Alhamdulillah dah sampai hari ke-16 Ramadhan ye kita..cepatnya masa berlalu puasa kali ni.Tinggal seminggu je lah lagi puasa tahun ni..moga masih dipanjangkan umur bertemu dengan Ramadhan tahun depan
Hari ke-13 puasa baru kami dapat buka puasa sama-sama 3 branak.Pia dapat cuti 5 hari sempena Nuzul Al-Quran.Waled pun dah balik dari Tawau.Baru la rasa happy sikit hati ni bila 2 orang ni ada depan mata saya.
Jumaat lepas waled bagitau tak payah masak,dia dah booking iftar di Menate Steak Kuantan.
Syukur sempat merasa puasa dan bersahur sekali.
Berbual dengan Pia sebelum azan maghrib dia pesan ummi jangan la tak selera makan fikirkan Pia berbuka&bersahur di asrama,makanan dekat DS sedap-sedap katanya..Petang pun ada bazar dalam maktab.Bila dia tahu umi dia buka puasa lauk ikan bilis goreng+bawang+cili masa berbual di telefon tempoh hari.Padahal menu umi tu tak cukup seperiuk nasi tu😂
Bukan tak selera makan tapi bila tinggal sorang ni malas nak masak.Tunggu semua ada time tu lah mood chef tersohor keluar😎