Dah setahun setengah Pia di asrama,masih mencari rentak dalam berkawan.Belum ada kawan baik,belum ada kawan rapat.Berkawan dengan semua orang katanya,tapi tak rapat.
Bila tanya pergi makan dengan siapa hari ni,macam biasa katanya sorang..kalau dekat dewan selera tu ada kawan yang kenal pergi je duduk sama-sama.Tapi siapa siap dulu pergi je tak perlu tunggu kawan siap makan.Bila tanya pergi surau dengan siapa,macam biasa katanya sorang,tak perlu tunggu kawan nanti lambat.Katanya ummi jangan risau dekat sini memang macam tu tak perlu ada kawan rapat,tak perlu ada kawan baik,bila ada kawan nanti jadi lambat nak kena tunggu-tunggu,nak buat itu ini kena ajak kawan,susah la katanya lagi.Ummi ni risau anak kesunyian bila tak ada kawan.
Sekarang tengah exam Sem 3, ada lagi 7 subject nak habis..anak yang nak exam ummi yang susah hati sampai demam ni haa dah 2hari demam.Anak nak SPM nanti macam mana la agaknya.
Alhamdulillah Pia tak ada masalah belajar walaupun tak ada kawan.Dalam kelas pun dia tak ada kawan baik.Dia lebih suka belajar sendiri katanya.
Sem 1 keputusan PNG 3.69, Sem 2 haritu 3.79, harap-harap Sem 3 ni masih kekal dengan Anugerah Penghormatan Pengetua.
Nampak gaya tu dia lebih selesa begitu. Senang juga begitu, tak perlu tunggu-tunggu. Alhamdulillah Pia dah pandai berdikari tak nangis² homesick dah. Semakin matang. Bagus Pia. Banyak dia belajar tu. Ummi jangan risau dah. Sampai demam-demam tu. Take care ummi. Tahniah Pia, semoga terus cemerlang.
ReplyDeleteAlhamdullilah, Tahniah diatas kejayaan Pia, Pia pandai menyesuaikan diri. Yang penting bijak mengatur masa dan rentak kehidupan dekat asrama. All the best for your exam.
ReplyDeleteTak merasa lagi anak duk asrama. Dapat offer SBPI dia taknak pulak. Nak try form 4 pulak nanti. Sekarang baru form1. Ok la tu Pia sendiri lagi senang takde nak jaga hati kawan. Kalau kawan rapat nanti terasa hati dah sentap2.
ReplyDeleteTakpe...Pia selesa macammtu..esok2 dia ada la kawan baik tu..bagus jugak macammtu sebab x perlu naknsuaah payah cuma tu la ..nanti introvert suaah nak bergaul bila dh kat luar....nampaknya Pia dh mula biasakan diri dan dah x homesick dh...syabas Pia...
ReplyDeleteWowww.. good job Pia.. tahniah-tahniah, bagus sangat resultnya tu. Semoga terus sukses.
ReplyDeleteAlhamdulillah dah kurang homesick ya, makin matang sekarang dan boleh berdikari. Sesekali moody taknak balik tu biasa 😅
alolo... tunggu weekend baru ummi masak macam-macam ya.
Masuk asrama memang akan jadi pandai automatik hihi.. basuh baju.. berjimat cermat.. pandai uruskan diri.. tak apa tak ada kawan rapat atau kawan baik lagi.. buat hal sendiri pun okay janji misi tercapai..
ReplyDeleteBetullah cakap Pia tu, kalau tunggu kawan jadi lambat. Kecuali kalau kawan tu jenis tangkas dan cergas jugak, kalau yg lembab² bersiap tu jadi menyampah. Pia ni berani dan berdikari budaknya, umiwaled tak perlu risau dah, campak mana pun boleh hidup tu.
ReplyDeleteTentunya ada perasaan bahagia melihat anak yang manja sekarang sudah bisa berdikari, Mbak.
ReplyDeleteSelamat belajar terus untuk Pia, semoga segalanya dipermudah dan sukses selalu.
Salam,
Wahh pandai berdikari sendiri
ReplyDeleteMoga sentiasa dalam rahmat Allah ya Pia.
kadang2 anak2 ni tak cerita je pasal kawan yg dia rapat.... rahsia
ReplyDeleteKalau Dania pun susah juga nak ada kawan yang dia baik sebab dia pendiam. Nampaknya sekarang dah ada...alhamdulilah.....Slowly... moga Pia berjaya dalam pelajaran ya. Mungkin tak jumpa lagi kawan yang dia boleh ngam tu. Kalau dah jumpa memang selalunya akan stick je dengan kawan yang itu. Insya allah aunty doakan ya Pia.
ReplyDeleteAlhamdulillah she's doing well...slowly but surely. Yg penting bab pelajaran tu score. Tahniah Pia 👍🏻👍🏻👍🏻
ReplyDeleteAngah bab akademik masih sederhana tapi hafazan dia laju.
Nampaknya bukan Pia je tunggu weekend, Waled pun sama... dapat makan masakan Ummi haha
alhamdulillah...tahniah pia! terbaikkkkk!!!
ReplyDeletebyk dah ni perubahan positif pia... kami yg baca ni tumpang gembira...
credit utk warden dan cikgu2 yg mengasuh, mengajar dan mendidik pia dan kawan2 yg lain...
Kalau anak di asarama part berkawan yg plaing kita risaukan? anak buah sy pun mcm tu, dah ler jenis x pemulut, risau dia sorang²
ReplyDeleteBaca pasal Pia ni teringat kisah sendiri masa first time duduk asrama (masa masuk ITM)..sebijik..cuma saya tak boleh nak survive..home sick teruk sangat sampaikan next sem nya saya sanggup ulang alik dari rumah ke U...
ReplyDeleteSemoga yang baik-baik sahaja untuk Pia..Aamiin...
Survival skills Pia bagus sangat tu...good job Pia!
Baca pasal Pia ni teringat kisah sendiri masa first time duduk asrama (masa masuk ITM)..sebijik..cuma saya tak boleh nak survive..home sick teruk sangat sampaikan next sem nya saya sanggup ulang alik dari rumah ke U...
DeleteSemoga yang baik-baik sahaja untuk Pia..Aamiin...
Survival skills Pia bagus sangat tu...good job Pia!
Alhamdulillah Pia makin selesa di asrama, basuh kain sendiri dll. Moga terus cemerlang ya Pia.
ReplyDeleteSeronok baca kisah Pia yang sudah berdikari dan semakin pandai jaga diri. Betul juga dia cakap, kalau ada kawan, nak kena tunggu kawan la, jadi lambat. Tahniah, atas keputusan cemerlang Pia sudah 2 sem, semoga terang hati dan dipermudahkan urusan jawap periksa yang berlangsung.
ReplyDelete