Ada kawan-kawan blogger yang minta share resepi katanya belum pernah cuba singgang daging Kelantan.
Saya pun belajar dari makcikpakcik Google je baru kali ke-4 masak sendiri.Sekarang dah jadi favourite Waled dan Pia.Diaorang suka makan dengan kuah yang banyak panas-panas ada rasa masam,masin,manis,pedas dan bau wangi ketumbar tu nanti wangi satu rumah.
Resepi senang sangat nak buatnya boleh guna daging atau tulang lembu.Kali ni saya guna tulang lembu.Sekali harung masuk semua terus rebus dalam noxxa.
Saya guna resepi ni cuba lah untuk menu buka puasa nanti ye...
RESEPI SINGGANG DAGING KELANTAN
SUMBER GOOGLE
Bahan-bahan:
1/2 kg daging - hiris/potong kecik *
1½ inci lengkuas - ketuk *
1 inci halia- hiris memanjang, kecil-kecil*
2 sudu besar ketumbar - tumbuk kasar *
3 ulas bawang putih - mayang *
4 ulas bawang merah-mayang*
3 tangkai lada kering -tumbuk bersama ketumbar(tidak lumat) *
3 keping asam keping
Garam dan gula
Serbuk perasa dan budu
Air
Cara-cara :
1.Semua bahan bertanda * tu masukkan dalam periuk dan gaul bersama daging tanpa air.
2.Rebus bersama daging tanpa air sekejap (mati awas). -rahsia kesedapan singgang sebab rasa bahan2 masuk ke dalam daging.
3.Masukkan air.
4.Biarkan sehingga daging empuk.
5.Masukkan garam dan asam keping.Masak lagi sehingga betul-betul empuk.
6.Boleh letak serbuk perasa dan budu.
7.Lepas tu tutuplah api.Boleh dihidangkan.
-garam dan asam tidak dimasukkan awal untuk elak daging jadi liat.
Kredit: Resepi Kelantan
Boleh cuba ni, agak2 sama tak rasa dia dengan sup siam?
ReplyDeleterasa dia unik kak..akak kena cuba
Deletealamak kita kureng sket lauk singgang ni tp klu org buatkan kita cuba la makan :p
ReplyDeleterasa dia lain dari singgang ikan ni kak..kalau singgang ikan kami ankbranak pun kurang suka..
DeleteAkak buat singgang ikan tongkol, resepi kakak ipar bagi, style Kelantan juga. Pun tak letak budu. Sedap kuah dia, panas-panas.
ReplyDeleteAdui, terliur pulak bila tgk gambar tu. Boleh masuk dalam senarai resipi bulan puasa ni. Terima kasih kongsi resipi 😄
ReplyDeletelamanyaaaaa sy tak makan singgang daging. dulu ms dok kelantan, rasanya tiap2 minggu makan lauk ni. sampai jadi lauk favourite sy. tak kira laa singgang daging ke singgang ikan tongkol ke...kalau mkn tak sah pinggan tak banjir hehhehe
ReplyDeletesedap nyaaa singgah daging kelantan. dulu masa kawen ada buat ni. family in law belah selangor makan bertambah, sampai skrg sebut2 nak lgi. sbb sedap & tak pernah makan
ReplyDeletewah..daging leh wat masak singgang yer? leh try ni.. tq for the resepi afzan
ReplyDeleterajinnyer buat resepi singgang daging kelate nih 👍👍
ReplyDeleteTerima kasih kongsi resepi. Saya peminat singgang daging Kelantan.
ReplyDeleteSaya agak bingung tadi dengan Budi. Googling dulu untuk tahu itu apa. Ternyata bumbu ikan bilis ya kak? Kliatan sedap masakan di atas. Dulu saat saya masih tinggal di Penang, ada Bbrp teman kuliah orang Kelantan. Tapi dia hanya bagi tahu nasi kerabu untuk saya coba. Singgang daging ini saya baru tahu setelah baca blog Kaka. 👍
ReplyDeleteBelum pernah makan/masak.
ReplyDeleteTapi kalau akak yang masak, rasanya pun tak letak budu sebab tak biasa makan budu. Stok pun tak simpan.
Sedap
ReplyDeleteBelum pernah cuba masakan singgang.. tq share resepi Afzan.
ReplyDeletewahhhhh sedap hirup ni kak oi
ReplyDeleteTq tq... Kalau rajin berbuka nanti boleh buat. Baru je keluarkan dgg dari chiller :)
ReplyDeleteSedapnya klau hirup sup panas2.. makan dia sahaja pun sedap ni
ReplyDeleteThank you share resipi..
lepas makan kena kecek klantae
ReplyDeletemenu singgang daging ni slalu ada time raya hj..tp bln ramadhan tkde lg....MIL akak br je buat singgang bendi
ReplyDeletesinggang memang sedappp
ReplyDeletenak lg bln puasa ni sedapppnya ai