Thursday, March 23, 2023

SAHUR PERTAMA

 Sahur pertama puasa 1444H biasa kami bertiga sekarang berlima. Antara bahagia menyambut puasa dengan sebaknya melihat anak-anak ini tanpa ibu ayah disisi.Katanya abang "Kita dah tak seperti dulu lagi" mungkin ada rindu yang tak terungkap,nampak ada airmata yang bertakung di mata adik.Mungkin juga ada rasa sunyi dan sepi walaupun petang itu masing-masing seronok bersorak esok puasa esok puasa!!!

Balik kerja petang semalam saya sempat siapkan juadah untuk sahur,buatkan rendang ayam.Budak-budak ni orang 'nismilan' ibunya pun selalu buat mantai sehari sebelum puasa.Tak nak mereka rasa lain dengan suasana puasa tahun ini saya cuba ikut tradisi ibu mereka buatkan rumah bau wangi dengan rendang😂  walaupun ibu mereka mantai puasa dengan lembu/kerbau saya 'bantai' aje dengan ayam pun boleh la kan....

Pukul 6 petang baru nak mula masak,leburkan saja semuanya.

Bangun pukul 4 pagi tadi cuma masak nasi dan panaskan rendang.Tak rajin pula nak goreng sayur,potong timun je buat ulam.Sejenis ajer lauk atas meja huhu maafkan umi ye anak-anak.

Habis juga nasi sepinggan sorang walau mengantuk tetap gigih juga bersahur.Doakan moga anak-anak tetap bersemangat walau dalam apa jua keadaan.Moga semuanya mendapat keberkatan.









15 comments:

  1. alahai..sayu je. bagus la Afzan...cuba buat terbaik utk anak tu.. moga Allah sentiasa merahmati mereka & Afzan sekeluarga...aamiin

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.
    Rezeki bersahur cukup menyelerakan!

    ReplyDelete
  3. Mantai dengan bantai, dua2 pun nampak sedap tu, Afzan. Semoga Allah swt memberikan keafiaatan dan rezeki yg tidak putus kerana menjaga anak2 ini.

    ReplyDelete
  4. rajin akak merendang nampak sedap nampaknya tu kak, takpelah sementara mereka ada akak bahagiakan mereka. Moga cepat sembut emaknya

    ReplyDelete
  5. ringkas dan mengenyangkan alhamdulillah...

    mesti diorg happy sbb ramadan kali ni lebih baik drpd sblm ni

    ReplyDelete
  6. Confirm semerbak bau dalam rumah kan...bila panaskan semula bahan- bahan dah meresap masuk ke dalam ayam

    ReplyDelete
  7. Sedapnya sahur makan rendang.. Semoga 2 beradik tu happy bila bersama dgn Afzan sekeluarga

    ReplyDelete
  8. Samalah kita merendang jugak utk sahur 1st tu ...
    Maaf, terlepas & tak tahu cerita. Apapun sy doakan dipermudahkan segala urusan sis & anak² berdua tu 🤲

    ReplyDelete
  9. 😭
    Pastinya Ramadhan tahun ini akan terpahat kemas dalam ingat mereka hingga akhir hayat.Antara ujian itu Allah hadirkan hikmah mendapat keluarga angkat yang terbaik kiriman Allah.
    Semoga kalian semua dilimpahi rezeki dan barokah

    ReplyDelete
  10. Kesian abang dan adik. Afzan pun dah buat semampu untuk gembirakan mereka. Semoga ibu mereka cepat sembuh. Sedap, rendang ayam.

    ReplyDelete

Terima kasih singgah komen..