Wednesday, October 16, 2024

WORDLESS WEDNESDAY~LAUK TENGAH BULAN

Sebenarnya tak kira tengah bulan ke hujung bulan ke awal bulan pun tetap sedap.Lagi-lagi tengah lapar.

Nikmat.

Tak payah tunggu tengah bulan hujung bulan lauk macam ni yang buat selera bertambah.

Tuesday, October 15, 2024

POKOK DUKU

 Kami tak ada dusun cuma beberapa batang pokok semua keliling rumah je,sekarang pokok-pokok ni dah tua tapi masih ada yang sudi menabur bakti.Banyak juga yang dah ditebang diganti dengan bilik tidur.Istimewanya pokok keliling rumah ni boleh buat redup.Alhamdulillah tahun ni semua pokok berbuah lebat.Dapat la serba sikit sebanyak hasilnya.Sempat adikberadik yang duduk jauh,sedaramara,jiran-jiran merasa,kebetulan cuti sekolah bulan September masih lagi musim buah.

Pokok durian ada sebatang yang arwah abah waled tanam tapi dah tak berbuah mungkin dah 'menopause'

Adat orang tua,memanjat pokok duku mestilah pakai kain sarung sebagai selempang.Kalau tak pakai kain sarung tak guna memanjat katanya.Zaman kanak-kanak dulu bila dengar orang tua cakap ni terpinga-pinga tak tahu hujung pangkal.

Bila diri sendiri dah jadi orang tua baru faham sebenarnya kain sarung ni untuk letak buah duku yang dipetik dari tangkainya.Sampai sekarang waled masih praktikkan kaedah yang sama kononnya nak tunjuk pada anakdara dia sebagai generasi baru keunikkan memetik buah duku.
Tapi anak zaman sekarang,dia buat tak endah sahaja tambah pula dia jenis yang tak suka buah.



serba sikit nak hantar bagi jiran-jiran

mak mentua,setiap kali tiba musim buah,dia akan bercerita ada pokok-pokok yang arwah abah tanam ni tak sempat abah nak merasa.Abah meninggal kemalangan jalan raya semasa nak ke masjid waktu asar dalam bulan ramadhan.
Imam Nawawi menjelaskan: terdapat keutamaan menanam pohon dan tanaman, bahawa pahala pelakunya akan terus mengalir selama mana pohon dan tanaman itu masih ada, serta sesuatu (benih) yang keluar daripadanya sehingga hari kiamat.

Moga ada pahala yang sentiasa mengalir untuk Abah.