Tiap pagi umpama pertempuran.Kadang tu memang pening nak masak apa.Lagi pening bila tanya diaorang nak makan apa,diaorang jawab apa-apa je.
'Apa-apa je' ni sebenarnya untuk orang yang tak memilih makan.Bila masak simple mula la tak ada selera katanya.
Bila dah masak tak kena dengan selera,makan pun sikit je.Waled ada selera dia sendiri,Pia ada selera sendiri.Haishhh sabo aje lah
Dah 6 tahun dok bawakan bekal Pia ni rasanya macam ulang-ulang resepi sama je lah.Tengok bekal anak orang lain macam-macam jenis masakan meriah dengan sayur dan buah.Anak saya lain dari yang lain tak makan semua jenis buah dan sayur.Kadang tu saya buat sup blend carrot dan saderi hilang terus dari pandangan,itu pun kalau dia nampak memang dia tak kan makan la.
Susahnya anak masalah picky eaters ni,dah macam-macam cara buat tapi semua tak lut.Memilih sangat makan,tunggu dia duduk asrama nanti macam mana la
Pagi ni bertambah kalut nak siapkan sarapan nak siapkan bekal pagi,nak masak lauk tengahari,waled minta nak bawa bubur nangka campur sagu untuk geng office.
Yang ringkas-ringkas aje semoga berkat.
sama ciknur pening nk masak lain2 selera . masak ini yg tu tak mkn msk yg tu yg ni tak makan
ReplyDeleteaduhai ciknur saya ingatkan anak saya je yang cerewet haha
DeleteMacam-macam tu menunya. Tapi betullah kalau ditanya nak makan apa, dan jawapannya masaklah apa-apa memang tambah pening kita dibuatnya. Eloklah sebut nak makan apa supaya senang kita nak masak kan Afzan.
ReplyDeletebetul la kak amie kan senang kalau cakap nak makan kari,masak lemak cili api,asam rebus,asam pedas ke,terus siap kan...
DeleteItulah dilema si tukang masak rumah.. pening mikir nak masak apa. Kalau dah masak setiap pagi mungkin lebih baik buat menu siap2 untuk seminggu. Tinggal belikan bahan mentahnya aje. Kadang tu menu ada tapi bila hari kejadian termasak lain 🤣
ReplyDeleteada juga kak malam dah siap2 dalam kepala esok nak masak itu,sekali bangun pagi lain yang jadi..bergantung pada mood bangun tidur juga hahaha
Deletedilema isteri...
ReplyDeleteooo habis tu pia tak kisah laa kalau dia makan makanan yg dia suka sama je setiap minggu?
ye anies dia makan menu yang sama..masalahnya tukang masak ni dah jemu asyik masak yang tu je...
Deleteya faham2.. yg msk ni nk x nk kn jg mkn mknn yg sm.. kalau msk yg lain krg terbuang kite jg yg rs bersalah...
Deletekalu cm sandwich or roti telur tu pia mkn x?
Hehe betul itu kalau kata apa-apa aje patutnya tidak boleh cerewet sebab kita yang beri kelulusan untuk masak apa sahaja.
ReplyDeleteHarap besar nanti Pia tidak cerewet makan. Saya masa kecil cerewet juga makan. Saya makan ayam, ikan digoreng sahaja. Sayur memanglah tidak pandang sangat kecuali lauk kangkung masak air.
Sy salute dgn sis, walaupun bekerja sempat juga bersilat di dapur pepagi...
ReplyDeleteSy belum sampai level ni lagi...kadang ada bekal, kadang takde bekal bebudak ni 😅
Apa pun, Afzan seorang ibu dan isteri hebat sebab mampu masak bekalan setiap hari 💪🏼
ReplyDeleteNampak sedap bubur nangka tu, seingatnya tak pernah makan apa lagi masak.
Supermom betul akak...
ReplyDeleteDulu masa kecik Cuya tak merasa pon bekalan air tangan ibu...
maklumla ibu tak sempat, sibuk kerja.
Andai satu hari Cuya jadi ibu,moga Cuya dapatlah sediakan bekal2 utk anak..harap rajin XD
Hebat!
ReplyDelete#theIMANs dr tadika lagi dh bawak bekal sampailah skrg kakaknya dah form 2 skrg... dr sorg bertambah 4 bekalan yg perlu disiapkan.. hihihi... kalau sy masak bekal pagi² sejak tahun 2013 lagi dah... lama lg nk pencen masak bekal ni.. tp xpe afzan hikmahnya kita pun dpt bawak bekal jugak ke ofis... x perlu lg fikir nk order apa... hehehe... chill-chill saja k... kalau nk lg semangat ambik je gambar tiap² pagi buat photo diary bekalan pia
ReplyDeletewahhhh macam-macam menu kak, nampak carbonara tu sedapnya.... dana bawakkan aiyan sarapan pun sebab dana jual makanan tu, kalau tidak memang takdela. Beli je hehehe
ReplyDeletecreamy pasta tu fav anak akak juga tp bkn bawa bekal ke sekolah la...meriah menu bekal tu walaupun ulang2 resepi sama utk pia sbb bila ank jenis picky eater suka menu tu xpe hari2 pun kan
ReplyDeleteSaya pun kalau masak bekal takdak nak pikir makanan seimbang pun..kadang takda sayur langsung🤭...Main masak dan masuk bekas..dah...
ReplyDeleteitulah bekal...hihihi
Mujur skrg dah tak pening kepala nak fikir bekal anak2 bila masing2 berbeza selera. Anak no. 2 sekolah dah sediakan makanan, yg kakak pulak tak suka bawak bekal ke sekolah sejak masuk sekolah menengah ni. Asben lagi la tak suka bawak bekal sbb dia kata kat ofis takde microwave nak panaskan makanan.
ReplyDeleteSA paling x suka ayat apa apa aje...lepas tu masak apa2 je tak makan plak...lagi satu x suka ayat nak masak apa dan jawapannya Entah la...x tau nak masak apa...haaaa....beli kat kedai je la jawapannya
ReplyDeleteErmmm, Ahnaff pun sekarang ni kalau ditanya nak makan ape, jawabnya tak tau. Pening mami ni ponnn
ReplyDeleteAkak pun fikir sama macam Afzan. Camana la anak picky eater ni nanti bila masuk dok asrama, U nanti? Harap dia orang boleh la adapt. Macam-macam tu, Afzan masak, untuk bekal. Tahniah, Afzan, atas usaha buat bekal untuk anak, suami dan diri sendiri. Kipidap, ye!
ReplyDeleteSiap ada bubur nangka tu yang tak menahan.. terasa bau bubur nangka tu!
ReplyDeleteKadang² jenuh juga nk memikir menu apa untuk di masak .
ReplyDeletepart selera berbeza tu yang pening. mujur ada pia seketul ngan walednya aje..kalau ada berketul2 mau pengsan
ReplyDeleteOmg, ini permasalahan yg sama untuk ibu di belahan dunia manapun rasanya 🤣. Sakit kepala nak pikir mau bawa bekal apa. Dah capek masak, trus si anak tak nak makan, dengan alasan tak sesuai selera dia 😂
ReplyDeleteSama dengan anak saya pun. Kadang pula, kalo dah pening masak, saya kasih uang saku, jajan sajalah di kantin sekolah 😄