Cuti sebulan tak terasa ye..
"umi,Pia rasa sekejap je cuti,macam malas nak balik maktab"
"umi boleh ke balik maktab petang sikit minit-minit terakhir"
"umi boleh ke taknak balik maktab" buat muka kesian setiap kali nak balik asrama
"umi...umi...umi..."bila tanya kenapa,katanya saja je nanti rindu nak panggil umi
Tahun ni dah form 2..ada roommate baru,dah pindah blok dah pindah bilik..dah ada adik junior juga yang akan daftar esok,dah ada tanggungjawab sebagai Lembaga Disiplin Pelajar (LDP).
![]() |
Kotak ubat,kotak makanan mesti penuh ye walau rumah sepelaung je |
Sambil kemas barang anak nak balik asrama sambil waled pesan,tahun ni waled dah taknak visit Pia hari Sabtu,umiwaled akan visit Pia hari Ahad je.Tahun ni Pia dah kena basuh baju sendiri,waled dah taknak datang ambil baju kotor tiap-tiap minggu.Dalam hati umi tertanya-tanya pada diri sendiri betul ke apa waled cakap tu.Hahaha kita tengok je lah nanti ye😂
![]() |
Sebelum hantar balik asrama |
Tapi umi pula yang teringat-ingat dekat dakPia ni,walaupun dah form 2 umi masih tak berani nak tarik nafas lega.mak mana yang ok anak tak ada depan mata,hati ni sentiasa risau sentiasa rindu
Keep strong girl...kuatkan semangat dan cekalkan hati,pengalaman itu mahal
sabarlah ummi...bagi je vibes positive dari jauh insyaallah Pia pun akan rasa vibes tu nanti.
ReplyDeletealahai..sayu je kann..
ReplyDeleteyou can do it Pia.. dah senior dah this year...
Bila dah cuti lama macam ni la Aunty rasa Pia...Aunty pun rasa lambat2 je nak balik asrama. Tu pasal F1-F3 je bertahan. F4-F4 duduk rumah je tapi bila Diploma...kembali jauh ke Dungun, Terengganu. Balik semula rasa macam Pia ni....jadi aunty faham....
ReplyDelete:(
***F4-F5 typo
DeleteKesian Ummi..kesian Pia...
ReplyDeletePia pun sama macam Auntie dulu-dulu, kalau balik asrama (walapun masa tu umur dah 19 tahun), tetaplah nak balik bila hujung-hujung time..punyalah macam taknak balik asrama hehe....
Alahai....kesian Umi, Kesian Pia...akak x dapat rasa macam Afzan rasa ni...maybe sebab dah biasa Dania Independent kot...dulu kan akak jumpa dia weekend je asbab bekerja KL kan...dah PKP baru merasa duk jumpa hari2...xpe insyallah Pia will be ok
ReplyDeleteDah sebulan ada depan mata, memang sangat terasa bila berjauhan kan..
ReplyDeleteMoga Afzan kuat semangat demi melihat Pia terus maju dalam hidup.
LDP tu jadi pengawas lah ya. Tahniah Pia 😘
ReplyDeleteSenior dah tu ada adik-adik junior masuk bilik.
Ia ke waled taknak visit Pia Sabtu.... acik kurang percaya lah 😁
Aduhai....
ReplyDeleteItulah yang saya rasai dahulu. Satu demi satu anak-anak berjauhan menuntut ilmu. Tahankan hati sahaja, memang menangis, tapi air mata masuk ke dalam.
Tabahkan Ummi dan Pia.