Friday, August 11, 2023

KUANTAN DAH ADA FAMILY MART

 Dulu asal ke KL je mesti nak singgah Family Mart,biasa singgah yang di Taman Melawati on the way balik Kuantan.Baru dalam beberapa bulan ni Family Mart dah buka cawangan di Kuantan.Setakat ni baru ada 3 tempat di Kotasas,Indera Mahkota dan di depan HTAA.Bila hari-hari lalu FM Indera Mahkota mula la dakPia tu duk berzikir bila boleh singgah.

Mula-mula baru buka ni maklum saja lah susah dia macam mana,orang Kuantan tak habis lagi serbu.Tak lepas-lepas nak pergi.Bila pergi je parking tak ada,bila pergi je ramai yang beratur.

Kena tunggu masa orang tak ramai,bagitau Pia kena pergi awal pagi mungkin tak seramai waktu lain.Hari biasa keluar rumah pukul 6.30pagi,hari yang nak pergi FM tu kena keluar pukul 6.15pagi.Sekali Pia cakap okay dia sanggup.

Banyak yang dah habis.Rak pun kosong,orang Kuantan ramai yang excited maklum la benda baru kan,termasuk la dakPia tu tak menyabor padahal dah biasa pergi.

Amboii boleh tahan sarapan pagi dia ye,macam FM ni mak dia yang punya

Sarapan dulu dalam kereta.Okay la kita bagi chance dekat dia sarapan onigiri.

Eh dia minta lagi nak singgah beli sarapan dan bekal pagi.Katanya umi tak payah susah nak masak awal pagi kita singgah je FM..😎

Kali ke-3 dia minta lagi nak singgah beli Oden,katanya kawan-kawan kirim.Dia ingat mak dia nak ikut cakap dia la tu,dia tak tau mak dia lagi hebat la dari FM tu setakat nak buat Oden Kimchi apa la sangat kan...Dia bangun pagi tengok bekal dah siap untuk makan dengan kawan-kawan sekolah.

Kalau hari-hari minta nak ke FM mau botak kepala umiwaled.Menyesal pula ada FM buka di Kuantan ni,nak kena lalu jalan lain ke macam mana ni tak bagi nampak depan mata PiaπŸ˜„










 



27 comments:

  1. tgk post akak baru teringat lama dah tak mkn oden FM, sedap jugak tu.

    ReplyDelete
  2. Hahhaha...FM kat bawah opis SA ni pun SA jarang masuk...kalau masuk bila dah xde pilihan la..suka beli susu pisang, oden dan roti dia..ni pun rasanya dah 2 minggu x masuk

    ReplyDelete
  3. FM punya populariti dah mengalahkan kedai lain!

    ReplyDelete
  4. sama lah mcm adik bongsu saya duk berzikir ajak pergi FM sesaje hahaha

    ReplyDelete
  5. Hehe lawak pula kena minta belanja hari-hari.
    Apa kata Pia masa buat oden itu?

    ReplyDelete
  6. hhahaha betul2, masa awal2 buka kat KL dulu, ya allah nak masuk pun beratur punya la panjang.... pastu konpom melayang RM RM RM byk gila... hhahaha ye la takkan nak beli satu brg je kan bila dha dapat masuk.. skrg ni nak masuk FM pun dah x lalu heheh padahal dekat je ngan rumah

    ReplyDelete
  7. Family Mart sini, berbulan-bulan dah buka baru akak masuk, Afzan. Ramai benor orang. Tak sanggup. Mahal juga makanan dia, macam macaroni and cheese tu, pad kra paw rice. Sekali-sekala je la boleh. Tapi signature coffee dia, boleh tahan juga ye. Hehe..

    ReplyDelete
  8. amboiiii awalnya dah pegi FM... amboiii pia kemain lagi ya hahaha

    ReplyDelete
  9. Asalnya masuk FM hehe. Tak masuk lagi outlet Kuantan ni.

    ReplyDelete
  10. Hehe biasa la tu awal2 mmg excited kemain. Saya dulu pun masa duduk kat Sarawak asal outstation KL sanggup naik AA sbb nak singgah kat FM di KLIA2. Kat KLIA takde FM hihi.

    ReplyDelete
  11. Benda baru.. bagi chance lah kat Pia, umi. Masa ni lah syiok nak masuk pun.
    Dah puas beli,... nanti tak adalah nak singgah dah 😁

    ReplyDelete
  12. Memang boleh botak kepala masuk FM ni ...aritu singgah nak beli bun je, pakat angkut sorang satu onigiri la, air la... Ummi is pasrah tengok duit terbang masuk cash machine depaπŸ˜…

    ReplyDelete
  13. dh byk outlet familymart luar kl skarang...mmg kalo slalu ke familymart kopak la duit haha

    ReplyDelete
  14. seram kalau anak2 saya ajak ke FM ni sebab rm50 tak cukup..huwaaa

    ReplyDelete
  15. kat area rumah MA pun baru buka, kalau boleh hari2 nak gi sana
    MA tag Afzan join giveaway yer.. :-) di sini.... https://mummyayu.blogspot.com/2023/08/birthday-giveaway-farhanajafricom-2023.html

    ReplyDelete
  16. biasalah tempat baru buka...berkerumun org pi serbu. slps sebln nanti reda la tu..

    ReplyDelete
  17. Alolo Pia....comel jew aunty nampak Pia ni tau!

    ReplyDelete
  18. kat KL n selangor banyak FM tapi kita lak yg jarang jenguk

    ReplyDelete
  19. Family Mart ni suka juga onigiri dia. Nasi pulut dengan isi tu. Pernah juga makan Oden dia. Line selalunya panjang nak beli Oden.

    ReplyDelete
  20. Bertambahlah duit belanja bulanan nampaknya

    ReplyDelete
  21. Hahahahah, tak apalah kak, nanti juga bosan sendiri Pia πŸ˜„. Saya pun suka aneka jajanan di family mart. Memang lebih banyak varian dan enak2 mostly. Setelah seven eleven di tutup di seluruh Indonesia Krn tak sesuai aturan, family mart lah pilihan kami untuk jajan ala jepang πŸ˜„

    ReplyDelete
  22. Hahaha! Jangan lalu! πŸ˜‚ Kena tutup mata lalu depan tu 😁

    ReplyDelete
  23. kat area rumah ammi ni ada 2-3 tapi ammi tak pernah pergi.

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..