus jugak macammtu sebab x perlu naknsuaah payah cuma tu la ..nanti introvert suaah nak bergaul bila dh kat luar....nampaknya Pia dh mula biasakan diri dan dah x homesick dh...syabas Pia...

    ReplyDelete
  5. Wowww.. good job Pia.. tahniah-tahniah, bagus sangat resultnya tu. Semoga terus sukses.
    Alhamdulillah dah kurang homesick ya, makin matang sekarang dan boleh berdikari. Sesekali moody taknak balik tu biasa 😅
    alolo... tunggu weekend baru ummi masak macam-macam ya.

    ReplyDelete
  6. Masuk asrama memang akan jadi pandai automatik hihi.. basuh baju.. berjimat cermat.. pandai uruskan diri.. tak apa tak ada kawan rapat atau kawan baik lagi.. buat hal sendiri pun okay janji misi tercapai..

    ReplyDelete
  7. Betullah cakap Pia tu, kalau tunggu kawan jadi lambat. Kecuali kalau kawan tu jenis tangkas dan cergas jugak, kalau yg lembab² bersiap tu jadi menyampah. Pia ni berani dan berdikari budaknya, umiwaled tak perlu risau dah, campak mana pun boleh hidup tu.

    ReplyDelete
  8. Tentunya ada perasaan bahagia melihat anak yang manja sekarang sudah bisa berdikari, Mbak.
    Selamat belajar terus untuk Pia, semoga segalanya dipermudah dan sukses selalu.

    Salam,

    ReplyDelete
  9. Wahh pandai berdikari sendiri
    Moga sentiasa dalam rahmat Allah ya Pia.

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..