Friday, December 29, 2023

3h2m di Johor Darul Takzim

Birthday trip Pia yang tertangguh.Bulan September haritu Pia sibuk dengan aktiviti sekolah.Perancangan awal tahun nak ke Legoland tapi pertengahan tahun dapat tahu sekolah Pia dah rancang nak buat lawatan tahun 6 ke Legoland.Dan kebetulan saya memang nak ke rumah adik bongsu di Tampoi sejak dia pindah ke sana 3 tahun lepas kami belum pernah sampai lagi rumah dia.Sesambil tu boleh la tunaikan janji birthday trip Pia awal tahun haritu dah tukar nak ke Adventure Waterpark Desaru Coast.

Sejak Pia umur 7 tahun saya dah tak belikan hadiah bila hari lahir dia tapi diganti dengan holiday trip.Umi waled cuba cipta memori untuk kenangan Pia bila dah besar nanti.Walaupun trip biasa-biasa dan murah-murah je janji ada kenangan untuk dikenang.

23hb Disember 2023 gerak la kami 3 beranak ke selatan tanah air.Percutian ni pun hampir-hampir nak cancel juga sebab cuaca tak menentu.Booking hotel pun banyak kali cancel,bila dah last minute hotel dah banyak penuh akhirnya dapat hotel biasa je.


Pia tanya ni birthday trip Pia ke umi?sebab semua tempat makan yang nak pergi ni makanan yang umi teringin😂

Sampai JB dalam pukul 2petang.Terus waze ke Warung Pak Akob nak makan nasi beriani Johor.Tekak ni dah lama teringin,haritu sempat la tanya Kak Sari Yusa mana kedai nasi beriani yang sedap,kak SK yang suggest tempat ni.Nak masuk Tanah Jauhar kena la tanya pendapat otai di sana kan...hehehe

Warung Pak Akob tempat viral rupanya...kemain ramai orang,tempat parking kereta dia luas tapi full.Terpaksa waled parking jauh sikit&saya turun beratur dulu.Hati dah mula risau ni,risau lambat dapat makan dah la tengah penat,lapar ni.Tapi tak lama pun beratur sekejap je,tak sampai pun 5 minit.

Weh kenapa harga nasi beriani dia murah,kuantiti banyak sebukit dia letak nasi.Terus tak jadi nak order sepinggan sorang,bisik dengan Pia ajak dia kongsi makan.Ambil dua pinggan je 1 nasi beriani ayam merah dan untuk waled nasi beriani kambing,air teh o panas 2+1 bekas laicikang.Total RM30.00.

Tempat makan macam pergi makan kenduri.Tempat selesa.Kedai dia santai-santai je dalam kampung.Siap ada termbikai percuma lagi.

Lupa nak ambil gambar nasi sebelum makan,punya la teruja dapat makan beriani.Tu nasi dah siap letak dalam pinggan Pia tapi masih banyak.Lauk dia timbun dalam nasi.Daging kambing diberi banyak,lembut je dagingnya.

Rasa 10/10.Perfect! TQ KAK SK suggest tempat makan sedap.

Dah siap makan lagi sekali on waze nak ke rumah ucu,warung pak akob dengan The Aliff Residence cuma 10minit tapi tetap buka maps tak biasa tempat orang kan..

Yeay kakak Pia dah jumpa adik sepupu dia Sofea..

Petang lepas asar Ucu ajak turun mandi kolam.

Suka la DakPia dah lama dia tak guna pakai insang dia tu.

Time ni tak hujan tapi angin kuat.Sejuk sampai ke tulang.Mak-mak duduk tepi je dah lama tak bersembang.Walau whatsapp hari-hari tapi bila berjumpa tu ada je cerita.

Lepas isyak Ucu ajak keluar makan,untuk dinner ni saya ikut aje lah kemana empunya badan yang nak belanja bawa.Dalam hati memang teringin nak makan mee rebus Johor.Mulanya Ucu nak ke Restoran ZZ Sup Tulang.Saya dah siap google dekat situ ada menu mee rebus Johor tapi tak jadi sebab cuaca berangin macam nak hujan.Katanya tempat tu open air.

Ucu bawa kami ke sini AlMizan Satay House BBU.Masing-masing dah kenyang sebenarnya tapi hati teringin macam-macam.Jadi order satay dan mee bandung je lah semangkuk,makan share-share.Order banyak nanti tak habis membazir plk kan.




Ni Ucu order satay madura untuk saya rasa.Katanya sebab saya belum pernah makan.Memang betul ni pertama kali saya makan.Lain sikit dari satay biasa,kuah kicap kacang pedas bukan juga satay perap macam satay Malaysia.Bagi saya ok boleh makan tapi lagi sedap satay daging dia.








 

Friday, December 15, 2023

BEKAL MINGGU AKHIR SEKOLAH TAHUN 2023

Last bekal sekolah minggu ni untuk tahun 2023.Boleh rehat dulu untuk 2 minggu.
Dah genap 6 tahun rutin Pia bawa bekal setiap hari.Menu bekal biasa-biasa ikut tahap kerajinan uminya.
Kalau terlebih rajin ada la 3 menu setiap hari.

Kalau rajinnya sikit cuma 1 menu dari pagi sampai ke petang.Yang paling Pia suka bekal nasi putih,ikan goreng dan kicap.Menu ni hari-hari pun takpe.

Dah jadi rutin juga bagi saya siapkan sarapan pagi dirumah,bekal sekolah Pia dan menu tengahari.Rasa tenang dengan nikmat ni.Biarlah semua ni akan jadi memori yang tak dapat dilupakan sampai Pia besar nanti,biar dia terkenang-kenang air tangan uminya😆
Uminya pula kononya ala-ala mak mithali la nak cuba buat yang terbaik untuk suami&anak.Tapi hari Sabtu&Ahad tukang masak cuti hehe

Bila dapat siapkan semua ni rasa puas hati,tak tau macam mana nak gambarkan.
Kalau ikutkan bukanlah satu kemestian pun.Saya boleh je pilih untuk tidak buat semua ni.Pagi-pagi nak kena bersilat dekat dapur tambah lagi nak kena bersiap pergi kerja.Sebenarnya tak perlu pun nak susahkan diri.

Tapi ntah la bila tak masak nanti rasa bersalah pula.Sikit pun tak rasa penat sebenarnya cuma setiap hari duk fikir menu apa nak masak yang mudah dan cepat siap sebelum 5.30pagi.

Sementara masih berpeluang nikmati je lah dengan indah.Simple tapi enjoy.Ambil peluang sambil-sambil siapkan bekal sambil berdoa buat buah hati tercinta.

Dengan harapan juga moga ada sedikit yang boleh menjadi pemberat mizan umi di akhirat nanti....


 

Thursday, December 14, 2023

HARI KANAK-KANAK SEKOLAH PIA

 Tahun terakhir buat Pia merasai sambutan hari kanak-kanak.Tahun depan dah masuk alam remaja.

Kali ni sambutan dekat sekolah bertemakan Kerjaya.Cita-cita Pia nak jadi Pilot,sebelum tarikh sambutan berhari-hari duk tanya saya dia nak pakai baju apa,malas pula saya nak pergi cari sewa seragam Pilot,nak pakai sekejap je kos sewa mau RM150 keatas,bukan nak masuk pertandingan pun just meraikan sambutan.

Bila suggest jadi cikgu taknak pula,katanya dah ramai kawan-kawan dia jadi cikgu.Yela pakaian cikgu paling senang kan.

Bila dah dipujuk-pujuk akhirnya pakai baju kerja umi je hahaha
Kemeja,blazer,pants semua umi punya tak ada sewa-sewa,necktie ambil yang waled.
Cikgu kelas hantar gambar ni,saya ingatkan Pia masuk pertandingan pakaian kerjaya,tak kan la nak masuk juga pertandingan budak ni pakai baju biasa-biasa je.

Bila cikgu hantar satu lagi gambar ni katanya Saffiyyah dapat anugerah.
Tapi sementara nak tunggu naik pentas tu gayanya macam dah rimas sangat,kemeja dah keluar,tie pun dah longgar...

Balik sekolah saya tanya kenapa naik pentas dengan baju macam tu,Pia jawab baju umi kecik sangat Pia panas,memang badan dia lagi besar dari saya,aishh la anak umi cuti sekolah ni diet la sikit😅

Anugerah Ikon Sahsiah Terpuji wakil Tahun 6 katanya.
Alhamdulillah moga Pia sentiasa berdisiplin dalam hal keduniaan&hal berkaitan ibadah kpd Allah,sentiasa memelihara lidah,bersifat pemalu,lemah lembut dan sabar.

Moga Allah sentiasa hiasi Pia dengan akhlak yang baik.
Yang Indah itu bahasa,yang molek itu pekerti.







Saturday, December 09, 2023

PIA OUTING

 "Umi, nak join kawan-kawan outing pergi mall boleh tak?Pia nak ada kenangan keluar jalan-jalan dengan kawan sekolah,tahun depan dah sekolah menengah mesti dah susah nak jumpa", Pia minta izin.

"Tanya waled dulu".Itu saja jawapan Umi.Rupanya Pia diam-diam masuk bilik menangis dia sangka umi tak setuju dengan permintaan dia.

Bila waled tanya nak ke mana,tak ada arah tuju just nak pusing-pusing mall.Waled tak setuju la kan anak masih bawah umur nak keluar sendiri.Tak nak bagi nanti merajuk mental stress pula,nak biarkan pergi salah juga.Memang keberatan la kan nak lepaskan anak keluar dengan kawan-kawan,umi pun rasa insecure

Waled cadangkan pergi tengok movie,tapi sekarang ni tak ada cerita yang best.Kata waled beli kan aje cerita kartun.Nanti waled hantar sampai depan pintu GSC dan tunggu sampai habis movie.So diaorang tak boleh nak pusing-pusing mall la gayanya😂

Disebabkan waled yang cadang tengok movie maka waled la yang kena belanja tiket untuk semua 😆

Meh la bergambar dulu nanti hantar bagi mak masing-masing supaya mak ayah diaorang pun tak risau.Umi waled tunggu sampai diaorang dah masuk hall baru lah kitaorang pula yang pusing-pusing mall sementara tunggu anak.

Umi dah siap-siap pesan ini yang pertama kali dan terakhir tau...dah tak ada outing dengan kawan-kawan lagi lepas ni.Bukan apa kan lebih kepada risau keselamatan diaorang sebenarnya,kecik-kecik lagi semuanya.InsyaAllah dalam jagaan dan lindunganNya selalu.Umi waled kena juga bagi ruang untuk anak yang dah nak masuk alam remaja tapi dengan bersyarat tau batas waktu&pergaulan.
 
Sementara tunggu anak,umi ajak waled ke sini nak minta waled belikan microwave,yang sediaada tu dah berbulan rosak,waled cakap nanti dia baiki tapi dah lama sangat tak baiki-baiki pun,kita minta yang baru terus la kan senang cerita.

Ada masa lagi 1/2 jam Pia nak keluar hall, nak pergi kupi-kupi saya pula tak boleh minum kopi nanti kepala tingtong.Pilih masuk cafe yang ada bingsu.Sempat la bercerita apa yang berlaku sepanjang minggu di pejabat.Maklum la hari bekerja tak ada masa nak borak panjang.












Wednesday, November 29, 2023

WORDLESS WEDNESDAY~GENAP 7 TAHUN

 November 2023 genap 7 tahun umur Amber.Walaupun seekor kucing tapi di rumah ni dia dianggap anak jantan ahli keluarga yang sentiasa minta lebih perhatian dan kasih sayang.

Kasih yang berbahagi terpaksa redho😖 

Pukul 4pagi walau mata masih mengantuk tetap bangun teman umi dekat dapur masak bekal sekolah untuk kakak Pia.

Tak sedar Daisy datang menempel.
Tak boleh bersemuka dengan Daisy asyik nak bercekau.

Teman kakak Pia study.Amber notice tak perlu nak study hard sangat la kakak,tidur peluk buku pun dah cukup😎

Terpaling rajin bab solat,tapi belum angkat takbir dia dah tumbang.

Semoga baik-baik membesar dengan sihat.Duduk baik-baik ayah&anak.Sampai sekarang Amber tak boleh terima Daisy tu anak dia,asyik nak merajuk.
Amber jangan risau,Amber cinta pertama umi(buat umi rasa sayang pada semua kucing.Dulu umi la orang paling takut&geli dengan kucing)
Doakan umi&waled sentiasa diberi rezeki berlipat kali ganda untuk jaga kamu berdua.Dua-dua pun jenis high maintenance ni






Saturday, November 25, 2023

PIA UKKM DI MRSM TGS KUALA LIPIS

 Allah dah susun cantik setiap saat perjalanan kita.Tapi saya sebagai hamba yang sangat lemah imannya ini sentiasa ada rasa takut dan risau.Bila dah berlaku sesuatu perkara yang kita risau tu dengan lancar dan mudah baru lah terdetik rasa bersalah pada Allah kerana risau perkara yang belum terjadi.

Apa yang saya risau tarikh exam UKKM Pia jatuh pada hari waled dia tiada di Malaysia.Tambah risau andai kata tempat exam juga jauh dari Kuantan.Mana tidaknya ramai yang minta zon lain dapat zon lain.Ada yang dari Terengganu dapat exam di Perak.Yang dari Selangor ramai ke Kuala Kangsar dan Lenggong.Bukan main jauh lagi.Saya boleh memandu tetapi belum pernah memandu keluar dari Kuantan.Itu yang buat saya risau dan sangat takut.Padahal bagi orang lain ianya sesuatu yang kecil dan tiada masalah pun.

Tapi perancangan Allah sudah tersusun cantik.Hari yang sama waled touchdown flight di Subang, saya dapat tarikh UKKM Pia pada 15hb di Kuala Lipis.Rasa syukur sangat,tapi kenapa la saya selalu overthinking perkara yang belum berlaku.Hampir-hampir tak benarkan waled ke Lubnan dan minta waled tarik diri dari offer.

Alhamdulillah perjalanan 4 jam kami ke Kuala Lipis smooth,datang awal sehari sambil menikmati scenery.Kebetulan pula waled kurang sihat balik dari Lubnan batuk teruk sampai tak boleh nak tidur malam itu yang sampai je hotel terus terlentang baring.




Star-Well hotel ni rasanya hotel baru di Kuala Lipis,semua perabot masih cantik dan dalam keadaan bersih semuanya.

Pukul 7.30 pagi dah turun hantar Pia ke MRSM,Pia tak nak makan berat risau sakit perut semasa interview.Cuma bawa bekal susu dan roti untuk makan kalau ada masa rehat.
 
Alhamdulillah Pia dah selesai UKKM IGCSE di MRSM Tun Ghazali Shafie Kuala Lipis.
Setelah hampir setengah tahun bertungkus lumus buat ulangkaji dan persediaan,beberapa kali juga Pia mengalirkan airmata sebab terlalu takut dan risau untuk interview.Walaupun saya juga tergolong dalam golongan mak yang cepat gelabah,tapi saya cuba sedaya upaya kuatkan semangat anak.Sebenarnya Pia ada pengalaman pahit semasa interview untuk calon ketua pengawas sekolah,pengalaman tu yang buatkan dia rasa down.

Kita dah cuba sehabis baik.Usaha,Doa dan Tawakal.Semua kita serah pada Allah.Jika sudah tertulis ada rezeki untuk Pia Alhamdulillah.






Thursday, November 09, 2023

WALED KE LUBNAN

 Lama tak menulis,bila hati tak tenang nak menulis pun tak ada mood.Puncanya bila Waled bagitau dia kena ke Lubnan sebagai Delegasi Pengiring semasa pertukaran Malaysian Battalion Malbatt.Tak sangka pula kahwin dengan akauntan pun kena tinggal pergi kawasan berperang juga😂

Kebetulan juga hari yang sama Pia pergi lawatan sekolah ke Legoland JB dan KL.Tinggal saya sendiri tu yang bertambah rasa tak sedap hati dan mula la macam-macam fikiran negative yang datang.

Beg dua beranak tu..DakPia tu kemain happy pertama kali dapat pergi lawatan dengan kawan-kawan.

Dalam masa yang sama ada juga rasa bangga,Waled satu-satunya pegawai kewangan wakil kementerian sebagai delegasi pengiring.

Bila duduk rumah sorang-sorang nak masak pun malas,selera nak makan pun tak ada.Pagi keluar pergi kerja bungkus sarapan berat siap-siap,kadang kenyang sampai ke malam esok pagi pula baru makan.

Waktu Lubnan lambat 6 jam dari Malaysia.Disana pukul 12 tengah malam kita diMalaysia dah 6pagi.Lagipun Waled pergi dengan urusan kerja susahnya nak whatsapps atau video call.Duk ulang-ulang buka facebook Markas kot-kot ternampak gambar laki sendiri,ada juga la 2,3 keping gambar Waled boleh la buat hilang risau.

Bila waled hantar gambar setiap pergerakan keluar kena pakai vest anti peluru,mula la saya kat sini rasa tak tentu arah,dalam hati memang tak putus-putus berdoa untuk keselamatan mereka.Outstation kali ini agak mencabar untuk waled sebab peperangan Israel-Gaza walaupun tempat waled lebih kurang 60km dari sempadan Lubnan-Israel.Pengalaman baru juga untuk waled bila dengar dan dapat rasa gegaran letupan.Allahuakbar ianya satu pengalaman yang mungkin akan dikenang sepanjang hayat waled.Ada masa bila terdengar siren terpaksa berlari masuk ke tempat persembunyian.

Alhamdulillah pukul 5 petang semalam Waled dah selamat tiba di Subang.Pukul 12pagi sampai Kuantan.Lega sangat rasa macam hilang pikul beban.

Bila Waled hulur buah tangan dari Lubnan terus hilang segala masalah serta merta..Hahaha
Dapat perfume yang wangi amat ini..

Hoodie untuk anakdara sorang tu....

Waled cakap ini je yang sempat beli...takpe lah waled,kalau waled tak beli apa-apa pun takpa janji selamat sampai balik.

Yang ni Waled bagitau dapat masa dalam tempat persembunyian,diaorang tak sempat makan malam.

Macam mana la kan kalau jadi isteri tentera,sebab tu la agaknya jodoh saya bukan dengan tentera/polis sebab saya tak kuat nak hadap semua ni.

Rasa bangga dengan isteri dan keluarga anggota tentera,dengan kesabaran dan pengorbanan mereka sanggup melepaskan orang-orang tersayang dan tercinta untuk negara.














Thursday, October 19, 2023

PIA AMBIL UJIAN PKSK

 Alhamdulillah hari ni Pia dah selesai ambil ujian PKSK bertempat di Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah,sekolah pilihan pertama waled, 5minit je dari rumah kami.Pia sesi kedua pukul 10.15pagi hingga 12.45 tengahari.

Hari ni waled dah offer nak hantar Pia ambil ujian,siap mohon cuti.Dah sebulan waled dan Pia struggle ulangkaji sama-sama untuk PKSK ni.Pia tu sampaikan demam berulang-ulang,makan ubat kebah sekejap,2kali juga tak dapat ke sekolah sebab sakit kepala.Agaknya stress fikir pengalaman pertama ambil exam besar.Batch dia dah tak ada UPSR jadi inilah exam yang besar bagi dia.Umi cuma tukang berdebar je ada la sekali dua ganti tempat 'cikgu waled' kalau dia kena OT.

Pagi ni lepas solat subuh waled ajak baca yasin untuk Pia moga dipermudahkan urusan,diberi kefahaman dan tenang untuk jawab soalan ujian.

Yang 2 ekor tu pun sama join demi kakak Pia padahal dia 2ekor tak boleh duduk dekat ada je nak bercekau.Ntah pagi ni elok pula mengadap tunggu sampai habis baca yasin.

Pukul 9lebih tadi waled hantar Pia dengan hajat dia nak tunggu anak dia sampai habis ujian,tapi ibubapa tak dibenarkan tunggu dalam kawasan sekolah.Saya suruh balik je la dulu tunggu Pia call,tapi tak ye dia sanggup tunggu anak dia luar pagar sekolah.

Pukul 12.30 tengahari Pia dah siap jawab ujian PKSK.Lega sangat rasa,dalam group parents ramai yang duk bagitau tempat exam mereka server down so calon kena ulang jawab exam minggu depan,ada yang patut habis 12.45 tghr dilanjutkan sampai pukul 1.20 petang.

Boleh la Pia rehat sekejap nanti sambung lagi study untuk ujian UKKM MRSM pula,tarikh ujian belum dapat tapi ramai yang jangka pertengahan November.Memang salute lah dengan anak-anak tahun 6,exam bersambung-sambung.

Moga Pia berjaya dapat tempat 1st intake di SBP...doakan juga untuk Angah anak PH..




Saturday, September 30, 2023

Dapur Tak Berasap

Alkisahnya cuti Maulidur Rasul air tak ada..Setiap kali cuti sama ada Sabtu Ahad atau cuti umum kawasan rumah saya ni tak ada air,kadang fed up juga..bertiga je tak apa la buatnya hari cuti ada tetamu sampai memang gelabah nak mengangkut air.Ntah mana puncanya kerap sangat tak ada air.

Bila tak ada air dapur memang tak berasap.Kalau nak suruh masak juga waled kena la angkut air,agaknya waled pun malas nak angkut air tu yang dia awal pagi lagi dah bagitau hari ni kita makan dekat luar je.

Sarapan pagi keluar makan nasi kerabu KEMIRA,Kuantan ni soho la dengan nasi kerabu Kemira,dah banyak cawangan sekitar Kuantan.Tengahari tu saya teringin nak makan Dolly Dimsum maklum la Kuantan baru ada,orang KL dah biasa hehe..Sampai di ECM masyaAllah ramainya manusia,padahal cuti 1hari je kenapa keluar juga duduk la rumah rehat-rehat.Hahaha mengata orang kita pun sama sibuk keluar makan.Pusing mencari parking tapi tak jumpa-jumpa.Waled minta kami berdua turun dulu,sampai restoran pun tak boleh masuk semua meja penuh.Belum ada rezeki nak makan Dolly Dimsum.

Bila dah rancangan awal tak dapat mula la dah tak tau nak makan apa,Pia cakap dia nak makan ketam.Okay..jom la kita ke Tanjung Lumpur aje lah tempat biasa makan Ana Ikan Bakar.Waktu siang orang belum ramai.Memang betul order tak sampai 1/2jam dah sampai semua makanan.

Semuanya pilihan Pia

Sotong celup tepung,perut tengah lapar semuanya sedap.

Ketam telur masin,kerang rebus,sup sayur.

Makan la Nak...malam nanti tak makan dah,umi kalau dah dari awal tak masuk dapur memang bawa ke malam malasnya..kalau lapar tengah malam pandai-pandai la sendiri cari apa yang ada boleh makan.

Dalam kereta duk borak dengan waled,kita ni pergi makan situ sini asbab Pia je yang ajak.Pia duduk asrama nanti agaknya kita ni makan apa yang ada je lah kan dekat rumah,nak makan sedap-sedap nanti teringat dekat anak pula,kena tunggu anak balik baru boleh makan sedap.

Tak sampai malam pun,petang Pia dah cakap teringin nak makan sagu gula melaka.Sejak dah pandai makan dessert ni asyik minta umi buatkan.Alang-alang tu ajar la Pia buat sendiri bukan susah pun kan.

Begitu lah,banyak pula ceritanya.Mungkin anak akan ingat segala yang dia pelajari,mungkin juga akan jadi kenangan buat si anak.Hanya yang manis dan yang indah semoga selalu manis,semanis sagu gula melaka.