Wednesday, November 13, 2024

MAKAN DI MYVIETS

Sebelum hantar Pia masuk sarang dah habis cuti Deepavali haritu.Dari start sampai rumah balik cuti dia bagitau nanti nak balik asrama lambat,nak sampai dekat guard pukul 6 katanya..umiwaled iya kan aje😎

Dah sampai masa hari nak kena hantar balik,waled siap-siapkan barang dia letak depan pintu,bagitau lepas zohor kita gerak ye nak kena singgah situ sini.Nampak muka dah monyok nasib tak ada drama airmata.

First time nak makan di MyViets ni,Pia cakap tak tau nak makan apa,tak pe nanti sampai kita tengok la menu apa yang ada.

Macam biasa kena order melalui QR code yang disediakan.Buku menu tetap ada,baru puas nak belek-belek menu.Kebanyakkan tempat pun dah guna QR code untuk order,kalau dulu tak suka sekarang dah jadi kebiasaan.



Menu pertama yang sampai.Pia order Pho Bo Tenderloin Noodle Soup,nasib boleh request tak nak sayur,kalau tak jenuh nak mengutip sayur dalam mangkuk dia.makanan Vietnam kan jenis penuh sayur.Saya rasa sesudu soup serious sedappp beef pun banyak&lembut.

Ini waled order rice with mango chicken.Banyak giler-giler potion makanan,semput nak perabih.Lain kali datang sini kena share je makan,dah tak boleh nak order sorang satu.
Yang ni saya punya order vietsnamese dry noodle.Rasa kurus jap tengok sayur berlambak.Yang ni pun not bad.Untuk semua makanan ni sedap.Menu yang awal-awal sampai tu spring roll ngan sugarcane prawn terpaksa bungkus dah tak larat nak makan.


Boleh datang lagi.Time acah-acah nak makan makanan sihat nanti kita datang sini😂

MyViets dekat Kuantan ni masih baru mesti ramai yang belum cuba,serious yang belum cuba kena datang dan wajib rasa makanan dekat sini.
Saya cakap dengan Pia bagitau la kawan-kawan kalau outing ajak la parents datang makan dekat sini owner MyViets ni dulu pun MRSM Kuantan.

















Thursday, November 07, 2024

Happy Birthday to me, Giveaway for you!

 Saya baru nak join..

nasib baik belum terlepas tarikh tutup Happy Birthday to me, Giveaway for you! 

Giveaway blogger Mummy Ayu ni...

syarat2 nya simple je...

1. buat 1 entry bertajuk " Happy Birthday to me, Giveaway for you!"
and link balik ke entry ni

2.  tinggalkan link korang kat bahagian komen entry ni
 so that Mummy Ayu leh blogwalking ke blog korang & tinggalkan jejak


3. tu je... 😉
siap!!!


Untuk Mummy Ayu

Selamat hari lahir kak...

Semoga Allah permudahkan segala urusan akak&anak2,semoga yang baik-baik Allah aturkan untuk akak&family,semoga semuanya dalam rahmat&redha Allah,sentiasa diberi kesihatan yang baik.....

Terima kasih telah menjadi inspirasi kekuatan untuk kami.



Wednesday, November 06, 2024

Skywalk Menara Kuantan 188

Cerita cuti Deepavali.Seperti biasa memang lembap nak berkongsi cerita di blog😁

Cuti Deepavali haritu kami tak keluar dari Kuantan,masing-masing tak dapat nak sambung cuti hari Jumaat,tambah Pia balik cuti kali ni cikgu dah kirim pakej percutian dengan homework dan kelas online.

Pia dah lama sebenarnya teringin nak skywalk di menara 188,tapi belum berkesempatan.Kebetulan cuti 1hari ni kita tak pergi mana-mana jom la kita layan permintaan anakdara sorang ni.

Menara Kuantan 188 kedua tertinggi di Malaysia selepas menara Kuala Lumpur,kedudukannya yang berdiri di tebing sungai Kuantan menjadikannya tarikan untuk melihat pemandangan bandaraya Kuantan secara 360 darjah.

Kebetulan hari Khamis tu cuaca pun baik dengan angin yang nyaman jadi boleh la kita jamu mata melihat panorama indah bandar Kuantan.


Saya beli tiket secara walk in di kaunter RM98 utk skywalk & untuk yang nak naik ke skydeck sahaja dewasa RM36 seorang, lepas buat bayaran perlu isi borang dan perlu serah pada instrutor skywalk.Dia tengok alamat rumah kami "ooo orang dekat je.." 😂

Instructor akan pakaikan peralatan keselamatan pada badan dan bertopi sebelum naik ke skydeck dengan ketinggian 104meter.

Diberi taklimat ringkas sebelum memulakan aktiviti

Siapa yang suka aktiviti lasak yang mencabar adrenalin memang awesome tapi saya nak duduk tepi-tepi pun tak berani.Nak ambil gambar pun berdebar risau takut terlepas telefon ke bawah.
Macam-macam aksi yang dia suruh Pia buat, kita yang tengok ni tak  boleh nak berdiri dah menggigil kaki😅
Ada video yang dia suruh Pia berlari-lari anak sambil meluncur tapi tak boleh nak upload pula la


Masjid Sultan Ahmad Shah 







Jemput datang ke Kuantan...Tibehhh😀

















Wednesday, October 16, 2024

WORDLESS WEDNESDAY~LAUK TENGAH BULAN

Sebenarnya tak kira tengah bulan ke hujung bulan ke awal bulan pun tetap sedap.Lagi-lagi tengah lapar.

Nikmat.

Tak payah tunggu tengah bulan hujung bulan lauk macam ni yang buat selera bertambah.

Tuesday, October 15, 2024

POKOK DUKU

 Kami tak ada dusun cuma beberapa batang pokok semua keliling rumah je,sekarang pokok-pokok ni dah tua tapi masih ada yang sudi menabur bakti.Banyak juga yang dah ditebang diganti dengan bilik tidur.Istimewanya pokok keliling rumah ni boleh buat redup.Alhamdulillah tahun ni semua pokok berbuah lebat.Dapat la serba sikit sebanyak hasilnya.Sempat adikberadik yang duduk jauh,sedaramara,jiran-jiran merasa,kebetulan cuti sekolah bulan September masih lagi musim buah.

Pokok durian ada sebatang yang arwah abah waled tanam tapi dah tak berbuah mungkin dah 'menopause'

Adat orang tua,memanjat pokok duku mestilah pakai kain sarung sebagai selempang.Kalau tak pakai kain sarung tak guna memanjat katanya.Zaman kanak-kanak dulu bila dengar orang tua cakap ni terpinga-pinga tak tahu hujung pangkal.

Bila diri sendiri dah jadi orang tua baru faham sebenarnya kain sarung ni untuk letak buah duku yang dipetik dari tangkainya.Sampai sekarang waled masih praktikkan kaedah yang sama kononnya nak tunjuk pada anakdara dia sebagai generasi baru keunikkan memetik buah duku.
Tapi anak zaman sekarang,dia buat tak endah sahaja tambah pula dia jenis yang tak suka buah.



serba sikit nak hantar bagi jiran-jiran

mak mentua,setiap kali tiba musim buah,dia akan bercerita ada pokok-pokok yang arwah abah tanam ni tak sempat abah nak merasa.Abah meninggal kemalangan jalan raya semasa nak ke masjid waktu asar dalam bulan ramadhan.
Imam Nawawi menjelaskan: terdapat keutamaan menanam pohon dan tanaman, bahawa pahala pelakunya akan terus mengalir selama mana pohon dan tanaman itu masih ada, serta sesuatu (benih) yang keluar daripadanya sehingga hari kiamat.

Moga ada pahala yang sentiasa mengalir untuk Abah.














Friday, September 20, 2024

KEPUTUSAN EXAM PERTAMA PIA SEM 1

 Pengalaman baru juga untuk kami makpak bila tengok keputusan exam Sem 1 MRSM.Rupanya maktab guna sistem pointer PNG.sistem PNG ni sebenarnya tak membantu untuk masuk mana-mana U tapi ada juga manfaat untuk anak terus meningkat dalam pelajaran,macam simulasi awal la kan..Di maktab anak-anak dah didedahkan dengan sistem universiti,kalau gagal exam kena re-sit.Selain dari lulus subjek akademik,diaorang juga kena cukupkan kredit hour(assignment,badan beruniform,kemahiran,sukan,mini ulul albab).Pembelajaran pun lebih advance,form 1 dah ada subjek sains komputer,tambah pula Pia ambil aliran IGCSE dah mula belajar subjek fizik,kimia&biologi.

Sebelum cuti haritu dah dapat keputusan exam Sem 1,result exam semuanya di up dalam sistem e-pelajar.Makpak plk yang berdebar balik-balik cek sistem,macam tunggu duit masuk.Diaorang belum tau result,makpak dah potong dulu.

Alhamdulillah hanya ingin berkongsi rasa gembira.Bukan mudah untuk Pia yang tak habis-habis homesick ni,umiwaled faham kesukaran Pia dan akan tetap terus bagi semangat untuk Pia dari belakang,segala kesukaran kepayahan kita telan bersama.

Umi waled syukur sangat keputusan PNG 3.69 dengan Anugerah Penghormatan Pengetua.Masih jauh lagi perjalanan Pia, terima kasih buat guru-guru MRSM yang hebat,banyak membantu anakanda saya.Full kredit juga untuk waled yang tak pernah putus asa mengajar tiap kali visit Pia.Moga terus berusaha&berjuang sampai akhir untuk anakanda.

Doakan ye💪

Wednesday, September 11, 2024

WORDLESS WEDNESDAY~KOPI SAIGON


Kemaruk dengan kopi Saigon.Dah try yang lain tapi tak boleh lawan dengan Saigon.Saigon tetap di hati katanya.

Saya bukan peminat kopi sebab akan sakit kepala bila minum kopi,zaman anakdara dulu kalau bau kopi pun dah boleh buat pening kepala tak boleh bincang. 

Monday, September 09, 2024

PIA TURN 13

7hb September 2024 genap umur anak tunggal kami 13 tahun.Satu-satunya permata hati umiwaled.

Sejak dah remaja ni Pia dah tak teruja nak tunggu tarikh birthday.Rindu pula zaman dia kecil dulu 2-3 bulan awal asyik tengok kalendar kira hari.

Sebelum birthday saya ada tanya Pia nak celebrate dengan kawan-kawan homeroom di maktab,taknak katanya.Nampaknya Pia masih belum serasi dengan kawan-kawan.Katanya Pia nak umiwaled datang je,tak bawa apa-apa pun takpa,tak ada kek&hadiah pun takpe.

Bila bagitau ummi nak beli kek juga la walau Pia taknak,Pia request nak red velvet tapi taknak kek SR,nak kek mamasab je.Baru senang hati ummi bila ada permintaan dari anak.Zaman Pia duduk taska dulu biasa dia akan minta 2 biji kek tiap kali birthday,tapi bila dah besar ni anak taknak kek umi yang susah hati..😂


Semoga Allah kurniakan umur yang panjang&berkat untuk Puteri Nursaffiyyah,dikurniakan rezeki yang berkat&selalu bersyukur.Sentiasa diberi kesihatan yang baik dan keafiyatan,rezeki yang melimpah ruah,mudah dan barokah,bahagia di dunia&akhirat.Semakin dewasa,moga semakin taat kepadaNya.

Doa umiwaled sentiasa mengiringi setiap langkah perjalanan Pia.

Wednesday, August 28, 2024

WORDLESS WEDNESDAY~DAISY

Manja ummi..
Dengan waled dia takut-takut.
Dengar je suara waled terus menyorok.


 

Thursday, August 22, 2024

NASI DAGANG ATAS TOL

Cerita dah basi ni.Pertama kali saya sampai di sini NDAT.Ingatkan kedai area Tol rupanya nama kampung Atas Tol.Ini datang kebetulan ada jemputan kenduri kahwin kawan.




Orang kata NDAT ni kalau siapa datang lambat balik awal,jadi kita tak nak kecewa beratur panjang ataupun makanan habis,lepas Subuh terus pergi.Tengok jalan sunyi sepi lagi,jemaah subuh di masjid pun belum balik lagi.

Ingatkan kami paling awal,rupanya dah ada yang tengah beratur.Kena order&bayar dulu di kaunter,makanan kena ambil sendiri.





Waled pilih nasi dagang ayam goreng,saya ambil nasi dagang ikan.Tengok ikan macam eh sikitnya dia letak,tapi bila dah makan memang cukup malah berlebih plk.

Waled order Tea Peng Ombak Rindu.Dia memang tak berpantang makan,isteri dia je kononnya diet.
Nasi Dagang ni banyak,saya hampir-hampir tak habis,tapi makan juga perlahan-lahan sambil tengok keletah orang.Siap makan pukul 8 lebih punya la lama makan😅

Sebelum ni dengar orang cerita je NDAT sedap,sekarang dapat juga merasa.Ada keropok lekor juga tapi dah tak boleh nak makan terlampau kenyang,bungkus bawa balik hotel.


Tanda hadir ✌

Tuesday, August 20, 2024

HANTU DURIAN

Dah nak hampir penghujung musim agaknya kan dah nak masuk September ni.Kalau dah hantu durian ni memang setiap minggu dia ajak teman cari durian.Saya tak berani nak makan sebab tengah makan ubat lagi,tapi ada juga cuit-cuit buat hilang kempunan.


Orang kata petua nak pilih blackthorn pilih yang tangkai masih baru&hijau,kalau tak jahanam duit.Blackthorn ni kalau dah terlebih masak&lembik hilang lemak manis berkrim dia.



Alhamdulillah tahun ni puas waled makan durian sebab anak dia tak ada dekat rumah.Kalau ada DakPia tak boleh nak makan durian,nanti dia tak bagi kita bercakap busuk bau durian.

Sekarang ni balik dari kerja ajak teman makan durian,baru balik dari outstation sampai je rumah terus ajak keluar cari durian.Hantu durian je faham,penat ke sibuk ke dia akan cari juga durian sampai dapat.

Haritu maktab pia ada buat pesta buah,saya dah risau kot dia pening dan muntah bau durian,sekali tengok cikgu homeroom hantar gambar elok duduk semeja dengan durian.Kalau dekat rumah tu bau durian jiran pun dia dah menangis macam nak pengsan.Cikgu homeroom bagitau Pia sorang je yang tak makan,"Iye cikgu anak saya memang paling aneh dia tak makan semua jenis buah dari baby"