Tuesday, August 13, 2024

DAKPIA MASIH HOMESICK

 Sekarang Pia tengah exam Sem 1, ada lagi 6 subjek nak habis sebelum boleh pulang bermalam pilihan hari Jumaat nanti.Dah nak habis 1 semester tapi tetap lagi homesick.Padahal umiwaled dekat je,time visit hari minggu sentiasa datang,time outing hari Ahad 2 minggu sekali ambil bawa balik rumah.Katanya tak nak keluar jalan-jalan,tak nak pergi makan mana-mana,tak nak beli barang,Pia nak balik rumah!Bermacam-macam alasan dan cerita sedih yang dia luah buat modal nak menangis bila nak hantar balik asrama.


Dia akan call umiwaled 3 kali sehari,pukul 5.30 pagi, 4.30petang, dan 11 malam. Time ni suara dia akan buat suara sedih sayu dengar tak dengar.Macam-macam cerita sakit kaki naik tangga,selsema sebab habuk,kawan tinggi suara,lapar tak sempat makan,mengantuk.Pia jangan risau umiwaled ni kuat semangat,tak kan tersentuh dengan cerita Pia.Biasanya dia banyak mengadu dengan waled.Kalau dengan umi,waktu petang umi akan bagi alasan tengah drive,malam bagi alasan dah mengantuk nak tidur.Tapi kalau dengan waled tengah drive pun sanggup berhenti tepi jalan nak jawab call anak.Bila anak mengadu tak boleh ikut pelajaran yang cikgu ajar cepat sangat dan tak faham,waled luangkan masa ajar semula apa yang Pia tak faham.



Ini baru permulaan masih panjang lagi masa nak habiskan sampai form 5.Saya selalu minta dia sibukkan diri dengan aktiviti maktab,nanti kuranglah homesick Pia.Join la apa saja aktiviti yang boleh buat Pia happy.

Ni Pia bagitau nak join hari usahawan homeroom.Pia nak jual koktail buah, umiwaled sanggup keluarkan modal dan tolong prepared barang asalkan Pia happy.Malam tu umi punya la risau jualan tak habis,risau Pia sedih&menangis lagi tapi Alhamdulillah tak sampai 1jam jualan licin dapat kutipan RM260 masuk tabung homeroom.Dah dengar berita happy,ingatkan dapat tidur lena,pukul 12malam Pia call menangis penat&laparπŸ˜…


Setiap minggu waled akan ambil baju kotor,Pia tak perlu susah-susah nak basuh baju katanya.Walaupun ada perkhidmatan dobi setiap hari Isnin dan Rabu,tak perlu hantar kata waled nanti tertukar atau hilang baju.Bayaran dobi dah bayar untuk setahun tu waled buat tutup mata,guna tak guna tetap kena bayar duit dobi.Hari Ahad pulangkan baju bersih siap bergosok,tak sedar dah masuk 5 bulan itu lah rutin kami setiap minggu.Kadang waled membebel juga,Pia patut bersyukur umiwaled datang setiap minggu,baju tak perlu basuh,tugas Pia cuma belajar.Cuba tengok kawan lain mak ayah jauh,sebulan sekali je dapat jumpa,dalam sibuk dengan aktiviti harian nak kena curi masa basuh baju.Tengah-tengal bebel nampak anak dah meleleh air mata pujuk semula πŸ˜‚


Ini kalau tak ingat juga jasa pengorbanan waled dah besar nanti ni mau umi sesah atas belakang tu

Sebelum hantar balik asrama kena tunaikan dulu apa saja permintaan dia baru muka ada senyum.
Harap umiwaled tak kan putus asa,kuat dan sabar.





16 comments:

  1. Anak ni kita kena bagi sokongan dari belakang. Kalau kuat sokongan tu insya allah la anak tu akan berjaya. Macam2 peel anak2 ni ya....Waled dia ada soft spot tu......

    Moga Pia berjaya di dunia dan akhirat ya.

    ReplyDelete
  2. Pia, Acik Tini pun cenggitu la dulu. Nampak je kental, tapi hari-hari telefon rumah, homesick tapi tak cakap homesick pun kat ibu dan ayah cuma daripada perbuatan je dah boleh tahu kan kan kan. Nak mengaku malu. Hehehehe.

    InsyaAllah, Acik Tini doakan Pia berjaya di dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  3. tahun depan nak calonkan waled anugerah bapa mithali laaπŸ‘πŸ‘

    take time pia. benda ni mmg akan ambil masa. semua org alami homesick. bezanya cara mereka handle.
    kite dok asrama ni kena kental pia. sbb hidup ni mmg kerasπŸ’ͺπŸ’ͺ

    ReplyDelete
  4. rezeki pa umi waled dkt..tiap2 minggu bole dtg jenguk..dpt plak waled rajin dtg amik bj basuh tu......kdg2 bdk ni tktau nk luah kot...smoga pia baik2 aje

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, umi waled bersabar dengan pia... Pia kena terus kuat untuk umi waled... Dekat asrama pun umi waled layan terbaik, memang pia terasa tak nak dok asrama lah...sebab dekat rumah mesti lagi double triple layanan nya...

    ReplyDelete
  6. Time nak hantar balik buat drama tu memang standard umi waled.. layankan je lah dulu.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah dekat, boleh tengok Pia selalu. Insyaa Allah tak lama lagi Pia ok nanti.

    ReplyDelete
  8. Nasib baik dekat..kalau jauh macam mana..aunty SA ni tak rasa pun Dania homesick..kejap aje la homesick dia dalam 2 hari..lepas tu dia ok sampai sekarang..kadang jeles aunty ngan mak- mak orang lain sebab boleh selalu every week jumpa anak..anak dara aunty tu independent sebab dia tak membesar dengan ayah dia..ayah dia x ambil tahu pun pasal dia..sebab tu dia jadi lasak kot...hehehhe

    ReplyDelete
  9. “Pia jangan risau umiwaled ni kuat semangat,tak kan tersentuh dengan cerita Pia” πŸ˜‚

    Bercampur baur emosi baca coretan Afzan ni tau.
    Kesian ada, lucu pun ada, touching pun ada.

    Apa pun, moga Pia segera dapat sesuaikan diri dengan cara hidup asrama.

    ReplyDelete
  10. Kuat semangat Pia! Umiwaled pun sama. Semoga dipermudahkan segala urusan esp bab pia ni.
    Alhamdulillah PH dah lepas fasa Angah homesick ni. Faham sgt perasaan tu. Kdg jadi serabut, dengar bunyi phone pun cuak. Tiap² mlm buat solat hajat utk dia, minta Allah bagi dia serasi duduk asrama, dapat kawan... Alhamdulillah Allah makbulkan DOA kami.
    Insha Allah lama² pia akan okay tu, dia masih perlukan masa πŸ€—

    ReplyDelete
  11. Untungnya Pia....umi dan Waled sporting sungguh.

    ReplyDelete
  12. Besar pengorbanan umi waled Pia. Mujur dekat. Semoga Pia cepat dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di asrama.

    ReplyDelete
  13. Honestly saya suka dengan cara kakak, tak mudah tersentuh, Krn ini memang demi kebaikan si anak kan. Tapi, saya juga salut Krn papa nya Pia sangaaat perhatian dan mau bersusah2 nak ambil dobi etc. Saya rasa balance antara kalian berdua. Memang harus ada yg tegas, dan 1 lagi lembut. Jadi pia pun merasa juga support dari parents dia. πŸ€—. Semoga pia semakin kuat dan tidak homesick lagi yaa

    ReplyDelete
  14. Alamak..girls kan..MA dulu pun sama..memang lama skt la nak adjust tu.. moga cepat2 Pia dpt sesuaikan diri and dpt kawan yg sekepala...
    Bagus tul la..umi n waled... πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  15. Aduhaii Anak.... Macam2 ragam nasib mak nya tak kalah dgn semua yg dibuat.. tapi nampak si ayah kalah dgn kasih syg pd anak hahaha.. Insyallah lama2 okay la tu.. :D

    ReplyDelete
  16. begitulah kawan-kawan khilfi yang ada parents duduk dekat. tiap minggu mak datang kutip baju kotor, pastu ahad hantar yg dah bergosok. Sampai Khilfi pernah cakap "abang menyampah tengok situasi tu". Dia jeles agaknya bila dia tak lalui perkara camtu.

    terpaksalah ammi pujuk, biarlah mereka bahagia cara mereka. abah ammi takde dekat abang physically tapi abang tetap ada dalam hati kitorang.

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..