Thursday, April 20, 2023

TAPAI PULUT DAUN GETAH

 Cerita tapai orang dulu-dulu kalau buat tapai nak kena sorok-sorok,tak boleh bising,tak boleh buat masa tengah uzur(untuk perempuan) nanti tapai tak menjadi.Tak tau la betul atau sekadar mitos.

Pemanis mulut di hari raya ni jika di sebelah Pantai Timur dah menjadi hidangan wajib salah satu makanan tradisi turun temurun.

Saya balik kerja hari Isnin masuk dapur tengok ada sejambak daun getah,maka faham la yang waled nak minta buatkan tapai untuk hidangan hari raya.Katanya daun getah beli di pasar basah sejambak tu RM10..daun getah pun dah mahal ye.

Hari Selasa pagi sebelum pergi kerja saya dah siap-siap basuh rendam beras pulut.Balik kerja petang dah boleh terus kukus.Buat tak banyak sekilo beras pulut je orang kata asalkan ada.Pukul 6.00 dah siap kukus pulut sejukkan dalam dulang sebelum nak tabur ragi.Pulut kena betul-betul sejuk dan ragi kena panaskan sekejap atas tutup periuk.

Tunggu waled balik terawih dalam pukul 10 malam baru la nak mula bungkus tapai.Walau nampak simple tapi ianya sangat renyah tambah pula badan dah letih seharian dan ambil masa yang lama untuk siap membungkus.

Saya paling suka bungkus tapai guna daun getah sebab nampak cantik ada 3 helai daun pada setiap tangkai.Lagi satu daun getah ni akan mengeluarkan aromanya yang tersendiri.Saya belajar buat tapai dengan arwah nenek,setiap kali balik beraya 2,3 hari sebelum 1 Syawal arwah akan buat tapai,dari situ lah saya cuba-cuba ambil ilmu.Belum pernah derhaka pada resepi risau tak menjadi sekarang dah kerap buat pun belum ingkar lagi punya lah takut๐Ÿ˜‚

1kilo beras pulut dapat 130 biji tapai,bungkus kecil-kecil untuk 1suapan.Kena tunggu 3hari untuk dapat tapai yang 'manis leting'.Sedapnya bila makan sejuk-sejuk.Siapa pernah makan tapai pulut dengan aiskrim vanilla?bertambah sedap tau....

Kena bungkus dengan kain batik dan simpan tempat gelap suhu bilik.Pantang larang ni tak tau la betul atau tidak tapi saya follow je la petua orang dulu-dulu.Lepas 3 hari boleh tengok kalau dah berair dan manis rasanya dah boleh simpan dalam peti sejuk.










23 comments:

  1. wah..comei je.. x pandai buat, pandai makan je..

    ReplyDelete
  2. arwah nenek akak kalau nk raya mmg slalu buat tp akak tak mkn tapai

    ReplyDelete
  3. Tapai daun getah memang kegemaran saya sejak dari kecik lagi.. kalu pegi beraya di rumah jiran², memang tapai daun getah akan disambar dulu.., sampaikan ummie saya awal² bagi amaran manja๐Ÿ˜‚.. kalu nak makan tapai, saya tak bleh minum air gas..

    ReplyDelete
  4. rajn nya dia buat tapai... ni kalau dulu2 arwan uwan mmg suka buat tapai time2 raya... pastu simpan bawah katil... pape pun Selamat Hari Raya ye Afzan...

    ReplyDelete
  5. Wahhhh.. kagum sy, tak sangka Afzan terror buat tapai pulut daun getah ni, selalu tengok org lama jer yg pandai. Waled pun terror jugak bab membungkus tu, cayalah!!!

    ReplyDelete
  6. Pandainya... Bukan semua orang boleh buat ni

    ReplyDelete
  7. Pandainya buat tapai. ๐Ÿ‘
    Akak tak pandai buat dan makan. Hehe..

    ReplyDelete
  8. Arwah mak sy pun ikut pantang larang mcm tu juga... bezanya kami guna daun keladi...
    Sy tak belajar buat tapai ni sbb kecik² dulu tak makan tapai, dah besar baru pandai makan :)

    ReplyDelete
  9. Wah, Mbak faham cara membuat tape ketan ya...
    Nah Mbak kalau di tempat saya ada 2 macam ketan, ketan hitam dan ketan hitam. Pembungkusnya daun jambu.

    Btw, selamat hari raya Idul Fitri
    Mohon maaf lahir dan batin.

    Salam,

    ReplyDelete
  10. dulu2 suka makan tapai tp sejak dah tua ni makan utk ambik syarat je kerana faktor kesihatan...

    ReplyDelete
  11. Pandainya Afzan buat tapai, biasa geng2 makcik2 buat.. patutlah Pia pandai buat biskut. Mewarisi kepandaian ummi dia.. akak tau makan je.

    ReplyDelete
  12. Zaman dulu tak pernah terfikir pun daun getah boleh dijual.
    Rindunya nak makan tapai bungkus daun getah.

    ReplyDelete
  13. Bagus dapat praktiskan ilmu belajar dengan arwah nenek. Tidak semua orang tahu buat.

    ReplyDelete
  14. Wah...hebatnya walid & mama Pia ..sama ja size tapai nampak kemas...Makan sejuk-sejuk memang layan

    ReplyDelete
  15. Sedapnya tapai pulut..feveret tu. Tapai pulut hitam pu sedap gak. Makan sejuk², syokkk.

    ReplyDelete
  16. Hehhee... Mrs. A pun dengar kisah yang sama pasal pantang-larang tu. Biras Mrs. A yang N tu pandai buat tapai pulut juga selalu dia buat sedap manis menjadi. Bila tanya dia pasal pantang larang tu dia takde pantang katanya apa yang penting ragi tu mesti yang kualiti baik InSyaAllah jadilah tapai dengan izinNya.

    ReplyDelete
  17. sedap nyaa tapai. sini raya selangor payah nak jumpa tapai. kalau kat terengganu memang banyak, leyla pun suka bungkus guna daun getah. kalau tak ada daun getah tak de mood nak membungkus nya. kami kutip saja daun getah dekat kebun. tapi tu lah kadang2 kalau daun getah tak cantik spoil mood

    ReplyDelete
  18. Kat sini jarang jumpa tapai pulut daun getah
    Pokok getah pun dan semakin kurang diganti kelapa sawit

    ReplyDelete
  19. sedapnya feberztt ni
    kalau ke pilah mesti ada atas meja.
    arwah2 dulu buat tapai ada pntang jgn bg org2 ada ilmu (amalan) tertentu nmpk mesti abiss la
    memang betul bkn tipu. he he

    ReplyDelete
  20. tapai ni letak dlm peti ais mkn sejuk2 mmg heaven๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

    sesetengah tmpt kt kg sy still guna tapai daun getah sbg door gift kahwin sbg ganti telur

    ReplyDelete
  21. moyang saya dulu masa kami kecik pun buat tapai sembunyi dalam bilik... kami x boleh tgk... sama lah pantang-larang tu mama pia

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..