Sebenarnya cerita yang tak best untuk dikongsi apatah lagi untuk dikenang tambahan pula dalam bulan Ramadhan yang mulia ni.
Bukan untuk menambah masalah,bukan juga untuk meminta simpati,hanya ingin meluah,hanya ingin bercerita&cukup ianya membuatkan saya rasa lega.
Yang orang dewasa ni dia selamba je cakap depan-depan anak saya macam anak orang asli.Siap cakap "ni mengikut belah keluarga ayahnya ni macam orang asli"
Dia bergurau atau saya yang kena fikir positif?Tak kisah la saya tak boleh nak fikir positif dah kalau dah banyak kali cakap benda yang sama.Ini dah sampai tahap mengejek its too much!
Saya ni jenis malas nak meroyan tapi rasa kesian pada anak.Budak tu tak ada buat salah apa pun dengan awak.Kenapa la nak diejek2.Budak tu tak tau yang awak tak suka dia,dia fikir yang semua orang suka&sayang dia.Sampaikan sekarang Pia rasa tak ada keyakinan diri bila berdepan dengan orang.
Dah 2023 masih lagi kulit hitam menjadi isu.Memang menguji kesabaran sungguh Ramadhan kali ni.Sekarang ni memang kerap saya cakap pada Pia untuk naikkan semula semangat dia.Tak kisah lah apa warna kulit sekalipun yang penting hati kita sentiasa bersih.Sentiasa berbuat baik pada orang,sayang orang yang sayangkan Pia,sentiasa doakan kebaikan untuk semua orang.Kita semua sama hitam atau putih yang penting hati.Allah pun tak pandang hambaNya mengikut warna kulit.
Duhai hati........MAAFKAN LAH DIA😔
aduhai sbr jela...kita sebagai mak bila org ckp psl ank sure akan terasa..tk kira la bergurau ke apa...tkperlu kata mcm tu...nk plak ank yg dgr lg la terasa juga..mn ada pia gelap pun ..sbr ye pia...dlu2 tisya masa kecik gelap juga..besar2 skit cerah la skit tp bkn kategori putih pun tp biasa la mulut org kn
ReplyDeletePiaaaa....kulit pia cantik laaaa...xde pun gelap mana..kalau gelap macam india kan...aunty SA suka kulit Pia..sebab aunty dulu kulit macam Pia...sawo matang orang panggil..dah besar dan dah pandai guna skincare je kulit jadi cerah plak...abaikan ornag yang mengejek.diorang xde adab tu...jgn stress2 ye...
ReplyDeleteHaluuuu pulisssssss aje Pia orang macam tu. Lain kali rakam masa dia cakap tu, jadikan bukti. Ini dikira body shaming jugakkan. Iman dulu pun puas jugaklah diejek macam2 gelaran, tapi kalau budak2 tu kita fahamlah kan tak cukup akal. Ni yg tua bangka pun sama, dia bandingkan Iman dengan cucu dia.. ayat dia macam ni, contohlah nama cucu dia Siti, kan... "Siti pun macam ni, badan besar2, tapi Siti putihhhh," hah.. pakkal jer la tua, kalau takkkk..
ReplyDeleteTakpe, Pia.. Pia belajar pandai2, jangan pedulikan orang tau, hugggsss..
ReplyDeleteIsh, orang tu tak sedar ke dia kutuk ciptaan Allah? Ramai je orang cantik berkulit gelap / sawo matang. Sabar ye sis, jangan ambil peduli orang toksik macam tu.
ReplyDeleteheii...ni kira body shaming jugak..comel & manis je MA tgk Pia ni. pedulikan je org2 mcm ni...Iris tu punya la montel pun kadang2 nampak mcm dia rendah diri but MA selalu ckp ngan dia.. just be your self, jgn peduli mulut2 org.. MA suka Pia ..manis sgt bila senyum tu.. :-)
ReplyDeleteSedih kan, bila orang ejek kita, banyak kali pulak ulang benda sama. Huu... akak juga pernah alami benda yang sama. Memang susah nak maafkan orang macam ni. Kita stay jauh-jauh je la dari orang perangai camni. Sabor banyak-banyak, kerana Allah ada bersama orang yang sabor.
ReplyDeleteAstaga... body shaming dh ni... jgn pia stress udah la... pandai² la pujuk hati pia ye... kesian pia mst dia sedih kalau dia tau... better hindarkan diri dr org yg bermulut longkang mcm tu lps ni... nnt bila pia dh makin dewasa makin ayu makin cantik jgn anak dia pulak tergila² kt pia
ReplyDeletePia yang manis,
ReplyDeleteAmbil iktibar dari cakap-cakap orang yang tak baik itu. Oleh kerana lukanya hati kita, maka jadikan pengajaran supaya kita sentiasa jaga hati dan perasaan orang, jangan sampai lepas cakap macam orang itu. Amalkan berbudi bahasa di mana sahaja. Allah sayang Pia. Itu sebab diberi ujian sedikit. In syaa Allah semuanya akan baik-baik saja. Pia cantik, dan sesempurna kejadian Allah. Mulut orang itu biarlah Allah uruskan.
Piaaaa.. jangan sedih kalau orang cakap camtu. Achik dulu pun masa kecik selalu orang banding²kan dengan adik beradik yang lain. Sebab yang lain semua putih². Achik je yang gelap lain dari yang lain. Pia tu comel je achik tengok. Manis je. Pia belajar rajin², pandai², buktikan kat orang tu Pia cantik ikut cara Pia sendiri.
ReplyDeletePiaa..jangan sedih lama-lama..sedih sekejap tak apa..lepas tu tarik nafas & lepaskan.
ReplyDeleteNikmati zaman kanak-kanak dengan aktiviti yang dah tak boleh lakukukan bila dah dewasa nanti.Kulit gelap tu cipataan..Tapi yang hati gelap tu pilihan depa.
Pia,
ReplyDeleteKita bukan hidup dengan pujian dan
kita takkan mati dengan kejian.
🧡🧡🧡🧡
eee rasa nak 🌶️🌶️ je mulut org mcm ni... yg ckp tu putih melepak sgt ke?
ReplyDeleteallahu tak baiknya mulut diorg tu. Yang penting Puteri Nursaffiyyah memang cantik sgt orangnya mama tgk tak gelap mana pun kulitnya tu. lawo sgt
ReplyDelete