Monday, February 19, 2024

BEKAL AKHIR SEKOLAH RENDAH

Antara menu hari-hari terakhir persekolah Pia.Masih lagi dengan menu simple sampai ke sudah.Sayu pula rasa hati,tinggal lebih kurang 2 minggu lagi Pia nak masuk asrama.Tambah sayu hari pertama sahur&puasa nanti Pia dah di asrama.

Terima kasih ye Pia selama 6 tahun bawa bekal airtangan umi yang tak seberapa ni.Darjah 1-5 saya sediakan bekal pagi hingga la ke bekal minum petang.Darjah 6 Pia cuma bawa bekal pagi,Pia dah tak pergi KAFA tahun 6,waled akan ambil dia balik sekolah tengahari.

Kenangan bekal-bekal Pia,simpan sini la kot-kot rindu nanti boleh tengok.

Saya masih tak putus-putus doa untuk waled diberi rezeki pindah masuk AG Pahang semula.Supaya saya tak keseorangan pergi&balik kerja.Sebelum ni kami,pergi&balik bertiga,sampai la waled kena pindah dalam tahun covid melanda.Start tahun 2022-2023 pergi&balik cuma saya dengan Pia.Penuh harapan tahun 2024 ni boleh pergi&balik kerja sama-sama dengan waled.Ngada-ngada kanπŸ˜‚

Ada peminat terung tak?kalau ada kita geng.Yang ni saya buat untuk tekak sendiri.Pia&waled tak suka terung.Resepi:terung bulat,tepung bestari,minyak untuk menggoreng.Senang je haha.Sedap gais cicah sambal kicap.

sorang nak nasi lemak daun pisang sorang nak sarapan western tapi taknak daun pisang.mak kau gabung terus senang kerja


nak sampai ke akhir tahun beg bekal pun dah lunyai.

Rasanya ni bekal hari rabu,bekal roti canai telur je sekeping ingatkan boleh tahan sampai balik tengahari.hari rabu balik awal sikit,rupanya dia nak nasi juga 


Mesti Pia pun akan rindu makan bekal rehat dengan kawan-kawan tepi longkang belakang kantin..macam tak cukup kerusi kantin pulak kan sampai kena makan tepi longkang.Pia cakap jangan risau umi longkang tak ada air.Yela Nak....sedap makan ramai-ramai macam tu,semua tu akan jadi kenangan yang akan dirindui bila Pia besar nanti.

Hari terakhir sekolah ada jamuan kelas.Dah ramai ibubapa yang sponsor makanan.Selepas lama berbincang,Pia decided bawa air tin.Tapi beratnya nak angkat 50 tin nak panjat tangga tingkat 4.Semput.
Bekalkan Pia dengan tupperware kosong kot2 ada lebih kuih-muih Pia boleh bawa balik untuk umi rasa.
Tapi dia pun bawa balik bekas kosong juga.
Katanya dia tak makan kuih.Lurus betul anak umi niπŸ˜†





15 comments:

  1. terung goreng tu nampak sedap betul...wah Pia sponsor air tin erk...bagus...

    ReplyDelete
  2. Betul Afzan, kita letak kat blog supaya kita boleh belek semula bila teringat.

    Makk aih…penat tu angkut 50 air tin manjat tingkat 4. Siapa yang tukang angkat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. angkat berdua dengan Pia kak...rasa nak hilang nyawa panjat tangga hahaha

      Delete
  3. semoga doa isteri ini dimakbulkan Allah..
    tapi kalau lambat doanya anggap jelah ini sebagai hadiah dari Allah supaya Afzan boleh bersendiri2 baca quran, beribadah lebih tanpa perlu fikir tentang orang lain dalam rumah.

    ReplyDelete
  4. ape yg kita biasa buat, tibe2 xbuat.. akan ada rasa sayu di hati kan... rs kekurangan sesuatu.. rs rindu..

    ReplyDelete
  5. Semoga umi tak berendam air mata time sahur dan buka nanti. Eh, umi boleh jer kan hantar makanan berbuka nanti, ah.. mesti nanti penuh meja dengan tiffin mak² utk anak² berbuka hari 1st Ramadhan.

    ReplyDelete
  6. semuanya nampak sedap2 bekalan tu....
    aamiin utk doa Afzan tu..moga ada rezeki utk waled pia...

    ReplyDelete
  7. Sedap sedapnya bekal Pia...Pastinya menjadi kerinduan nanti..
    Macam Cella sekarang bila pi kelas..lapar akan teringat masa sekolah bawa bekal..dah habis sekolah pepandai la ..hihihi

    ReplyDelete
  8. bekal-bekal pia
    tak ada yg tak sedap
    sedap2 belaka
    pasti akan jadi kenangan buat pia
    sampai bila2

    ReplyDelete
  9. Samalah kita beli air kotak kena angkat tingkat 4. Nasib baik boleh angkat satu round sahaja huhuuu

    ReplyDelete
  10. Ok...kita ada terung. Tepung Bistari pulak takde.....nak try buat nanti.

    ReplyDelete
  11. Mesti rindu sgt nak buatkan bekal utk anak.. huhu..
    Terung tu nmpk sedap.. aini suka buat tepung bestari dgn cendawan enoki..aisyah suka sgt..
    Hebat la angkat air tin ke tingkat.. klau aini surrender dah hehe

    ReplyDelete
  12. Saya sukaaa terong kak 😍😍. Apalagi di sini ada banyak macam jenis terong. Kalo terong ungu itu biasanya saya bakar makan dengan sambal kecap, atau di balado (masak sambal).

    Kalo terong bulat warna hijau, biasanya di sini utk lalapan (ulam), dimakan mentah dengan sambel terasi. Kalo terong hijau yg panjang2, biasanya di gulai.

    Semua jenis terong saya memang suka. Tapi saya tahu banyak orang tak suka Krn lembek πŸ˜„πŸ˜….

    ReplyDelete
  13. Bagus dan rajin Ummi sediakan bekal untuk Pia. Semoga Allah makbulkan segala doa. Aamiin...

    Saya peminat terung, suka juga goreng macam tu ala tempura. Sedap!

    ReplyDelete
  14. mak mana yang tak layan jer permintaan anak-anaak kan

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..