Tuesday, October 15, 2024

POKOK DUKU

 Kami tak ada dusun cuma beberapa batang pokok semua keliling rumah je,sekarang pokok-pokok ni dah tua tapi masih ada yang sudi menabur bakti.Banyak juga yang dah ditebang diganti dengan bilik tidur.Istimewanya pokok keliling rumah ni boleh buat redup.Alhamdulillah tahun ni semua pokok berbuah lebat.Dapat la serba sikit sebanyak hasilnya.Sempat adikberadik yang duduk jauh,sedaramara,jiran-jiran merasa,kebetulan cuti sekolah bulan September masih lagi musim buah.

Pokok durian ada sebatang yang arwah abah waled tanam tapi dah tak berbuah mungkin dah 'menopause'

Adat orang tua,memanjat pokok duku mestilah pakai kain sarung sebagai selempang.Kalau tak pakai kain sarung tak guna memanjat katanya.Zaman kanak-kanak dulu bila dengar orang tua cakap ni terpinga-pinga tak tahu hujung pangkal.

Bila diri sendiri dah jadi orang tua baru faham sebenarnya kain sarung ni untuk letak buah duku yang dipetik dari tangkainya.Sampai sekarang waled masih praktikkan kaedah yang sama kononnya nak tunjuk pada anakdara dia sebagai generasi baru keunikkan memetik buah duku.
Tapi anak zaman sekarang,dia buat tak endah sahaja tambah pula dia jenis yang tak suka buah.



serba sikit nak hantar bagi jiran-jiran

mak mentua,setiap kali tiba musim buah,dia akan bercerita ada pokok-pokok yang arwah abah tanam ni tak sempat abah nak merasa.Abah meninggal kemalangan jalan raya semasa nak ke masjid waktu asar dalam bulan ramadhan.
Imam Nawawi menjelaskan: terdapat keutamaan menanam pohon dan tanaman, bahawa pahala pelakunya akan terus mengalir selama mana pohon dan tanaman itu masih ada, serta sesuatu (benih) yang keluar daripadanya sehingga hari kiamat.

Moga ada pahala yang sentiasa mengalir untuk Abah.














19 comments:

  1. Alhamdulillah.. Semoga pahala nya terus mengalir...
    Kat kampung pun ada jugak pokok duku nie, baru 2 tahun nie belajar buah... Tapi, tahun nie.. Buah dia diserang kulat2.. Habis buruk kulitnya, tapi isi tetap sedap

    ReplyDelete
  2. dpt mkn buah hasil dr pokok sendiri syok tu

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..meriah hasilnya tu, dpt dikongsi2 lagi

    ReplyDelete
  4. Emak kita pu memang selalu akan terkenang-kenang pada yang telah pergi. Bercerita dan imbas kembali cerita waktu masih bersama, disebut-sebut pula tanaman yang tak sempat berbuah, tapi penanamnya telah pergi.... arwah ayah.
    Seronok kan ada pokok buah sendiri walaupun bukanlah dusun tapi nikmat memetik buah yang masak itulah yang mahal!.

    ReplyDelete
  5. wah besar dan tinggi juga pokok duku afzan, eh kena pakai kain sarung ye untuk isi buah hehe , bawa sling beg acii tak hehe :)

    ReplyDelete
  6. bestnya ada pokok pokok buah keliling kampung...suka jugak makan duku tapi yang kulit tebal tu..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah
    Merasa hasilnya
    Ye org dulu2 suka berbakti pd tanah dan anak cucu dpt la merasa bila tiba musim

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah
    Pahalanya terus mengalir setiap kali mengeluarkan hasil

    ReplyDelete
  9. Seronoknya ada pokok buah-buahan di sekitar rumah. Selain redup dapat juga menikmati hasilnya. Saya pun baru tahu kaedah tu. huhu...Sedap dapat makan buah duku fresh from pokok. Banyak juga dapat hasilnya tu.

    ReplyDelete
  10. Bab panjat memanjat pokok ni serah kat suami. Memang dia terror. Gayat pulak kat atas pokok tu Afzan....

    ReplyDelete
  11. Owh itu ke guna dia? Kalau uncle bukak seluar terus sarung kain pelikat dan panjat. Hahaha

    ReplyDelete
  12. Anak² lelaki kena lasak.. pandai panjat pokok 😁

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah lebat buahnya
    Insha Allah berterusan pahalanya kpd arwah

    ReplyDelete
  14. wahhh best nyaaa biah fav sy ni
    kalau ada kat situ rs nya sy x bgn selagi x kenyang🀣

    ReplyDelete
  15. alfatihah utk abah mertua tuhh.. aminn

    ReplyDelete
  16. Semoga pahalanya tetap mengalir kepada abah mertua nya Mbak...

    Salam,

    ReplyDelete
  17. Saya belum pernah lihat secara langsung pohon duku. Padahal sukaaa sangat buahnya. 😍😍. Apalagi kalo manis, bisa tak ingat makan, tahu2 dah habis seplastik 🀣.

    Beruntungnya kakak ada pohonnya. Berbuah lebat pula ❤️πŸ‘

    ReplyDelete
  18. Itulah pahala yang berpanjangan.. tanam pokok buah hasilnya dimakan pada waktu yg menanam dah tiada..

    ReplyDelete
  19. Orang dulu2 hebat dalam amalan mereka kan...macam menanam pokok buahan dan mereka akan wakafkan sebagai jariyah...
    Beruntunglah mereka yang tahu dan mengamalkannya macam arwah bapa mertua Afzan ni..
    Al Fatihah untuk semua yang telah pergi

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..