Monday, March 17, 2025

13 Ramadhan

 Alhamdulillah dah sampai hari ke-16 Ramadhan ye kita..cepatnya masa berlalu puasa kali ni.Tinggal seminggu je lah lagi puasa tahun ni..moga masih dipanjangkan umur bertemu dengan Ramadhan tahun depan

Hari ke-13 puasa baru kami dapat buka puasa sama-sama 3 branak.Pia dapat cuti 5 hari sempena Nuzul Al-Quran.Waled pun dah balik dari Tawau.Baru la rasa happy sikit hati ni bila 2 orang ni ada depan mata saya.



Jumaat lepas waled bagitau tak payah masak,dia dah booking iftar di Menate Steak Kuantan.

2 minggu saya tak semangat bila berbuka puasa,mampu tengok je blog kawan-kawan meriah dengan menu Ramadhan.Semalam baru la nampak meriah sikit meja makan kami.Bila ada yang request nak makan itu ini,umi terus jadi rajin.
Syukur sempat merasa puasa dan bersahur sekali.
Berbual dengan Pia sebelum azan maghrib dia pesan ummi jangan la tak selera makan fikirkan Pia berbuka&bersahur di asrama,makanan dekat DS sedap-sedap katanya..Petang pun ada bazar dalam maktab.Bila dia tahu umi dia buka puasa lauk ikan bilis goreng+bawang+cili masa berbual di telefon tempoh hari.Padahal menu umi tu tak cukup seperiuk nasi tu😂
Bukan tak selera makan tapi bila tinggal sorang ni malas nak masak.Tunggu semua ada time tu lah mood chef tersohor keluar😎













7 comments:

  1. alhamdulillah..rasa lengkap bila dpt berkumpul semua kan..

    ReplyDelete
  2. Hahahha.. betul, bila tinggal sorg mood malas nak masak tapi kita masak simple tu yg buat bocor periuk nasi, kan.

    ReplyDelete
  3. Syukur dapat berpuasa, berbuka dan bersahur lengkap as a family

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..lengkap sekeluarga seronok dan bersemangat kan?

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.
    Rezeki di bulan puasa. Semua nampak happy.

    ReplyDelete
  6. Complete 1 family baru syok nak masak macam2.

    ReplyDelete
  7. Betul, kalau semua ada mmg keluar segala bakat terpendam mak² ni hihi...

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..