Wednesday, November 29, 2023

WORDLESS WEDNESDAY~GENAP 7 TAHUN

 November 2023 genap 7 tahun umur Amber.Walaupun seekor kucing tapi di rumah ni dia dianggap anak jantan ahli keluarga yang sentiasa minta lebih perhatian dan kasih sayang.

Kasih yang berbahagi terpaksa redho😖 

Pukul 4pagi walau mata masih mengantuk tetap bangun teman umi dekat dapur masak bekal sekolah untuk kakak Pia.

Tak sedar Daisy datang menempel.
Tak boleh bersemuka dengan Daisy asyik nak bercekau.

Teman kakak Pia study.Amber notice tak perlu nak study hard sangat la kakak,tidur peluk buku pun dah cukup😎

Terpaling rajin bab solat,tapi belum angkat takbir dia dah tumbang.

Semoga baik-baik membesar dengan sihat.Duduk baik-baik ayah&anak.Sampai sekarang Amber tak boleh terima Daisy tu anak dia,asyik nak merajuk.
Amber jangan risau,Amber cinta pertama umi(buat umi rasa sayang pada semua kucing.Dulu umi la orang paling takut&geli dengan kucing)
Doakan umi&waled sentiasa diberi rezeki berlipat kali ganda untuk jaga kamu berdua.Dua-dua pun jenis high maintenance ni






Saturday, November 25, 2023

PIA UKKM DI MRSM TGS KUALA LIPIS

 Allah dah susun cantik setiap saat perjalanan kita.Tapi saya sebagai hamba yang sangat lemah imannya ini sentiasa ada rasa takut dan risau.Bila dah berlaku sesuatu perkara yang kita risau tu dengan lancar dan mudah baru lah terdetik rasa bersalah pada Allah kerana risau perkara yang belum terjadi.

Apa yang saya risau tarikh exam UKKM Pia jatuh pada hari waled dia tiada di Malaysia.Tambah risau andai kata tempat exam juga jauh dari Kuantan.Mana tidaknya ramai yang minta zon lain dapat zon lain.Ada yang dari Terengganu dapat exam di Perak.Yang dari Selangor ramai ke Kuala Kangsar dan Lenggong.Bukan main jauh lagi.Saya boleh memandu tetapi belum pernah memandu keluar dari Kuantan.Itu yang buat saya risau dan sangat takut.Padahal bagi orang lain ianya sesuatu yang kecil dan tiada masalah pun.

Tapi perancangan Allah sudah tersusun cantik.Hari yang sama waled touchdown flight di Subang, saya dapat tarikh UKKM Pia pada 15hb di Kuala Lipis.Rasa syukur sangat,tapi kenapa la saya selalu overthinking perkara yang belum berlaku.Hampir-hampir tak benarkan waled ke Lubnan dan minta waled tarik diri dari offer.

Alhamdulillah perjalanan 4 jam kami ke Kuala Lipis smooth,datang awal sehari sambil menikmati scenery.Kebetulan pula waled kurang sihat balik dari Lubnan batuk teruk sampai tak boleh nak tidur malam itu yang sampai je hotel terus terlentang baring.




Star-Well hotel ni rasanya hotel baru di Kuala Lipis,semua perabot masih cantik dan dalam keadaan bersih semuanya.

Pukul 7.30 pagi dah turun hantar Pia ke MRSM,Pia tak nak makan berat risau sakit perut semasa interview.Cuma bawa bekal susu dan roti untuk makan kalau ada masa rehat.
 
Alhamdulillah Pia dah selesai UKKM IGCSE di MRSM Tun Ghazali Shafie Kuala Lipis.
Setelah hampir setengah tahun bertungkus lumus buat ulangkaji dan persediaan,beberapa kali juga Pia mengalirkan airmata sebab terlalu takut dan risau untuk interview.Walaupun saya juga tergolong dalam golongan mak yang cepat gelabah,tapi saya cuba sedaya upaya kuatkan semangat anak.Sebenarnya Pia ada pengalaman pahit semasa interview untuk calon ketua pengawas sekolah,pengalaman tu yang buatkan dia rasa down.

Kita dah cuba sehabis baik.Usaha,Doa dan Tawakal.Semua kita serah pada Allah.Jika sudah tertulis ada rezeki untuk Pia Alhamdulillah.






Thursday, November 09, 2023

WALED KE LUBNAN

 Lama tak menulis,bila hati tak tenang nak menulis pun tak ada mood.Puncanya bila Waled bagitau dia kena ke Lubnan sebagai Delegasi Pengiring semasa pertukaran Malaysian Battalion Malbatt.Tak sangka pula kahwin dengan akauntan pun kena tinggal pergi kawasan berperang juga😂

Kebetulan juga hari yang sama Pia pergi lawatan sekolah ke Legoland JB dan KL.Tinggal saya sendiri tu yang bertambah rasa tak sedap hati dan mula la macam-macam fikiran negative yang datang.

Beg dua beranak tu..DakPia tu kemain happy pertama kali dapat pergi lawatan dengan kawan-kawan.

Dalam masa yang sama ada juga rasa bangga,Waled satu-satunya pegawai kewangan wakil kementerian sebagai delegasi pengiring.

Bila duduk rumah sorang-sorang nak masak pun malas,selera nak makan pun tak ada.Pagi keluar pergi kerja bungkus sarapan berat siap-siap,kadang kenyang sampai ke malam esok pagi pula baru makan.

Waktu Lubnan lambat 6 jam dari Malaysia.Disana pukul 12 tengah malam kita diMalaysia dah 6pagi.Lagipun Waled pergi dengan urusan kerja susahnya nak whatsapps atau video call.Duk ulang-ulang buka facebook Markas kot-kot ternampak gambar laki sendiri,ada juga la 2,3 keping gambar Waled boleh la buat hilang risau.

Bila waled hantar gambar setiap pergerakan keluar kena pakai vest anti peluru,mula la saya kat sini rasa tak tentu arah,dalam hati memang tak putus-putus berdoa untuk keselamatan mereka.Outstation kali ini agak mencabar untuk waled sebab peperangan Israel-Gaza walaupun tempat waled lebih kurang 60km dari sempadan Lubnan-Israel.Pengalaman baru juga untuk waled bila dengar dan dapat rasa gegaran letupan.Allahuakbar ianya satu pengalaman yang mungkin akan dikenang sepanjang hayat waled.Ada masa bila terdengar siren terpaksa berlari masuk ke tempat persembunyian.

Alhamdulillah pukul 5 petang semalam Waled dah selamat tiba di Subang.Pukul 12pagi sampai Kuantan.Lega sangat rasa macam hilang pikul beban.

Bila Waled hulur buah tangan dari Lubnan terus hilang segala masalah serta merta..Hahaha
Dapat perfume yang wangi amat ini..

Hoodie untuk anakdara sorang tu....

Waled cakap ini je yang sempat beli...takpe lah waled,kalau waled tak beli apa-apa pun takpa janji selamat sampai balik.

Yang ni Waled bagitau dapat masa dalam tempat persembunyian,diaorang tak sempat makan malam.

Macam mana la kan kalau jadi isteri tentera,sebab tu la agaknya jodoh saya bukan dengan tentera/polis sebab saya tak kuat nak hadap semua ni.

Rasa bangga dengan isteri dan keluarga anggota tentera,dengan kesabaran dan pengorbanan mereka sanggup melepaskan orang-orang tersayang dan tercinta untuk negara.