Aduhaii lama tak update blog,bila dah lama sangat mula la rasa malas.Sampai ada kawan blogger yang tanya kenapa lama tak update,sihat ke?Alhamdulillah saya sihat cuma kemalasan yang amat sangatπ
Cuti CNY hujung minggu lepas kami tak ke mana,turun naik umah mak,rehat-rehat kat rumah je.Kebetulan Pia tak berapa sihat tiba-tiba je demam selsema,mungkin cuaca terlalu panas.Minggu last sekolah tu pun dia dah mengadu sakit kepala tapi sebab hari-hari terakhir sekolah nak juga dia pergi.
Hari Jumaat ayah ajak makan dekat luar,dia teringin nak makan itik masak kerutuk.Keluarga saya peminat lauk itik,kiranya lauk fav no.1,tapi keluarga waled semuanya tak makan itik.Teringat masa kenduri malam akad nikah kami,mak masak lauk kerutuk itik sebab dikira lauk istimewa untuk kami,tapi sebaliknya bagi keluarga waled.Saya pun baru tahu malam akad nikah tu yang diaorang tak makan itik.Nasib baik ada juga lauk dan makanan lain.
Nasi putih,kerutuk itik dengan sambal belacan berulamkan timun.
Memang tak perlu lauk lain dah.
Hari Sabtu mak cakap tak payah masak tengahari ada kenduri dekat rumah jiran lorong hujung,mak pun dari pagi dah pergi merewang ke membawang ke tak tau la.Lepas solat jumaat dikerahnya kami pula ke sana,kata mak dijemput semua anak-anak.Ajak waled naik kereta pergi kenduri,walau dekat tapi kalau berjalan basah juga tiak musim panas ni.
Balik kenduri mak ajak teman dia pergi hospital melawat orang sakit.Time ni Pia dah rasa tak sedap badan,dia mengadu telinga kebas.Mungkin juga sebab minum ais di tempat kenduri tu tambah pula dengan cuaca panas terik.
Nak masuk kawasan hospital masih lagi wajib pakai mask,kami pula tak ada bawa mask.Kebetulan ada nurse yang baik hati bagi kami mask hospital.Katanya waled kita ada gaya doktor pakar bedah 'kuku'π
Cuti kali ni banyak ikut program mak,dia dah siap susun nak pergi rumah orang tu nak melawat orang ni,Elok juga sempat la kami berjalan ziarah sedaramara.
Kesian Pia..umiwaled berjalan sana sini dia tak dapat nak ikut.
Bonding time dengan mak sambil-sambil sesi 'Curhat'.Ni mak tengah nak buat acar ikan masin untuk stok bulan puasa.
Dulu sebelum kahwin,mak yang selalu jadi teman curhat saya.Tapi sekarang mak pula yang lebih curhat.Keluh kesah mak lebih kepada anak-anak.Risau begitu dan begini.Apapun keluh kesah mak semuanya Allah dah susun cantik.Tak ada satu pun yang terjadi dengan sia-sia.
Sebelum sampai ke topik curhat itu,dimulakan dengan bermacam-macam isu semasa yang dibualkan.Tiada satu pun solusi dari kami hanya dibiarkan seperti angin lalu sajaπ
Sekadar sembang malam.
Dari pukul 6petang sampai dah nak masuk hari lain baru siap acar ikan masin mak.Banyak betul bersembang.
Sempena Ramadhan yang akan menjelma tiba nanti,menu ni la yang sedap masa sahur.Mak cakap acar kena masak lama baru tahan.Kalau nak makan letak luar,tak nak makan simpan peti.
Yang ni ayah teringin nak makan ketupat sotong Kelantan.Kalau dah ayah sebut teringin tu kena cepat-cepat buat,lambat sikit je nanti merajuk dah tak selera katanya.Alahai comel sungguh la atok Pia ni.
Request pula nak ketupat sotong masak dalam kuali legend mak ni,huwaaa macam-macam.Mak cakap ayah kamu ni macam orang mengandung sulong.Permintaan orang sakit ni kadang tu pelik-pelik,layankan aje selagi mampu.Esok-esok inilah yang akan jadi kenangan untuk dikenang.
Siapa pernah rasa ketupat sotong ni?
Mana lagi sedap versi Kelantan atau Terengganu?
Duduk rumah mak 4hari berat badan saya naik 1.3kg.
Nak turun ni nanti kemain la susah.
Sedapnya tengok acar ikan masin tu...nak buat bukan senang tu kan...ketupat sotong tu pun...sedapnyaa..akak suka yang kuah putih..x suka yang kuah choc
ReplyDeletekuah putih terengganu style kak..yg kelantan ketupat manis
Deletebetul tuj
ReplyDeletecuaca skrg mmg panas
esp malam
ms nak tidur tu... aduhh
syafakillah pia...
wahhh ada ketupat sotong!
tengah tidur pun berpeluh2 panas
Deletepakar bedah kuku?
ReplyDeletekuku apa tu?
kukucing ke?
hahahaa
macam2
doktor pakar yang tak ada dlm senarai tak diiktiraf la tu..hehe
DeleteTak apa, naik berat tu asalkan dapat makan bersama mak tersayang sambil mencurah perasaan. Dah sembuh ke demam Pia?
ReplyDeletealhamdulillah bonda Pia dah sihat
DeletePakar bedah kuku π€£
ReplyDeleteWah..buat acar ikan masin sendiri ππ½
Akak tau beli je.
Pernah makan ketupat sotong kawan Terengganu buat. Tak tau pulak ada beza dengan Kelantan.
yg terengganu ketupat sotong lemak masin kak,yg kelantan ni ketupat sotong lemak manis
Deletepatut la senyapp je rupanya padat xtvt dia, ☺️semua bestnyaaa baca alahaii rinduu tiberrr dgn suasana camni.
ReplyDeletesian Pia moga cepat sembuh ye
aktiviti biasa2 je ciknur,yg luar biasanya malas melampau tu hehe
Deletedap nya acar ikan masin tu..
ReplyDeleterisau sahur pun makan bertambah ni kak dah ada acar ikan masin tu
DeleteAh iya Mbak kemana saja tidak update blog? Syukurlah kalau baik-baik saja...
ReplyDeleteRupanya banyak acara bersama keluarga ya Mbak?
Konon, masakan ibu kita adalah masakan yang paling enak sedunia, jadi pantaslah timbangan badan Mbak naik selama di rumah ibunda nya.
Salam,
iye Pak dirumah mak kerjanya makan tidur makan
DeleteBestnya berkumpul ramai2 macam tu!
ReplyDeleterasa macam keluarga kecik je tapi bila berkumpul eh ramainya haha
DeleteGambar awal tu, macam makan kat kedai nasi berlauk kak chik. π
ReplyDeleteAkak tak pernah makan ketupat sotong kelantan atau terengganu.
Rajin mak Afzan buat acar nak makan bulan puasa.
kedai kak chik di mana kak?balik kelantan nanti kena cari ketupat sotong tu kak
Deletemama pia, jgnla malas.. kami setia di sini.. kalau dulu zaman 2010 dlu,m ramai blogger yg ramah2.. sekarang dalam 30-40 blogger shj yg wujud (mungkinla) huhuhu.. berbeza sgt dengan dulu2 zaman ldy masih anak dara..
ReplyDeleteitulah LdyB kadang tu malasnya melampau
DeleteSeronok kumpul ramai2 tu. Acar ikan masin sedap. Ketupat sotong, lama nya tak makan. Lauk itik, eeyyyy semua nya sedap la Afzan.
ReplyDeletebila sesekali dapat makan tu yang jadi sedap kak...
DeleteBiasalah mak².. pasti ada masanya meluahkan perasaan. Kita dengar je.
ReplyDeleteTak pernah makan lagi ketupat sotong Kelantan atau Terengganu.. mesti sedap tu.
kena datang pantai timur ni kak boleh cuba ketupat sotong
DeleteAkan jadi kenangan yg sgt berharga ni suatu masa kelak Mama Pia. Rindu pulak sy nak bercurhat dgn mak ☺️ Rasanya momen paling best kot boleh duduk berdua bersembang dgn mak kan...
ReplyDeleteSedapnya acar ikan masin tu, mmg prmbuka selera time sahur...
iye PH..kalau boleh nak mak ada sentiasa depan mata.kita tak tau siapa yang akan pergi dulu,sedaya boleh&sebanyak mungkin cuba cipta kenangan dengan mak
DeleteMood blogging memang ada musim rajin dan malas....
ReplyDeletesama je ngn Cuya..
time rajin, kemain lagi... kalau malas, memang bersawang blog
ingatkan akak je macam tu Cuya...haha
Deleteammi pun tak makan itik.
ReplyDeleteteringat first time termakan itik..ammi taktau pun itu itik ingatkan kari ayam. tapi mmg dari kunyahan pertama ammi rasa pelik dgn tekstur dan rasa dan first time tak boleh terima lauk "ayam" tu.
rupanya itik daaaaa
Wah...baca sini baru terfikir nak masak acar ikan masin untuk bulan puasa...
ReplyDeleteTapi itik tu sukanya..sini payah nak jumpa orang jual itik...
Eh itik sedap tu... kita kalau ke indon pasti mencari masakan bebek/itik.. sebab sana itik dah sinonim so mereka mmg pandai masak itk..
ReplyDeleteSaya...start reti makan itik bila makan kerutuk itik kat rumah jiran orang Kelantan. Lepas tu kalau makan kat kedai kelantan....saya cari kerutuk itik jugak. Sedapnya.....nak masak itik saya tak reti....
ReplyDeleteitik kerutuk tu sedapnya...kalo blk klate dpt menu tu mkn ngan nasi berlauk
ReplyDeleteSaya beberapa kali balik ke blog kakak, dan blm ada update waktu itu π. Happy lihat ada Bbrp tulisan baru π
ReplyDeleteKalo di Indonesia , bisa dibilang banyaaak yg suka itik, atau bebek. Makanya restoran bebek di jakarta banyaaak sangat kak. Saya sendiri LBH suka bebek daripada ayam. Cuma tak bisa sering2, Krn lebih mahal dan kuatir kolesterol kalo keseringan ππ
Memang yaaa, kalo sedang berkumpul dengan mama, pastilah banyak makan enak. Trus berat badan pun selalu naik π
Cuaca panas memang cepat rasa pening kepala. Gigih juga Pia ke sekolah ye. Agaknya nak jumpa kawan-kawan hari last. Banyak betul programnya tu. Bagus jugalah dapat ziarah sana sini. Dapat makan nasi minyak juga.
ReplyDeleteYe, begitulah kalau kita jumpa mak kita. Dengarkan lah curhat dia walau tiada solusi. Sekadar jadi pendengar setia pun dah cukup buat dia kan. Jarang orang suka itik ni, kalau peminat itik memang cari itiklah kalau teringin. Belum pernah lagi makan sotong sumbat ni. Jadi tak tahulah beza dia. hehe...