Saturday, September 30, 2023

Dapur Tak Berasap

Alkisahnya cuti Maulidur Rasul air tak ada..Setiap kali cuti sama ada Sabtu Ahad atau cuti umum kawasan rumah saya ni tak ada air,kadang fed up juga..bertiga je tak apa la buatnya hari cuti ada tetamu sampai memang gelabah nak mengangkut air.Ntah mana puncanya kerap sangat tak ada air.

Bila tak ada air dapur memang tak berasap.Kalau nak suruh masak juga waled kena la angkut air,agaknya waled pun malas nak angkut air tu yang dia awal pagi lagi dah bagitau hari ni kita makan dekat luar je.

Sarapan pagi keluar makan nasi kerabu KEMIRA,Kuantan ni soho la dengan nasi kerabu Kemira,dah banyak cawangan sekitar Kuantan.Tengahari tu saya teringin nak makan Dolly Dimsum maklum la Kuantan baru ada,orang KL dah biasa hehe..Sampai di ECM masyaAllah ramainya manusia,padahal cuti 1hari je kenapa keluar juga duduk la rumah rehat-rehat.Hahaha mengata orang kita pun sama sibuk keluar makan.Pusing mencari parking tapi tak jumpa-jumpa.Waled minta kami berdua turun dulu,sampai restoran pun tak boleh masuk semua meja penuh.Belum ada rezeki nak makan Dolly Dimsum.

Bila dah rancangan awal tak dapat mula la dah tak tau nak makan apa,Pia cakap dia nak makan ketam.Okay..jom la kita ke Tanjung Lumpur aje lah tempat biasa makan Ana Ikan Bakar.Waktu siang orang belum ramai.Memang betul order tak sampai 1/2jam dah sampai semua makanan.

Semuanya pilihan Pia

Sotong celup tepung,perut tengah lapar semuanya sedap.

Ketam telur masin,kerang rebus,sup sayur.

Makan la Nak...malam nanti tak makan dah,umi kalau dah dari awal tak masuk dapur memang bawa ke malam malasnya..kalau lapar tengah malam pandai-pandai la sendiri cari apa yang ada boleh makan.

Dalam kereta duk borak dengan waled,kita ni pergi makan situ sini asbab Pia je yang ajak.Pia duduk asrama nanti agaknya kita ni makan apa yang ada je lah kan dekat rumah,nak makan sedap-sedap nanti teringat dekat anak pula,kena tunggu anak balik baru boleh makan sedap.

Tak sampai malam pun,petang Pia dah cakap teringin nak makan sagu gula melaka.Sejak dah pandai makan dessert ni asyik minta umi buatkan.Alang-alang tu ajar la Pia buat sendiri bukan susah pun kan.

Begitu lah,banyak pula ceritanya.Mungkin anak akan ingat segala yang dia pelajari,mungkin juga akan jadi kenangan buat si anak.Hanya yang manis dan yang indah semoga selalu manis,semanis sagu gula melaka.




31 comments:

  1. Susahlah kalau tak ada air. Orang kata lebih baik tak ada api / letrik daripada tak ada air. Sabar sajalah ye...mudah-mudahan masalah terputus bekalan air dapat di atasi segera.
    Seronoknya Pia dapat makan ketam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah masuk 9tahun kak kalau hari cuti tengah malam baru ada air...

      Delete
  2. susah kalau air takda, nak cuci tangan pun susah. kalau LM pun tak masak juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul nak cuci tangan sikit pun kena masuk toilet..memang renyah

      Delete
  3. sblm ni bla komplen apa jawapan pihak syarikat air? afzan ddk rumah landed kan? kalau flat sy percaya jg bla jd mcm ni, sbb tangki air habis (dah mcm kt asrama pula)

    jgn nnt pia ddk hostel, umi ngan waled jd pelanggan tetap Grab dgn FP🤭😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. tekanan air rendah anies...tambah pula semakin banyak perumahan baru naik...
      tu lah pasal agaknya Grab dgn FP pula la jadi anak angkat haha

      Delete
  4. Memang x jadi keja la kalau x de air. Serba x kena kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye MA nak masuk dapur pun malas...nak kena angkut air tangki dari toilet bawa ke dapur buat basuh tangan

      Delete
  5. Semoga masalah air dapat solution yang terbaik.
    Kawasan rumah kami asal lewat petang atau awal pagi tekanan air rendah. Ramai sangat penduduk sini gamaknya.
    Rezeki Pia dapat makan ketam eh... lepas ni masuk asrama, umi waled nak suap makanan pun teringat Pia.
    Good luck Pia ujian PKSK, tak lama dah ni!

    ReplyDelete
  6. Sotong celup tepung tu menggoda betul la. Kalau kat KL ni selalu jumpa sotong goreng tepung, tepungnya tebal sungguh sampai takde rasa sotongnya huhu. Bila la dapat pergi Kuantan ni repeat makan kat Ana Ikan Bakar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh jemput datang Kuantan Carneyz...nak datang nanti roger2 ye

      Delete
  7. Kuantan memang jem kalau public holiday & weekend kan. Sedap nya nampak sotong tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tenang-tenang jalan Kuantan ni kena keluar awal pagi kan kak...

      Delete
  8. Adudu, potong mood betul kalau air takde... nak-nak hari cuti :(
    Cipta memori bebanyak kan Mama Pia... PH pun dok hitung hari dah Angah nak masuk asrama 😅 (mudah-mudahan ada rezeki Angah & Pia ke sekolah impian aamin 🤲)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waled cakap saya kuat drama anak tak masuk asrama lagi dah macam-macam..dia tak tahu hati ibu ni macam mana kan PH...sama2 kita doakan Angah dan Pia berjaya mendapat tempat sekolah impian mereka

      Delete
  9. Dengarnya Lembah Klang ni akan ada gangguan air 10.10 ni..Semoga tak jadi la gangguan air tu🤲
    Wah...Pia dah pandai masak sagu gula melaka..cantik jernih biji sagunya..LULUS 💯 %👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena simpan juga air tu kak kot ada kecemasan tapi gangguan air hari bekerja ok lagi kak,kita seharian tak ada kat umah..

      Delete
  10. Bagus la Pia nak belajar buat sendiri... Anak2 lain maleh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuih yang dia suka je uncle dia rajin...kalau masak lauk langsung dia tak nak sebab kena kupas bawang

      Delete
  11. Tak berani nak order ketam2 ni kalau kat kedai. Mungkin kat Kuantan masih ok kut harganya. Besar juga nampaknya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seram sejuk juga ni time bayar...anak punya pasal terpaksa pejam mata

      Delete
  12. teruknya kak kenapa asik takde air bila cuti je tu? memang payahla nak buat jadual harian kita bila takde air tu. Tapi kan nampak sedap sungguh sotong celup tepung tu la kak

    ReplyDelete
  13. Kawan akak menetap di Kuantan, pun dok bising pasal kerap tak ada air. Dia siap duduk hotel sebab senang satu family nak mandi pergi sekolah/kerja 😄

    ReplyDelete
  14. sedap menu ketam & sotong tu....dessert tu pun fav

    ReplyDelete
  15. Dalam tak berasap tu, terjadi juga sagu gula melaka ye, Afzan. Sedapnya!
    Memang susah kalau takde air. Kalau akak, dapat notis takde air, nak pergi lari pun malas, nanti nak mandi camana. Hehe... Ye la, bila anak-anak duduk jauh, time kita makan sedap je, mesti teringat kat anak. Apala yang anak makan di asrama ni, udah makan ke belum, etc. :D

    ReplyDelete
  16. sesekali makan sedap kat luar best gakk

    ReplyDelete
  17. wah bestnya.. apa salahnya sesekali gantung kuali kan.

    ReplyDelete
  18. Saya beberapa kali dengar kalo sebagian wilayah di Malaysia sedang sulit air, dan mati. Duuuh pasti menyusahkan banget untuk semua ya kak, karena air pasti kita butuhkan sehari2 😔. Semoga masalah air ini bisa cepat ditemukan solusi yaa.

    Kalo dah begitu, sayapun pasti memilih makan di luar juga 😄. Biar tak repot masak dan tak susah cuci piring kan.

    Nampak sedaap semua menu seafood yg dipesan

    ReplyDelete
  19. Kat Raub tu pun kerap sangat gangguan air. sungai keliling melingko lingko, tapi rakyatnya air dicatu catu. tak paham sungguh

    ReplyDelete
  20. masa ammi pregnantkan Ozil memang hari2 mengidam sagu gula melaka ni. Dan asal pegi je kedai semua ada dalam menu tp haritu takde. Dan akhirnya ke Melaka baru dapat.

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..