Hujung bulan puasa haritu keluarga kami diuji dengan satu berita yang cukup menyedihkan.
Kucing kesayangan kami, Daisy....satu-satunya yang ada di rumah selepas kematian Amber,telah pergi buat selamanya.Daisy mati dilanggar kereta jiran.Yang melanggar satu patah pun tak cakap,tapi ada jiran lain yang nampak dan whatsapp waled gambar semasa kejadian.Dia cuma alih Daisy ke tepi sahaja.Padahal dia tahu Daisy tu kucing kami dan kejadian tu betul-betul depan pagar rumah kami.
Yang buat hati lagi pilu,sepanjang hidup Daisy dia tak pernah keluar rumah,apatah lagi bermain di jalan raya.Sebab dia jenis kucing yang penakut,walau pintu terbuka luas dia tak akan keluar.Tapi petang tu,dia lain macam.Mulutnya bising seolah-olah minta nak keluar.Bila waled buka pintu Daisy terus keluar,kami pula tak jangka dia berlari ke arah jalan.
Kadang terfikir mungkin itu memang "waktu" dia,dalam keadaan kita tak sangka,pergi pun sekelip mata.
Pagi masih ada,sihat,manja.Petang dah sunyi.Kebetulan juga Pia dah ada dirumah 17hb Mac.Pagi tu Pia cakap Daisy melekat je dengan dia,mana Pia duduk Daisy akan ikut.
Memang tak mampu nak tahan air mata,sunyi tiba-tiba jadi kosong.Paling terkesan tentu sekali Pia.Dia meraung,terus terduduk atas jalan raya depan rumah.
Cat parents macam kami kehilangan ni bukan kecil.Orang mungkin nampak "cuma kucing" tapi bagi saya dia teman setia,peneman sunyi,penyeri rumah.Setiap rutin harian ada dia.Setiap sudut rumah ada kenangan dia.
Teringat cara dia manja,cara dia tunggu saya balik kerja depan pintu.Semua tu akan jadi kenangan.
Terima kasih Allah pinjamkan Daisy jadi sebahagian dari hidup kami.



.jpeg)