Antara menu hari-hari terakhir persekolah Pia.Masih lagi dengan menu simple sampai ke sudah.Sayu pula rasa hati,tinggal lebih kurang 2 minggu lagi Pia nak masuk asrama.Tambah sayu hari pertama sahur&puasa nanti Pia dah di asrama.
Terima kasih ye Pia selama 6 tahun bawa bekal airtangan umi yang tak seberapa ni.Darjah 1-5 saya sediakan bekal pagi hingga la ke bekal minum petang.Darjah 6 Pia cuma bawa bekal pagi,Pia dah tak pergi KAFA tahun 6,waled akan ambil dia balik sekolah tengahari.
Kenangan bekal-bekal Pia,simpan sini la kot-kot rindu nanti boleh tengok.
Saya masih tak putus-putus doa untuk waled diberi rezeki pindah masuk AG Pahang semula.Supaya saya tak keseorangan pergi&balik kerja.Sebelum ni kami,pergi&balik bertiga,sampai la waled kena pindah dalam tahun covid melanda.Start tahun 2022-2023 pergi&balik cuma saya dengan Pia.Penuh harapan tahun 2024 ni boleh pergi&balik kerja sama-sama dengan waled.Ngada-ngada kanπ
Ada peminat terung tak?kalau ada kita geng.Yang ni saya buat untuk tekak sendiri.Pia&waled tak suka terung.Resepi:terung bulat,tepung bestari,minyak untuk menggoreng.Senang je haha.Sedap gais cicah sambal kicap.
sorang nak nasi lemak daun pisang sorang nak sarapan western tapi taknak daun pisang.mak kau gabung terus senang kerja
terung goreng tu nampak sedap betul...wah Pia sponsor air tin erk...bagus...
ReplyDeleteBetul Afzan, kita letak kat blog supaya kita boleh belek semula bila teringat.
ReplyDeleteMakk aih…penat tu angkut 50 air tin manjat tingkat 4. Siapa yang tukang angkat?
angkat berdua dengan Pia kak...rasa nak hilang nyawa panjat tangga hahaha
Deletesemoga doa isteri ini dimakbulkan Allah..
ReplyDeletetapi kalau lambat doanya anggap jelah ini sebagai hadiah dari Allah supaya Afzan boleh bersendiri2 baca quran, beribadah lebih tanpa perlu fikir tentang orang lain dalam rumah.
ape yg kita biasa buat, tibe2 xbuat.. akan ada rasa sayu di hati kan... rs kekurangan sesuatu.. rs rindu..
ReplyDeleteSemoga umi tak berendam air mata time sahur dan buka nanti. Eh, umi boleh jer kan hantar makanan berbuka nanti, ah.. mesti nanti penuh meja dengan tiffin mak² utk anak² berbuka hari 1st Ramadhan.
ReplyDeletesemuanya nampak sedap2 bekalan tu....
ReplyDeleteaamiin utk doa Afzan tu..moga ada rezeki utk waled pia...
Sedap sedapnya bekal Pia...Pastinya menjadi kerinduan nanti..
ReplyDeleteMacam Cella sekarang bila pi kelas..lapar akan teringat masa sekolah bawa bekal..dah habis sekolah pepandai la ..hihihi
bekal-bekal pia
ReplyDeletetak ada yg tak sedap
sedap2 belaka
pasti akan jadi kenangan buat pia
sampai bila2
Samalah kita beli air kotak kena angkat tingkat 4. Nasib baik boleh angkat satu round sahaja huhuuu
ReplyDeleteOk...kita ada terung. Tepung Bistari pulak takde.....nak try buat nanti.
ReplyDeleteMesti rindu sgt nak buatkan bekal utk anak.. huhu..
ReplyDeleteTerung tu nmpk sedap.. aini suka buat tepung bestari dgn cendawan enoki..aisyah suka sgt..
Hebat la angkat air tin ke tingkat.. klau aini surrender dah hehe
Saya sukaaa terong kak ππ. Apalagi di sini ada banyak macam jenis terong. Kalo terong ungu itu biasanya saya bakar makan dengan sambal kecap, atau di balado (masak sambal).
ReplyDeleteKalo terong bulat warna hijau, biasanya di sini utk lalapan (ulam), dimakan mentah dengan sambel terasi. Kalo terong hijau yg panjang2, biasanya di gulai.
Semua jenis terong saya memang suka. Tapi saya tahu banyak orang tak suka Krn lembek ππ .
Bagus dan rajin Ummi sediakan bekal untuk Pia. Semoga Allah makbulkan segala doa. Aamiin...
ReplyDeleteSaya peminat terung, suka juga goreng macam tu ala tempura. Sedap!
mak mana yang tak layan jer permintaan anak-anaak kan
ReplyDelete