Allah dah susun cantik setiap saat perjalanan kita.Tapi saya sebagai hamba yang sangat lemah imannya ini sentiasa ada rasa takut dan risau.Bila dah berlaku sesuatu perkara yang kita risau tu dengan lancar dan mudah baru lah terdetik rasa bersalah pada Allah kerana risau perkara yang belum terjadi.
Apa yang saya risau tarikh exam UKKM Pia jatuh pada hari waled dia tiada di Malaysia.Tambah risau andai kata tempat exam juga jauh dari Kuantan.Mana tidaknya ramai yang minta zon lain dapat zon lain.Ada yang dari Terengganu dapat exam di Perak.Yang dari Selangor ramai ke Kuala Kangsar dan Lenggong.Bukan main jauh lagi.Saya boleh memandu tetapi belum pernah memandu keluar dari Kuantan.Itu yang buat saya risau dan sangat takut.Padahal bagi orang lain ianya sesuatu yang kecil dan tiada masalah pun.
Tapi perancangan Allah sudah tersusun cantik.Hari yang sama waled touchdown flight di Subang, saya dapat tarikh UKKM Pia pada 15hb di Kuala Lipis.Rasa syukur sangat,tapi kenapa la saya selalu overthinking perkara yang belum berlaku.Hampir-hampir tak benarkan waled ke Lubnan dan minta waled tarik diri dari offer.
Alhamdulillah perjalanan 4 jam kami ke Kuala Lipis smooth,datang awal sehari sambil menikmati scenery.Kebetulan pula waled kurang sihat balik dari Lubnan batuk teruk sampai tak boleh nak tidur malam itu yang sampai je hotel terus terlentang baring.
Mudah2an pia bejaya mendapat tempat di mrsm
ReplyDeleteMoga Pia berjaya ke MRSM, Insya Allah. Aamiin.
ReplyDeleteOoo Pia sebaya abam aqeem.. insyallah semoga dipermudahkan urusan Pia ke MRSM :)
ReplyDeleteSemoga Pia dapat berita baik nanti, semoga doa umi waled dimakbulkan Allah swt, Amiiinnn.
ReplyDeleteOoo, Pia minta IGCSE ye...
ReplyDeleteSemoga ada rezeki utk Pia ke MRSM 🤲
Geng la kita, saya pun x berani drive jauh² huhu...
Moga Pia berjaya dapat tempat di MRSM. 😊
ReplyDeletemoga di permudahkan semuanya buat Pia ya
ReplyDeleteWha! Segak la Pia pakai uniform tu!
ReplyDeleteYang penting pia sudah berusaha semampu mungkin ❤️. Kalo rezeki memang tak akan lari kemana. Semangaaaat Pia 🤗❤️❤️. Harap2 dimudahkan semuanya
ReplyDeletesemoga dipermudahkn dan impian utk ke MRsM tercapai. aaminn
ReplyDeletebetul serah pd Allah, Dia yg menentukan kita hanya berusaha
all the best pia...mrsm TGS ni tmpt cousin tisya tgh study skarang
ReplyDeleteAll the best Pia...
ReplyDeleteAlhamdulillah selesai... caiyokk Pia!
ReplyDeletesbg manusia kita mmg selalu overthinking... lps tu mula laa rasa menyesal tak sudah...
ReplyDeleteinsya allah mudah mudahan ada rezeki utk Pia berjaya. aminnn
Good try Pia.
ReplyDeleteIn syaa Allah, usaha tidak akan mengkhianati hasil.
tak lama lag keptusan ke MRSM akan diumumkan dan keputusan SBP sudah keluar
ReplyDelete