Saturday, January 14, 2023

BEKAL PIA SEPANJANG 2/2023

 Bekal untuk Pia sepanjang minggu,4hari je sebab semalam hari Jumaat Pia demam tak pergi sekolah.Bekal simple je untuk mak yang bekerja ni tak ada deco mendeco cantik cute macam orang lain.Sebab nak bekalkan 2 orang 2 tekak  2 selera lain-lain..Kadang pening dengar diaorang gaduh nak menu apa

Hari Isnin 9/1/2023 : 
Sarapan sandwich telur,tengahari nasi Kak Afzan bukan nasi KakWook😁

Hari Selasa 10/1/2023 : 
Sarapan baked macaroni cheese untuk Pia,Waled tak makan macaroni buatkan dia mushroom soup dengan garlic bread,tengahari nasi putih ayam sambal
Hari Rabu 11/1/2023 : 
Sarapan mihun goreng,pau daging,Tengahari nasi putih kari ikan

Hari Khamis 12/1/2023 : 
Sarapan lempeng dengan sambal tumis+kari ikan hari rabu,Tengahari nasi putih daging merah

Hari Jumaat 13/1/2023 : 
Saya tak sempat masak sarapan sampai ke malam minta Waled beli bungkus,dengan saya sekali ambil EL.Pia demam panas suhu badan 39.5 denyutan jantung terlalu laju 150.Tak tau apa punca,hari Jumaat tu 22 orang budak kelas Pia demam serentak dengan temperature 39.Pia terpaksa drip dan doktor minta warded tapi saya nak tengok dulu keputusan selepas drip(air).Alhamdulillah lepas pemantauan doktor ketika drip suhu badan Pia dah turun 37.5 dan denyutan jantung 128 walau masih tinggi sikit.

Kita sangat tak tenteram bila anak demam.










15 comments:

  1. Ya Allah, knp boleh smpi 22 org demam dgn suhu tinggi tu?? Harap tiada yg memudaratkan, apapun bekalannya amat menyelerakan.

    ReplyDelete
  2. Ya Allah.. sampai 22 orang demam serentak. 39.5 tu tinggi demamnya. Moga-moga tiada yang serius dan Pia cepat sembuh. Juga untuk semua classmate Pia.
    Anak demam memang merisaukan mak ayah tak kira mereka kecil lagi atau pun sudah dewasa,

    ReplyDelete
  3. eh...kenapa anak-anak ni demam serentak? dah ok ke?

    ReplyDelete
  4. Allahu...
    Semoga Allah kurniakan kesembuhan untuk Pia🤲🤲🤲

    Pernah kawan saya share petua untuk turunkan suhu panas.Katanya bedak sejuk + air cap badak buat jelom kepala...

    ReplyDelete
  5. Allahu Akbar! Kita pun cemas baca sampai 22 orang serentak demam dengan suhu begitu tinggi. Syukurlah turun suhu dan denyutan jantung.
    Eh, lupa terus nak komen bekal Pia yang pelbagai tu hihihiii.

    ReplyDelete
  6. Allahu! Semoga pia cpt sihat. Memang kalah bila bab anak sakit ni. Apapun semoga Afzan sentiasa sihat utk berbakti pd keluarga. Meriah sungguh bekalan mereka. ;)

    ReplyDelete
  7. How is she now? Moga Pia & kawan2-nya kembali sihat aamin 🤲
    Meriah bekalnya...

    ReplyDelete
  8. Allahuakbar.. dah tau ke punca budak² tu demam serentak kak? Sian Pia dan kawan². Moga cepat sihat ye Pia.
    Betul kak, kalau anak tak sihat memang tak tenteram hati kan

    ReplyDelete
  9. Allah…kita yang baca pun rasa susah hati. Tinggi suhu dan ramai pulak tu. Nanti update la ya Afzan.
    Semoga Allah kurniakan kesembuhan buat anak-anak semua. Moga tak ada yang serius.

    ReplyDelete
  10. smoga pia cpt sembuh...daging masak merah tu terliurrr

    ReplyDelete
  11. yum yum sedap baked macaroni cheese.. hati ibu mana la nak tenteram kalau anak sakit gitu kan

    ReplyDelete
  12. Lain macam virus tu ye..sekali kena 22 orang....

    ReplyDelete
  13. Tinggi suhu dia. Heart rate pun tinggi, macam tengah berlari. Alhamdulillah, Pia dah ok, kan. Semoga terus sihat dan kuat.
    Bila akak baca blog Afzan, tambah motivasi akak untuk rajin masak macam Afzan.

    ReplyDelete
  14. Allahu..serentak plak ramai2 tu..memang risau sgt la kan..

    ReplyDelete
  15. Pergh!! Meriah betul bekal Pia..
    Alhamdulillah Pia dah makin okay.. Semoga terus diberikan kesihatan yang baik..

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..