Tuesday, January 10, 2023

MAKAN KENDURI KAHWIN

 

Di saat dalam suasana tegang dengan isu panas En.Jabar balik kerja hulur kad.Nasib baik En.Jabar yang dijemput bukan En.Jabar yang menjemput😎

First time saya attend majlis perkahwinan beramai-ramai yang diadakan di Timorra Venue Tanjung Lumpur,tak jauh pun dari rumah.Majlis perkahwinan beramai-ramai ni dah jadi macam 'trend' kan..Tujuan utama mesti lah tidak lari untuk membantu pasangan pengantin meringankan beban belanja perkahwinan tetapi masih dapat melalui pengalaman indah.

Kami sampai jam 12pm dah ramai tetamu yang hadir majlis nampak meriah sebab meraikan 10 pasangan pengantin.Singgahsana yang akan duduk oleh raja sehari secara bergilir-gilir.Selepas selesai sesi pelamin pengantin beredar untuk makan beradap.


Ini menunya.Nasi beriyani sedap,daging masak hitam pun sedap dagingnya tak keras dan tak terlalu hancur.Pencuci mulut ada bubur pulut hitam,karipap,kuih bakar,popia sambal,buah oren,nampak ada juga mihun goreng.Kami makan dulu pengantin belum sampai..

Nampak ada kelainan pada majlis ni dan menarik juga.Kami tak tunggu sampai habis majlis,difahamkan ada acara cabutan bertuah,persembahan tarian dan sesi pemotongan kek beramai-ramai oleh 10 pasangan pengantin.


Setiap tetamu yang hadir akan dapat 1 goodie bag dalam tu ada air mineral, cookies ni,bunga telur mentah bukan telur rebus agaknya penganjur tak sempat nak rebus.Saya balik rumah konon malam tu tak nak masak nak buat sandwich telur je,nak kupas sekali telur mentah.Sebiji goreng telur mata 2 biji rebus dulu😂

Apa yang saya nampak penganjur memberikan yang terbaik untuk para pengantin.Dengar-dengar hanya perlu bayar lebih kurang RM3,500.00 tiada apa yang kurang malah nampak lebih sempurna dan mewah.

Doa kami untuk pengantin selamat menjalani kehidupan berumahtangga.








33 comments:

  1. wahh meriah la sekali 10 org pengantin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun terkejut 10pasangan tp pelaminnya satu..rupanya pengantin masuk bergilir2

      Delete
  2. Oh, boleh muat ke jemputan utk 10 pasangan pengantin tu? Tak pernah pulak dapat telur belum rebus sebagai cenderahati dari mana-mana majlis, hihi. Mujur tu tak ketuk kuat2. Kecur la tengok nasi kenduri tu sebab sy peminat nasi kenduri org kahwin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jemputaan terhad kak..1pasangan hanya boleh jemput 50orang kalau tak silap saya

      Delete
  3. Saya pun dapat telur mentah masa pergi satu kenduri kahwin ini.. Huhuhu.. Memang trend kot..
    Meriah betul majlis sampai 10 pengantin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah Sha nasib tak terpenyek telur dalam kereta kalau tak haru

      Delete
  4. Bagus jugak ye buat mcm ni... meriah pun meriah

    ReplyDelete
    Replies
    1. jimat kan kak..duit boleh simpan utk kegunaan lepas kenduri

      Delete
  5. Nampak sedap lauk kenduri tu.
    Tak pernah lagi dapat bunga telur, telurnye mentah. Nasib baik x jatuh or terlenyek. Kalau tak, haru..🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye Jaja agaknya terlupa rebus atau terlepas pandang dah banyak2 tu

      Delete
  6. Saya tak pernah pergi kenduri ada ramai pengantin. :)
    Mewah barang dalam goodie bagnya. Butter cookies tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun 1st time kak..biasa kenduri 2 pasangan pengantin yg adikberadik kan..

      Delete
  7. susah nak dapat lauk kenduri sedap. haha. Alhamdullilah rezeki lauk sedappp. Semoga kekal bahagia pasangan penganting. InsyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada faktor lapar juga kot scha sebab tu kemain lagi sedap haha

      Delete
  8. Menarik ni. PH belum pernah attend wedding gini. Kalau 2 pasang adik beradik tu pernahlah.
    Dia & harapan agar rumahtangga yg dibina dilimpahi mawaddah rahmah dan sakinah buat mereka semua 🤲

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah saya pun belum pernah attend kenduri ramai2 mcm ni..tapi tak crowded pun sebab jemputan terhad

      Delete
  9. Replies
    1. meriah wak...seronok dapat makan nasi kenduri sebenarnya

      Delete
  10. meriahnya kak buat dekat dewan gitu tapi semuanya teratur, sekarang trend goodies gitu kan... tp yang dapat telur mentah tu ada beza tak dari yg biasa? mujurla tak terpecah dlm kereta kan kak hehehhe

    ReplyDelete
  11. lama tk pi mkn kenduri..meriah dpt giftnya

    ReplyDelete
  12. Idea bagus ni, majlis serentak. Sampai 10 pasangan pulak tu. Bagus dapat berjimat.

    Telur tu mungkin yang tukang isi tersilap isi. Mujur jugak tak pecah di mana-mana. Satu hal pulak nak bersihkan 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun rasa mcm tu la kak..mungkin terlepas pandang dalam banyak2

      Delete
  13. Nasi minyak dia senang utk caterer
    Tak perlu nak basuh pinggan banyak2..

    ReplyDelete
  14. Masyaa Allah ...
    Kalau lah ada majlis macam ni kat tempat saya..nak juga sy join untuk anak-anak saya bila dh sampai jodoh meraka...🤲

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah kak...abang,adah,cella dikurniakan pasangan yg soleh solehah mendamaikan rumah tangga nanti

      Delete
  15. waaahh.. isi goodie bag mewah ni.
    Berbaloi sangat kalau majlis camni perlu bayar amaun tu je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jimat kan kak...lebih kepada nak membantu pasangan muda juga ni

      Delete
  16. Eh..menarik betul ni....banyak jimat..kenapa kat Seremban xde macam ni erk...

    ReplyDelete
  17. hahaha...ayat "nasib baik En.Jabar yang dijemput bukan En.Jabar yang menjemput". mana berani En. Jabar nak menjemput Pn. Afzan...aja gilerrrr

    ReplyDelete
  18. wah..ramai tu 10 pengantin..memang unik. lain dr lain.. but bagus la..memang jimat byk.

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..