Hari Khamis 7hb September 2023 genap umur anak tunggal kami 12 tahun.Tarikh hari lahir haritu Pia tak ada dirumah pergi perkhemahan sekolah 3hari 2malam dari hari Selasa.Waled pula menghadiri kursus di IPN Sabak Bernam dari hari Isnin.Maka senyap sunyi la saya selama seminggu cuma yang ada anak bulus 2 ekor.Amber kemain lagi lena tidur waled tak ada dapat la dia tidur atas katil.
Sejak dah besar ni Pia dah tak teruja nak tunggu tarikh birthday,kalau kecil dulu dari awal tahun duk menghitung hari tengok kalendar.Birthday tahun ni bila tanya nak sambut dekat mana,nak hadiah apa,katanya Pia tak nak apa-apa.
Rasa sekejap sangat tempoh masa besarkan Pia.Terasa pendeknya waktu bersama dengan dia.Lepas ni mungkin ada rezeki Pia akan ke asrama,jadi cuma 12 tahun Pia tinggal bersama Umi Waled.Mungkin selepas ini rumah hanyalah tempat Pia bercuti.
12 tahun sangat la cepat masa berlalu.Rasa macam Pia masih baby.Umi waled sedaya upaya cuba bina memori indah dengan Pia.Umi waled akan hargai masa bersama selagi berbaki.
Dan hopefully dengan usaha keras umiwaled sepanjang 12 tahun ni,bila Pia dah masuk alam remaja umiwaled akan tetap relevan di hati Pia&masih sudi rujuk pada umiwaled dalam apa jua hal.
Lumrah yang umiwaled sedang lupa walau anak sendiri,umiwaled lupa Pia juga akan tinggalkan kami suatu hari nanti.
Sama macam umiwaled dulu pun kejap sangat dapat tinggal dengan atok dan nenek.Umur 13 masuk asrama.Habis form 5 masuk U pula.Dah mula ada kehidupan sendiri.
Masa kita bersama cuma 12 tahun,lepas tu akan mula perlahan-lahan melepaskan tali pergantungan kepada makayah dan cuba teroka kehidupan dengan cara sendiri.
Sekarang pun Pia dah mula mencatur kehidupan secara mandiri.Dah tak nangis bila kena tinggal malah ada masa dah tak nak ikut umiwaled keluar berjalan.
Sampai satu masa semua ini akan jadi kenangan.Masa tidak akan kembali.
Umi waled akan sentiasa rindu celoteh dan gelagat Pia.
Umiwaled akan sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain untuk luangkan masa bersama Pia walau sesibuk mana pun kami.Biar memori kita bersama akan Pia kenang sampai dewasa.
Semoga sempat untuk umiwaled gunakan waktu yang ada sebaiknya.
Tapi walau macam mana besar pun kasih sayang umiwaled pada Pia,Pia adalah milik Allah.Pia tetap tertakluk pada perancangan Allah.
Selamat hari lahir anakku Puteri Nursaffiyyah Binti Abd Jabar yang ke-12 tahun.Doa umiwaled akan sentiasa mengiringi setiap langkahmu untuk menempuh alam kehidupan agar sentiasa berkah&memperolehi kejayaan dunia akhirat.
hepi besaday Pia.. wah kejap je kan dah 12 tahun.. lepas ni dah masuk alam remaja :)
ReplyDeleteTQ Kak...kejap je kan..rasa macam tak boleh terima kenyataan dia dah remaja
DeleteSemoga makbul doa seorang ibu.
ReplyDeleteSelamat hari lahir, Pia.
TQ bonda...macam2 rasa mak anak sorang ni kan kak...
Deletehappy birthday pia
ReplyDeleteThanks LM...;)
DeleteSemoga Pia membesar menjadi anak yang cemerlang dunia akhirat dan sentiasa ada untuk umiwaled
ReplyDeletethanks ammi doakan Pia...
DeleteHappy birthday Pia❤️
ReplyDeleteSemoga Allah memakbulkan doa umi dan waled untuk Pia .
Juga semoga Pia dalam limpahan kasih sayang Allah..
Masyaa Allah..
Saya salfok melihat umi dan waled Pia yang todak berubah wajah dan fizikal sekarang dan 12 tahun yang lalu.Tetap muda belia..
Terima kasih makngah doakan Pia...
Deleteremaja la sangat umiwaled ni kak..sepanjang 12tahun kejap kembang kejap kuncup hahaha
Selamat hari lahir Pia 🎈🥳 Semoga Pia jadi anak yang berjaya dunia & akhirat dan selalu membanggakan umi & waled ❤️
ReplyDeleteAamiin...thanks Carneyz doakan Pia..moga anak2 kita semua sentiasa dalam kasihsayang Allah
DeleteSeronok bila tgk anak membesar depan mata.. gembira, sedih, terharu mcm2 lagi perasaan kan? :D
ReplyDeletetambah pula anak sorang ni lagi la macam2 perasaan ada hehe
DeleteSelamat Hari Lahir Pia.
ReplyDeleteSemoga sentiasa sihat, diberkati umurnya dan menjadi kebanggaan umiwaled.
terima kasih ibu doakan Pia...moga wafi yang jauh dimata pun sentiasa sihat,berjaya dunia akhirat
DeleteSanah Helwah Pia sayang 💝
ReplyDeleteSedapnya nama betul Pia...
Mudah-mudahan pia sentiasa dalam lindungan-Nya, tercapai segala hajat dan cita2 serta sentiasa menjadi penyejuk mata umiwaled 🤲
aamiin...terima kasih PH doakan Pia..moga anak2 kita semua sentiasa menjadi penyejuk mata
DeleteSebijik kek Dania yang unicorn tu. Selamat Hari Lahir Pia!. Moga menjadi anak yang solehah....aamiin.
ReplyDeleteTerima kasih kak..kek unicorn tu masa umur Pia 6thn,memang dari awal tahun dia duk berzikir nak kek unicorn...
DeleteHappy Birthday Pia 💐
ReplyDeleteMoga beroleh kejayaan dunia akhirat.
7 September, sama tarikh ulang tahun perkahwinan akak 😊
Terasa sebak pulak akak baca coretan Afzan ni.
happy anniversary untuk akak..moga yg baik2 semuanya sentiasa mengiringi akak&husband
DeleteTerima kasih Afzan. Aamin 😊
Deletewahh dh 12 tahun cepat je masa berlalu kannn., kjp lg mak nk dpt cucu., hehe aminn
ReplyDeleteawalnya wak hehehe jauh lagi perjalanannya ni wak
Deletehappy belated birthday Puteri Nursaffiyyah....smoga jd anak yg solehah , berjaya dunia akhirat
ReplyDeletesatu umur ngn Aiyan kak, tp nampak sgt cik Pia ni matang orangnya. Selamat Hari lahir cik Pia, semoga sentiasa dlm lindungan yang Maha Esa
ReplyDeleteHappy belated birthday Piaaa 😘.
ReplyDeleteMoga makbul semua doa ummi tu.
Moga panjang umur, murah rezeki selalu dan sentiasa dibawah lindungan Allah S.W.T.
Moga jadi anak yang membanggakan ummi dan waled.
wahhhh dah 12 tahun. happy bday Pia! moga jadi anak solehah & berjaya dlm apa juga bidang yg diceburi.. aminnnnn
ReplyDeletehappy belated birthday pia. kami meng amin kan doa umi waled utk pia. semoga membesar dan mengharungi hari-hari kedewasaan dengan penuh ketakwaan dan gembira.
ReplyDeleteaminnnn
Happy birthday Pia..semoga jadi anak yg solehah...berjaya di dunia &akhirat... aamiin
ReplyDeleteHappy belated birthday Pia.
ReplyDeleteMoga Pia sentiasa sihat, jadi anak solehah.
Cepat sungguh masa berlalu. Banyak kenangan manis yang boleh diimbau semula.
Happy birthday Pia... 🎉🎉. Semoga doa ibu ayah selalu menyertai kehidupan pia. Dilimpahi rezeki, perlindungan dan kesehatan selalu ❤️
ReplyDeleteSelamat hari lahir Pia...happy belated birthday, jadi kebanggan Umi dan Waled ok?aunty doakan Pia maju jaya dalam peljaran dan segala lapangan yang Pia ceburi..
ReplyDeleteSekejap je anak membesar, kan. Nanti Pia masuk asrama, lagilah terasa. Sayu pulak akak baca tulisan Afzan.
ReplyDelete