Saturday, February 04, 2023

BEKAL PIA MINGGU 5/2023

 Lagi 10 hari nak siapkan bekal untuk Pia.Lepas tu boleh rehat sekejap sambung semula seminggu sebelum puasa.Nampak je memacam menu masak kadang ulang semula menu yang sama.Cuba pelbagaikan resepi agar anak tak boring tapi tu lah idea tak mariiiii

Lepas ni cuti sekolah boleh masak lepas subuh tak perlu terkejar masa masak awal pagi.Saya pula jenis tak rajin nak masak malam,malam badan dah letih nak tidur awal

Isnin 30/1/2023;
Sarapan mihun goreng tengahari nasi putih ayam goreng garlic viral.Sedap juga resepi dia

Selasa 31/1/2023;
Sarapan cekodok pisang dengan roti telur,bekal pagi Pia bawa pizza sosej saya guna roti pratha frozen je.Tengahari nasi putih ayam masak kicap

Rabu 1/2/2023;
Sarapan roti paratha sarang burung,tengahari nasi putih asam pedas ayam

Khamis 2/2/2023;
Dari sarapan makan tengahari hingga ke malam makan laksa.Bila tanya nak masak apa untuk bekal Pia laju je jawab nak makan laksa,senang keje masak sekali harung 
Jumaat 3/2/2023;
Sarapan pagi Pia nak maggie goreng,tengahari makan nasi impit kuah kacang dengan kari daging.Subuh sapi'e dah siap beraya.

Begitu la mak-mak kan..Apa yang boleh kita cuba sediakan.Kalau boleh nak masak macam-macam selagi mampu,kalau tak buat la muka kesian minta tolong Waled tapawfood











19 comments:

  1. Rajinnya.. tunggu la bila Aisyah masuk sekolah rendah nanti..hehe

    ReplyDelete
  2. Itu dia sedap2 menu pia.. sy x try lg ayam goreng garlic tu.. ada nmpk org share di fb ari tu

    ReplyDelete
  3. sedapnya menu Pia! tabik ibu Pia rajin bersilat kat daput hehe

    ReplyDelete
  4. Laksa tu mmg favorite dia ye ..
    Well done ibu pia 👍

    ReplyDelete
  5. Baru dalam setengah tahun tak buatkan bekal. Abangnya dari darjah 1 sampai tingkatan 1 bawa bekal. start tingkatan 2 dah taknak bawa bekal. so semua tak bawa bekal. sarapan je kat rumah

    ReplyDelete
  6. Sama lah..bila anak sekolah memang struggle siapkan bekal dorang. Kadang putus idea nak masak apa. Thanks bagi idea buat sarapan anak anak nanti

    ReplyDelete
  7. salam singgah. seronoknya dapat bawak bekal tuk ank2. kami dulu masa abg long sekolah rendah, rajin juga sbb dia mmg suka makan. si adik plak kureng.la ni dh duduk asrama. memangt ak buat bekal beria. sbb si adik dpt roti bakar./ warap atau tortila. dh okay katanya

    ReplyDelete
  8. rajinnya sis, mcm2 lauk buat bekal pia ye. dah hujung2 tahun makin malas pulak nak fikir nak bekal apa hehe.

    ReplyDelete
  9. Meriah betul bekal Pia...
    Nak jadi jiran lah..🤣

    ReplyDelete
  10. Rajin betul masak bekal. Asal anak hendak makan.

    ReplyDelete
  11. Seronok jadi Pia. Mak rajin bekalkan makanan.

    ReplyDelete
  12. Memang bagus kalau dapat bawa bekal setiap hari

    ReplyDelete
  13. Omg, saya salut lihatnya.. rajin betul kakak buat bekalnya berbagai macam nih 😅. Saya jujurnya tak bisa serajin tuh kalo soal urusan masak memasak. 🤣. Yang satu nih saya nyerah lah. Makanya sejak asisten saya yang tugasnya memasak resign, saya prefer ambil catering harian dari orang lain. 😅. Hebat kak afzan 👍

    ReplyDelete
  14. Wh meriah betul bekal Pia ni....jeles acik SA

    ReplyDelete
  15. meriah...pia pasti berselera mkn bekal air tgan ummi nya

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..