Saturday, July 08, 2023

POLIS EVO 3

Ajak anakdara tengok wayang dia tak nak.Bukan nak dia tengok drama melayu.Saya nak tengok sebab dah terlajak tengok polis evo 1&2.Kabarnya dah jadi filem tempatan no.1 untuk tahun ni.

Punya la lama nak tunggu waled ada masa free orang lain dah berkali-kali tengok gamaknya.Sibuk betul waled tak habis-habis kerja auditnya.Kadang balik rumah saya dah tidur besoknya sebelum subuh dah keluar rumah...Haissh nak kena beli husband tracker juga ke eh dengan Ibu Kartika๐Ÿ˜‚(Ada yang layan drama perempuan itu ke?)

Ramai lagi rupanya ingatkan semua orang dah tengok.


Keluar malam minggu merempit naik motor.Lama sangat dah rasa tak naik motor berdua.Saya ada perasaan trauma lagi naik motor ada pengalaman pernah jatuh motor zaman baru-baru kerja dulu.Ni pula naik berdua dengan waled lejen rempit zaman U.Saya yang duduk belakang ni mengucap panjang rasa macam nak gugur jantung.

Nasib baik juga Pia tak nak tengok,saya rasa polis evo 3 tak sesuai la untuk kid.Ada beberapa screen yang 'double meaning',ada carutan dan body shaming bagi saya agak tak suka part ni.
Ada part zulin aziz ketap-ketap bibir tengok body sam pun agak sensitif rasa macam eeeuuw.

Bagi saya filem ni best,nak kata best sangat tu tak la cuma tak mengecewakan.Filem penuh aksi,kira hebat dah tu filem Malaysia ala-ala Fast X ada bom meletup kereta meletup.Berbaloi juga la tengok sambil-sambil support local.


Habis movie laju je ajak waled balik dalam kepala duk fikir anak,tengok anak orang teringat anak sendiri.









21 comments:

  1. Tak berkesempatan lagi nak tengok. Macam tu la Fiza, kalau jalan berdua dengan suami tak bawak anak². Mesti nak cepat² balik.

    ReplyDelete
  2. Hebat jugak ye penangan Polis Evo 3 sampai ramai beratur nak tengok kat wayang. Saya tak minat drama Polis Evo ni sebab tak boleh masuk dengan lawak Zizan Razak.

    ReplyDelete
  3. Sy pula sejak dah beranak pinak ni tak berani dah naik motor dgn suami pun..risau takut jadi apa² nanti kesian anak⁴ haha ...
    Sy tak suka dialog yg dilontarkan dlm scene khai tak berbaju tu. Over ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  4. Akak ler tu termasuk dalam kalangan orang2 yang belum tonton. Belum sampai seru.

    Patutnya kalau cerita gini, tak payahlah masukkan babak yang tak sesuai untuk umum kan..

    ReplyDelete
  5. Ala Cuya tkde spe nak lanje nonton polis evo..teringin nk pergi...

    ReplyDelete
  6. wah, saya nak tengok, musti ke Malaysia dulu...

    ReplyDelete
  7. Akak pun tak tengok lagi.
    Boleh pulak asben dan Rahimi masing2 pergi sendiri tak ajak.. hurmmmm... lepastu bagi alasan ok je, tak tengok pun tak apa. Sabar je lah..

    ReplyDelete
  8. saya belum tengok laa... hjg minggu ada je benda nak kena buat...

    ramai juga tu org tgk wayang... daripada review yg saya baca, ramai jg laa yg berpuas hati dgn PE kali ni...

    ReplyDelete
  9. Kita tak berkesempatan menonton, banyak hal masa dia baru keluar tu. Bila dah lebih seminggu rasa macam dah tak best pulak klu tengok, hihi.

    ReplyDelete
  10. Romantiknya, tengok wayang berdua je. Naik motor pulak tu. Hehe.

    ReplyDelete
  11. Ok la tu pia bagi chance umi waled dating... sy x minat ceta zizan... mmg x tgk pn dari no 1 lg... hihihi

    ReplyDelete
  12. Dah tengok dengan Dania...wah seronok la umi dan waled pi dating erk..

    ReplyDelete
  13. dah tgk hari tu, blh lah kan. biasa cerita melayu. ada part best ada yg tak

    ReplyDelete
  14. Pandai juga cik abang berposing kali ni....

    ReplyDelete
  15. 3 minggu lepas terpaksa ajak kawan teman walaupun dia dah tengok, sebab suami tak nak tengok, anak2 dah tengok dgn kawan. Best jugak, Syabas Polis Evo.

    ReplyDelete
  16. Rata-rata orang cerita film Polis Evo 3 sebab boleh diterima penonton.. Kalau tidak takde la ramai sesak pawagam..
    Sesekali keluar berdua rasa janggal sebab tinggal anak. Sama juga macam LZ.. Rasa ada yang kurang.. hehehe

    ReplyDelete
  17. Belum tonton lagi filem ni.
    Alaaaa...bab zulin aziz ketap-ketap bibir gitu rasa geli gelaman pulak ehhhheehhh.

    ReplyDelete
  18. suami bawa anak anak lelaki je, MY dgn anak pompuan dan yang kecik sekali tu, pergi main di kidzoona

    ReplyDelete
  19. Wah,umi dan waled merpati dua sejoli healing2 tengok wayang yer..
    Teringat posting Afzan malu-malu masa dinner sambut birthday ...sweet๐Ÿœ๐Ÿœ๐Ÿœ

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..