Cerita cuti Deepavali.Seperti biasa memang lembap nak berkongsi cerita di blog😁
Cuti Deepavali haritu kami tak keluar dari Kuantan,masing-masing tak dapat nak sambung cuti hari Jumaat,tambah Pia balik cuti kali ni cikgu dah kirim pakej percutian dengan homework dan kelas online.
Pia dah lama sebenarnya teringin nak skywalk di menara 188,tapi belum berkesempatan.Kebetulan cuti 1hari ni kita tak pergi mana-mana jom la kita layan permintaan anakdara sorang ni.
Menara Kuantan 188 kedua tertinggi di Malaysia selepas menara Kuala Lumpur,kedudukannya yang berdiri di tebing sungai Kuantan menjadikannya tarikan untuk melihat pemandangan bandaraya Kuantan secara 360 darjah.
Kebetulan hari Khamis tu cuaca pun baik dengan angin yang nyaman jadi boleh la kita jamu mata melihat panorama indah bandar Kuantan.
Saya beli tiket secara walk in di kaunter RM98 utk skywalk & untuk yang nak naik ke skydeck sahaja dewasa RM36 seorang, lepas buat bayaran perlu isi borang dan perlu serah pada instrutor skywalk.Dia tengok alamat rumah kami "ooo orang dekat je.." 😂
Instructor akan pakaikan peralatan keselamatan pada badan dan bertopi sebelum naik ke skydeck dengan ketinggian 104meter.
Diberi taklimat ringkas sebelum memulakan aktivitiSiapa yang suka aktiviti lasak yang mencabar adrenalin memang awesome tapi saya nak duduk tepi-tepi pun tak berani.Nak ambil gambar pun berdebar risau takut terlepas telefon ke bawah.Macam-macam aksi yang dia suruh Pia buat, kita yang tengok ni tak boleh nak berdiri dah menggigil kaki😅
Ada video yang dia suruh Pia berlari-lari anak sambil meluncur tapi tak boleh nak upload pula la
Jemput datang ke Kuantan...Tibehhh😀