Dekat saja dengan rumah saya lebih kurang 15 minit,orang Kuantan panggil air terjun Panching,tapi nama komersialnya Air Terjun Sungai Pandan.Pergi hari Ahad hari terakhir cuti sekolah hujung bulan 8 haritu.Kitaorang gerak dari rumah 8.30pagi,kononya kami la paling awal.Sampai sana 8.45pagi rupanya dah bersusun kereta tunggu pintu pagar dibuka.Ingatkan dah hari akhir cuti tak ada orang.Pintu pagar dibuka pada pukul 9 pagi.Kena tunggu sekejap dalam 15minit melepak dalam kereta.
Dekat sini ada tempat camping Jiwacamp-Sungai Pandan.Tengok pada kawan-kawan share gambar Jiwacamp ni meriah lepas waktu malam dengan campers dari dekat dan jauh.Ada yang sukakan wild camping boleh bersantai di campsite sebelah air terjun.Sebabnya lepas pukul 6petang semua yang datang berkelah akan disuruh beredar jadi hanya tinggal campers.Air terjun dan sungai akan jadi dia yang punya.
Saya tak mandi pun cuma celup-celup kaki je...Ntah la kenapa ada rasa takooot sangat.Pelik sungguh perangai.Dari jauh tengok gelagat bapa dan anak sambil kunyah salad.
Sebelum balik waled paksa ambil gambar.Tunggu Pia bilas badan salin baju dekat tandas punya la lama,bila tanya kenapa lama sangat dia cakap air toilet ni bestla umi sejuk sangat...agaknya dia belum puas main air tadi tapi dah kena ajak balik...
Nanti la kita datang lagi tapi tak tau bila walau dekat dengan rumah rasanya boleh bilang berapa kali je datang sini.
Ni dah nak balik tengok ramainya orang berkelah dalam sungai.Siap pasang khemah dalam sungai.Air sungai dah makin kering,awal bulan 8 haritu ada kawasan sungai Pahang di Maran pun kering kontang.
Boleh datang balik pada hari biasa.
ReplyDeleteHaah macam kejap pula berkelah.
hari biasa keluar pagi balik senja tak dapat juga nak pergi
DeletePadang khemah dalam sungai tu acaner cite nya??? Tak basah ke???
ReplyDelete-kret-
Air sungai dah kering kakRet..dah boleh berkelah dalam sungai bukan lagi tepi sungai
ReplyDeletecantiknya air terjun...sejukkk..
ReplyDeleteLama sgt x gi picnic kat air terjun
Pernah sampai sini suatu masa dulu. Excited tengok air terjunnya cantik. Tapi tak masuk dalam air sebab tak prepare apa, saja jalan-jalan Kuantan singgah sana sini.
ReplyDeleteMenarik jugak kalau dapat camping sini, awal pagi boleh main air dengan tenang sebelum gate bukak pukul 9.
meh la datang lagi kak...insyaAllah sekarang dah bertambah cantik&bersih tempatnya sebab dah ada orang jaga
DeleteApa peminat susu dutch lady di situ....
ReplyDelete*Ada
Deleteaah uncle ada baby besharrr tu...dari kecil smp ke besor tak boleh tinggal susu
Deletemasa kanak2 suka la mandi sungai. Bila dah tua ni cuma temankan anak2 pi main n mandi sungai je...
ReplyDeleteye la kan abam kie...sy ni plk lagi la dah makin tua makin takut air
Deletesyoknyaaaaa berkelah... musim.panas2 ni dpt berendam dlm air fuhhhh mmg heaven. dpt plak mcm sedap2 mcm umi pia masak ni😀
ReplyDeletepergi awal pagi sejuk nak berendam anies...nak pergi tengahari tak sanggup ramai orang
Deletebetter g awal. dah tgh hari nnt parking pun payah kan nk dpt...
Deleteapa nak buat nama pun air terjun. kalau rasa panas, tu telaga air panas...dia x terjun dah.... hehehe... tp best best! berendam smpi kecut2 sy suka tu ;-)
Masya Allah cantiknya air terjun tu bertingkat macam lukisan la..Tak pernah tau ada tempat ni( kalau tau pun maca la boleh pi🤭)..Tapi serius menatik sangat walau hanya tengok gambar
ReplyDeleteair terjun tak berapa nak terjun dah kak...air makin kering gayanya..
DeleteLama tak piknik tepi sungai...best!
ReplyDeleteSy lagi suka mandi sungai dari laut hehe... tp dah dewasa ni malas, sebab malas nak tukar baju. Fobia takut bilik air kotor 🤭
aah kan salah satu sebab malas nak masuk toilet awam...tapi dekat sini setakat ada yang jaga ni dah elok bersih tandasnya tu yang Pia lama sambung mandi air bukit dalam toilet
DeleteCantiknya air terjun.
ReplyDeleteBekalan makanan pun sedap-sedap semua!
masak huduh-huduh je kak amie
DeleteCantik la air terjunnya macam lukisan...
ReplyDelete( tadi dah komen panjang..tak keluar pulak)🤭
komen pi lari masuk spam kak....
DeleteAir terjunnya berundak-undak 😍😍😍. Cantiiiik sangat.
ReplyDeleteKita sama kak, saya tak terlalu suka wisata air sebenarnya. Kolam, danau, laut, suka lihat, tapi saya tak terlalu nak masuk ke dalam. Paling hanya dari pinggir.
Ntah kenapa kalo air, selalu merasa itu dalam, takut tenggelam saja. Saya lebih suka ketinggian. bungee jumping, ok. Rollercoaster saya suka. Tapi kalo dah diving, berenang, tak lah 😅🤣. Takuuut .
akak ingat akak sorang je yang perangai pelik...rupanya ada geng ye dengan Fanny...hehehe
Deletewaahhhh berkelah di air terjun! ehhh kalau saya mmg feveret sandwich sardin & buat pedas sikit hehehe
ReplyDeletepssstt~ saya pun jenis takut sungai & air laut & air kolam yg dlm
lebih paras dada sbb dulu pernah lemas..
mcm fobia dgn air dalam :(
Ana pun sama ye..akak ni kadang tengok orang mandi laut ke sungai ke pun berdebar je hati
DeleteWahhh.. berkelah dalam sungai??? Lama kita tak pergi berkelah di air terjun yg betul² punya terjun sbbnya malas nak mandi kat bilik airnya yg tentu ramai org.
ReplyDeleteaah kak air dah makin kering..sungai pun dah tak berapa ada air...sebab tu saya suka pergi pagi2 kak sebelum orang lain sampai
DeleteSubhanallah... cantik sangat air terjun tu. Macam dalam gambar. Sekejap sangat lah umi, Pia mana puas mandi kalau camtu.
ReplyDeletehahaha sian Pia...umi nya nak cepat balik aje
DeleteSeronoknyaaa. Dah lama tak pi berkelah kat air terjun. Boleh usulkan pada abah ahnaffea ni..hihihi
ReplyDeleteMeh la abg ahnaff..sofea..kita pi berkelah air terjun
Deletelawa rupanya..patut la zaman belajar ket uitm jengka dulu kawan kawan rajin ke sana
ReplyDeleteooo LM dulu uitm jengka ye..kalau dulu tak banyak kemudahan lagi masih tebal hutan belantara,bila masuk sini rasa tenang je walau ramai orang
DeleteMASYALLAHHH.. cantiknya air terjun. akak kurang suka air terjun. takut. hehehe
ReplyDeleteAfzan sama ngan akak, dulu berani..sejak macam2 kes kepala air ni..memang dah x pernah mandi air terjun..nauzubillah..risau jadi kat kita, cuaca sekarang x menentu kan..kadang time cerah tu la tiba2 benda nak jadi...mintak dijauhkan
ReplyDeleteNampak best tempat ni. Boleh la riki2 utk next camping trip hehe
ReplyDeleteLama tak ke air terjun..Apatah lagi berkelah ke air terjun, asyik ke tepi pantai aje.. Syok bila pergi time tak ramai orang...Boleh santai santai makan sampai habis..sambung mandi Dan makan lagi Kalau lama lama tu... Next lah pergi lagi...Saya Masih lagi makan sandwich time berkelah..ikut jugak menu kawan kawan..kadang sorang buat sandwich, kadang lain.. Hehe..
ReplyDeleteCantik air terjun dia, bertingket-tingket.. seronok berkelah. Akak pun lama tak pi berkelah, last sekali masa anak-anak sekolah rendah. Kalau depa tak makan sardin, boleh buat sandwich telur rebus. Tudia, sampai boleh buat khemah dalam sungai, air kering ye.
ReplyDelete