Tuesday, January 07, 2025

SETIAP MINGGU BERKELAH

Sehingga hari ini,umiwaled tak pernah lunch di rumah pada hari Sabtu&Ahad.Setiap minggu bawa makanan yang dimasak untuk makan bersama Pia.Tiap-tiap minggu memang tak pernah gagal visit,mujur jarak rumah ke maktab dalam 20 minit je.

Sebelum hujung minggu Pia dah siap-siap bagi menu nak makan apa.Ntah la orang cakap kita manjakan sangat anak.Semua nak ikut kehendak anak katanya.Ntah la kalau tak manjakan anak,takkan kami nak manjakan awak pula??😂 

Takpe lah selagi umiwaled masih ada,ciptalah seribu kenangan untuk Pia.Sementara juga Pia masih free Sabtu Ahad,tengok pada senior di maktab tu hujung minggu pun penuh dengan kelas dan macam-macam program.

Memang berbeza dengan zaman kita dulu,mak ayah hantar semasa hari pendaftaran je.Lepas tu pandai-pandai la jaga diri.

Try taknak visit tapi tengah minggu nanti dia call,"umi datang la minggu ni botol air Pia hilang,umi datang la Pia teringin nak minum tealive,Pia dah lama tak makan itu ini,umi datang la Sabtu nanti" erkkkkk

Merata duduk mana-mana tempat dalam maktab ni,Sabtu Ahad memang sentiasa penuh dengan parents.Kadang berebut tempat duduk hahaha
Nak cepat,siap masak anak dah call lapar,dah tak ada energy nak barcakap dah ni katanya...umiwaled angkut periuk terus masuk kereta.

Selagi ada kudrat dan rezeki InsyaAllah kita sambung untuk 4 tahun lagi berkelah dalam maktab.Pengsan.Nasib baik 20km je.




20 comments:

  1. dekat bolehlah ek layan. ammi ni jarang-jarang visiting ataupun bawa anak-anak outing. sorang melaka sorang johor, bila tak melawat biarlah dua-dua sekali tak melawat. biar adil

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini pun kalau jauh mau sebulan sekali juga ammi..

      Delete
  2. Takpe kak.. Mulut org memang lah tak terkawal.. Yang penting kita bahagia

    ReplyDelete
  3. Hahahaha.. tergelak kita, Afzan. Tapi, memang setiap minggu boleh visit dua kali ke? Baguslah, teringat zaman pkp dulu, nak visit pun tak boleh kan. Kalau htr makanan letak kat guard house.

    ReplyDelete
  4. Manja kan bab makan gini, takpe. Malah bagus sebab dia suka makan masakan maknya. Aktiviti makan-makan ginilah pengikat hubungan.

    Selamat berkelah untuk tahun-tahun seterusnya 😁

    ReplyDelete
  5. Betullah tu..kalau tak manjakan anak, nak manjakan siapa pulak kan?hihi...

    ReplyDelete
  6. Kalau dulu Dania blom ada kereta memang tiap2 minggu atau 2 minggu sekali pi amik dia..pas tu hantar balik..nasib baik x jauh kan...bila dah ada kereta ni tak hairan sangat...hahahaha

    ReplyDelete
  7. seronok pia tiap2 minggu dpt berkelah mkn masakan ibu...adik akak kalo visit ank kembar die kt lipis & raub pn bw lauk2 juga tp bkn tiap2 minggu la ...jauh kan

    ReplyDelete
  8. Anggap la macam berkelah, selagi Pia masih baru lagi,. Nanti dia dah sibuk sendiri dengan belajar masa tu payah agaknya nak jumpa, jadi masa sekarang ni kita layan je.

    ReplyDelete
  9. aaghhhh.. jeles tau...
    akak kalau dekat nak je visit Wafi tiap-tiap minggu.
    Takpelah Afzan, sementara Pia masih free tu bolehlah visit. Nanti dah upper form mungkin dah berubah jadualnya. Anak sorang je situ lah pun nak tumpahkan kasih sayang. Pedulikan je lah cakap2 orang.. anak kita kan 😁

    ReplyDelete
  10. takpelah sementara umiwaled mampu, visitlah tiap minggu pun takpe kan.. mak ana pon mcm ni jugak tp masa adik tercampak di SBP Jitra Kedah nuuun mmg tak terdaya nak visit T__T

    ReplyDelete
  11. Dekat dan senang tak apa, visit selagi boleh, anak kita kan.

    ReplyDelete
  12. teringat dulu arwah mak kak ana dan abah tiap minggu berkelah lawat adik belajar di Sekolah Raja Izuddin, Ipoh, merata taman kami berkelah.. demi anak kan dik :)

    ReplyDelete
  13. Sempoi je.... mana-mana boleh berkelah...
    Kalau anak yang rekues... susah nak tolak kan?

    ReplyDelete
  14. Teringat masa duduk asrama dulu mak dengan arwah ayah selalu dtg hujung minggu jika berkelapangan.. macam2 mak masak nak bagi anak nya makan.. sbb tahu mskn di kantin asrama tak sedap huhuu. :D

    ReplyDelete
  15. Layan je sis...semua ni akan jadi kenangan indah utk anak nanti :)
    Angah kalau minggu bukan PB mmg harapkan kami datang juga. Sanggup skip makan, kdg tu breakfast pun tak pergi DM, tunggu Ummi datang bawa nasik 😆

    ReplyDelete
  16. best jugak camtu afzan.. sy tgk member² sy yg ada dok hostel pun mcm tu jugak... tiap weekend piknik di sekolah anak... enjoy je the moment... nnt akn jd kenangan bila pia dh abis sekolah nnt

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..