Saturday, March 30, 2024

NAK BAGI BAJU RAYA FREE

 Ada yang nak tak?saya nak bagi free je.baju ni dah tersimpan 2tahun belum pernah pakai.

Kisahnya tahun 2022 saya diberi mandat oleh waled untuk cari baju raya untuk kami bertiga.Waled bagitau dia nak pakai kurta tak nak baju melayu.Cari punya cari saya berkenan dengan brand AsikinAhmad.Sebelum beli dah hantar gambar bagi waled tengok model yang pakai baju tu.Dia balas OK.

Bila baju sampai kemain lagi kitaorang gelak sampai meleleh airmata bila tengok waled pakai,dah macam pakai baju kurung 😂

Tak sesuai langsung dengan waled..Hahaha kelakar betul dalam masa yang sama rasa kesian sebab saya tersalah pilih.

Saiz M,kain jenis cotton

Nasib la tak kena marah tapi itu lah pertama&terakhir saya dibenarkan beli baju untuk dia.Baju anak pun dia yang akan pilih&belikan.

Kalau ada yang berkenan,email pada saya afzanjabar746@gmail.com alamat&no.phone ye,nanti saya akan poskan.Sayang la baju masih baru harga pun boleh tahan RM1++.00

Raya tahun 2022


29 comments:

  1. Hahahaah terus kena first and last beli baju raya... Dah la nak berayg idok la pakai cenggitu.. corak pun mcm baju kurung..

    ReplyDelete
  2. PH pun kalau bab baju suami, biar dia je beli sendiri... Dulu² pernah belikan tp asyik bukan taste dia je, malas la nak belikan dah 😅

    ReplyDelete
  3. selalu nampak brand asikin ni lalu lalang. cantik2 baju dia. tahun depan boleh la try brand ni pulak.

    ReplyDelete
  4. ekeke.. yg baca ni pun tergelak
    sedondon lah sangat eh😅
    Gamaknya kalau model pakai semua nampak cantik.

    ReplyDelete
  5. Corak tu kalau baju kemeja cantik . Tapi kalau kurta ni macam kurang sesuai

    ReplyDelete
  6. itu yg riso bila bli online...bertabah la waled ye..nasibaik sempat cari baju raya lain

    ReplyDelete
  7. Ah sudah..baju lelaki tapi corak baju kurung..aduhai...

    ReplyDelete
  8. Saya kalau kurta ke baju melayu ke mesti plain. Bercorak2 ni macam tak kena dengan jiwa.

    ReplyDelete
  9. alamak coraknya mcm more to girly hehehe

    ReplyDelete
  10. bukan baju teluk belanga johor ke tuh? lawa je wak tgk 😁😁

    ReplyDelete
  11. Betul tu
    Daripada disimpan, lebih baik dimanfaatkan

    ReplyDelete
  12. Hahahahahahah itulah kak. Saya pun tak nak belikan baju suami. Karena sering tak cocok 🤣🤣🤣. Kecuali modelnya hanya t-shirt biasa okelah.

    Kalo dah baju raya, biarkan dia beli sendiri 😅

    ReplyDelete
  13. hahahah mmg mcm baju kurung dengan leher teluk belangga nya tu lagi... akak la pakai buat pi keje kak hehehehe

    ReplyDelete
  14. kadang-kadang beli online ni yang risau kan hehe :)

    ReplyDelete
  15. hihi.. bunga2 kecik.. cantik kalau sesuai dgn diri tetapi xcantik bila xsesuai.. huhuhuhu.. semoga ada rezeki untuk yg lain terima baju ni..

    ReplyDelete
  16. Kadang tengok baju dalam iklan online memang cantik, bila dapat, kurang sesuai. Tapi memang cantik corak tu, untuk perempuan lah kan.

    ReplyDelete
  17. Akak baru terpikir benda sama hari tu. Kenapa bila model pakai cantik, bila kita pakai, hodoh pula? :D

    ReplyDelete
  18. MaasyaaAllah, cantik bajunya.
    Cantik pula yg memakainya.

    ReplyDelete
  19. Batik dan Hijabnya serasi sekali. Salam kenal dari Indonesia

    ReplyDelete
  20. Aduhaii...tak tahu nak gelak ke nak kesian ni. hihi... Jenis bercorak ni ada juga yang sesuai dengan lelaki. Macam stripes contohnya. Boleh pakai lagi ni, tapi akak lah pakai buat baju kurung kedah.

    ReplyDelete
  21. Raya kali ni akak cadangkan suami beli kurta printed. Asik plain je bosan jugak. Tapi ambik corak garis ke bawah tu jelah dan tak berapa jelas coraknya.

    Setuju dengan cadangan Fiza, Afzan pakai baju tu.

    ReplyDelete
  22. Corak tu kalau gi beach sesuai juga. Baju lelaki kalau macam ni suami pun dia mungkin segan nak pakai....kalau yang berani boleh je.

    ReplyDelete
  23. Siapakah yang bertuah dapat baju free tersebut?
    Baju rare tu...pasti menarik perhatian tetamu raya...hihihi

    ReplyDelete
  24. cantik but tu la.. sbb bercorak kan.
    but sure ada je yg ok pakai tu...

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..