Cepatnya masa berlalu bulan Ogos ni rasa sekejap sangat dah nak tengah bulan.Tinggal 4bulan je lagi dah nak habis 2023.
Ada tetamu jauh dari JB dia wasap pagi bagitau nak singgah Kuantan katanya nanti nak balik mengundi PRN di Kelantan,petang saya balik kerja tengok dia dah sampai.Bertuah sungguh tak sempat kita nak buat apa-apa.Ingatkan diaorang nak balik sehari sebelum mengundi.Cepat-cepat call waled minta selamatkan keadaan๐
Lepas maghrib ajak diaorang makan di Horizon Garden.Mulanya nak bawa ke Tanjung Lumpur tapi risau budak kecik si Sofea tu tak selesa.Sebagai alternatif jalan pintas sebab tak masak saya pilih restoran ni dah pasti tak mengecewakan.
Restoran ni boleh dikatakan exclusive juga la.Kebanyakan jabatan/pejabat gov akan buat majlis keraian disini.Apa yang saya suka setiap kali ada pelanggan yang baru masuk,pelayan restoran akan tukar alas meja baru dan setup meja makan.Semuanya akan di serve oleh pelayan restoran macam di hotel.
Saya pilih set B ambil Siakap lemon grass,sotong telur masin,butter prawn,daging sizzling,chicken manggo dengan sup sayur.Air Chinese tea free dengan pencuci mulut.
Umpan dakKecik tu dengan buah tembikai dulu risau tantrum.Ibu dia mulanya pun berat hati bila ajak makan diluar,katanya dah serik anak dia mengamuk pernah guling-guling menangis dalam kedai.Iye la kan anak kecil ni susah sikit nak keluar makan.Tapi malam tu baik pula dia elok je diam.Ada la juga bunga-bunga nak menangis tu nak turun dari kerusi.
Mujur dapat tempah meja,malam tu memang full.Nak datang sini memang kena buat reservation awal bagi mengelak hati kecewa,jarang-jarang la dapat walk in.
Service dekat sini sangat puas hati,makanan yang kami order cepat sampai tak tunggu lama.Itu yang dakKecik tu pun tak sempat buat hal.
Harap tetamu tak serik nak singgah lagi.Tak sempat nak masak-masak dekat rumah semuanya cap kedai jela. Saya banyak dapat buah tangan diaorang bawa dari Johor ada rempah makpon,pes adami tapi ntah bila nak masak.
Oh, awalnya dorang balik mengundi ya. Haaa.. mujur ada resto sedap penyelamat nak jamu tetamu bila tak sempat memasak, hihi.
ReplyDeletesemangat 'set kito jange pecoh' tu kak tu yg awal blk agaknya...hahaha
Deletediorang mengundi pos ya? awal dah balik tu...
ReplyDeletemakan ramai2 kat restoran bersuasana macam ni mmg seronok...
Hehe nasib baik ada restoran yang sesuai bawa budak kecil.
ReplyDeleteKadang-kadang tetamu datang terkejut buat kita gelabah juga.
lega ye ada restoran yang sesuai nak bawa makan-makan.
ReplyDeleteMesti nak elak jem sbb tu balik awal mengundi. Nampak menarik menu makanan kat sini ye.
ReplyDeleteAlhamdulilah..sesekali dapat makan mewah best gak kan
ReplyDeleteNampak meriah hidangannya.
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat jamu tetamu di tempat yang istimewa.
Geng la Sofea yang itu dengan sofea yang di sini ๐. Kalau makan luar kene jaga mood dia. Kene bagi dia makanan cepat². Dalam kereta pun sentiasa ada biskut untuk dia kunyah².
ReplyDeleteNampak sedap menu² yang ada kat reatoran tu.
Berkongsi rezeki dgn tetamu.. nmpk sgt view tu mmg tmpt gomen suka buat mkn²... hehehe
ReplyDeleteSenang kalau restoren dah siapkan menu set macam tu, pelanggan pilih je atau add on menu lain.
ReplyDelete.
Saya pun selalu masak di kedai aje kalau tetamu datang hehe
ReplyDeleteSeronok raikan tetamu...
ReplyDeleteTak kisahlah masak sendiri atau masak di kedai, asalkan disantuni sebaik-baiknya.
mujur DakKecik behave ye hehehe.
ReplyDeletesek kito jange pecoh! hehehe
kedai mkn ada set pakej ni senang..tkde la nk pk sgt...nk plak bila ada tetamu dtg..senang bw mkn kan
ReplyDeletePasni kalau ke Kuantan kena hello jugak ni....murah rezeki๐คฃ
ReplyDeletewah meriah makan2 ramai2.
ReplyDeleteBest makan ramai² ni.
ReplyDeleteTempat makan selesa, layanan bagus dan makanan sedap gini, harus kena buat tempahan kan. Syukur dapat makan dengan jayanya, dak kecik tak mengamuk ๐
ReplyDeletehahahha bagus ni... nnt klu kita tersinggah Kuantan, bole try... hahhaa ni tgh 50-50 nak lepak kuantan ke terus ke KT
ReplyDeletetengok entry ni rasa macam dah lamanya x makan ramai2 macam ni kat luar sejak Mak Pah sakit
ReplyDeleteNampak eksklusif restorannya.
ReplyDeleteJauhnya dari Johor nak ke Kelantan.
mcm best ja dekat sini. boleh masuk dalam list kalau ke sna
ReplyDeleteseronoknya dinner kat luar ramai2 mcm ni..
ReplyDeleteMacam pernah nampak kat Bandar Baru Bangi ni Restoran ni.
ReplyDeleteMemang nampak ramai restoran nih. Dah pasti lebih amannya untuk reservasi lebih dulu. Tapi kalo bisa langsung dapat meja, memang nasib baik ๐. Saya pun kalo nak menjamu tamu, prefer di restoran kak. Karena jujur skill masak tak terlalu oke, dan sudah paling benar di restoran, jadi lebih praktis juga untuk tuan rumah yang menjamu ๐
ReplyDelete