Tuesday, August 20, 2024

HANTU DURIAN

Dah nak hampir penghujung musim agaknya kan dah nak masuk September ni.Kalau dah hantu durian ni memang setiap minggu dia ajak teman cari durian.Saya tak berani nak makan sebab tengah makan ubat lagi,tapi ada juga cuit-cuit buat hilang kempunan.


Orang kata petua nak pilih blackthorn pilih yang tangkai masih baru&hijau,kalau tak jahanam duit.Blackthorn ni kalau dah terlebih masak&lembik hilang lemak manis berkrim dia.



Alhamdulillah tahun ni puas waled makan durian sebab anak dia tak ada dekat rumah.Kalau ada DakPia tak boleh nak makan durian,nanti dia tak bagi kita bercakap busuk bau durian.

Sekarang ni balik dari kerja ajak teman makan durian,baru balik dari outstation sampai je rumah terus ajak keluar cari durian.Hantu durian je faham,penat ke sibuk ke dia akan cari juga durian sampai dapat.

Haritu maktab pia ada buat pesta buah,saya dah risau kot dia pening dan muntah bau durian,sekali tengok cikgu homeroom hantar gambar elok duduk semeja dengan durian.Kalau dekat rumah tu bau durian jiran pun dia dah menangis macam nak pengsan.Cikgu homeroom bagitau Pia sorang je yang tak makan,"Iye cikgu anak saya memang paling aneh dia tak makan semua jenis buah dari baby"



18 comments:

  1. Tak pernah rasa durian Blackthorn ni....harga selalunya mahal.

    ReplyDelete
  2. memang nampak betul rupa hantunya tu hahahha,....

    ReplyDelete
  3. Sementara tengah musim, kita nikmati puas² 😀

    Kami siap simpan frozen-kan. Nanti dah habis musim, masih dapat makan durian. Melampau sungguh kan 😆

    Amboi Pia..depan kawan-kawan elok je dia semeja dengan durian ya 😄

    ReplyDelete
  4. Si bertuah anak dara kak SA durian x makan tapi tempoyak makan...sama la ngan acu dia

    ReplyDelete
  5. Tempat saya belum ada musim durian...kempunan jer tengok orang makan durian

    ReplyDelete
  6. hahah mana-mna durian dah memenuhi ruang blog .. sedap nyaaaa!! nak cari durian lagi la camni

    ReplyDelete
  7. Penuh gambar dia.. mesti happy sesangat hahaha.. aduh bila anak2 tak suka bau durian tu yg tak syok tu hahaha

    ReplyDelete
  8. Durian bermusim kena menikmati nya hehe...
    Puas lah waled makan kali ni ya.
    Pia kena cover-cover tu.. depan ada boys 😆
    Mungkin lepas ni Pia dah boleh terima bau durian, jadi umi waled taklah rasa bersalah nak makan depan dia.

    ReplyDelete
  9. Seronok la Walid Pia dapat beriya2 makan durian sebab anak takde kat rumah hihi. Saya dulu pun hantu durian, tapi sejak kena diabetes ni kena jaga2 control makan durian sbb kandungan gula tinggi kan. Teringin nak merasa durian Blackthorn tu, belum pernah lagi cuba.

    ReplyDelete
  10. Boleh geng dgn waled pia ni, geng hantu durian ahak!
    Okaylah tu Pia dah pandai sesuaikan diri sikit². Wpun tak makan durian, mau juga dia duduk semeja dgn kawan²

    ReplyDelete
  11. Tengok tajuk... Tercari2 gambar hantu....

    Hahaha... sori uncle berseloroh

    ReplyDelete
  12. isi kuning cantik tu akak suka tp mkn dgn pulut la..kalo ratah je tk bole mkn...dlu kecik2 ok je mkn dh besar tktau nape tk bole...dan mmg akn pening juga bila bau durian kuat sgt haha

    ReplyDelete
  13. Anak-anak saya pun tak makan durian. Rugilah tak mahu menikmati raja buah.

    ReplyDelete
  14. hantu durian je faham,penat ke sibuk ke dia akan cari juga durian sampai dapat...
    hahaha
    sama perangai macam arwah ayah saya...
    bila dah dpt dia borong durian mcm tak igt dunia hahaha

    ReplyDelete
  15. takkan kat maktab nak nangis meraung mcm kat rumah...tak rocklah umi. kat rumahlah tempat dia tunjuk segala macam peel yg dia tak boleh tunjuk kat luar

    ReplyDelete
  16. Eh pia tak makan semua jenis buah kak? Saya pikir hanya tak suka durian.

    Blackthorne lah alasan saya selalu balik Penang tiap tahun 🤣🤣🤣. Memang sukaaa. Tak pernah bosan makan itu. Langganan saya di Ah Teik Zai durian, depan hotel Tune. Selalu sukaaa durian yg mereka jual. Krn sedap dan bagus2 isinya

    ReplyDelete
  17. Hantu durian memang akan cari durian sampai dapat dan makan sampai puas hati. Bestnya dapat durian elok-elok. Nak pilih tak pandai. huhu..memang aneh Pia ni semua buah tak makan. Kalau kat sekolah tak bolehlah nak menangis macam kat rumah. Kena control ayu. hihi...

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..